Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.
Memaparkan catatan dengan label Baby Irsyad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baby Irsyad. Papar semua catatan

Sabtu, 27 September 2014

Riketkah Dia?

Assalam...

Nak update pasal result darah yang diambil pada 15/9/2014 dan ubat anakku, Irsyad. Aku ada citer pasal kena pergi spital untuk start ubat Irsyad sebelum ni. Leh klik sini.

Result darah waktu dalam wad NICU (Julai) masih gagal diperolehi hingga kini. Pada 22/9/14 sekali lagi aku ke hospital untuk mendengar keterangan doktor tentang ubat yang perlu Irsyad ambil. Setelah menunggu berjam-jam, giliran kami tiba

Doktor muda tu kata anakku menunjukkan tanda masalah tulang dan bukan hati. Tulang??? Dia dikhuatiri mengalami penyakit riket atau tulang lembut. Biar benar. Doktor tu nak buat ujian darah sekali lagi untuk pastikan jenis ubat yang sesuai. Ambik darah lagi??

Tulang kaki yang melengkung keluar tanda riket.

Anatomi tulang kaki.

Aku mula tak puas hati sebab ubat belum boleh mula dan kena datang lagi minggu depan untuk ambil keputusan. 

Weeeiii....kalau dah nak kena ambik darah lagi sebab tak pasti jenis penyakit dan ubat, nape tak suruh aku datang ambik darah baby je di bilik 5 tu. Tak yah le aku menunggu giliran berjam-jam untuk jumpa doktor ( yg ni aku jerit dalam ati je...ha, ha...).

Dan lagi satu, kalau cam ni le punya lama nak diagnosis penyakit, yang sakit tenat, makin tenat jadinya (ayat ni aku cakap kat doktor tu (Ampuunnn..mama teremosi saat itu). Agaknya, dia pergi tanya doktor pakar kanak-kanak dan akhirnya Irsyad tak perlu ambil darah. Doktor bagi ubat Alfacalcidol iaitu sejenis vitamin D yang berfungsi mempercepatkan penyerapan kalsium oleh tulang. 2 titik sahaja untuk sekali sehari.

Bulan depan datang lagi untuk buat ujian darah. Nak tengok berkesan ke tidak ubat tu dan untuk tengok bacaan salah satu enzim hati Irsyad yang tinggi tu dah berkurang ke tidak.

29/9/14 aku pergi lagi ke spital tapi kali ni bertemu dengan doktor di unit pembedahan untuk periksa hernia pulak. Kalau semakin membesar, tiada jalan lain yang boleh diambil kecuali pembedahan. Cian baby Irsyadku.
30/9/14 ke klinik kesihatan pulak untuk check up bulanan. Haissshh...berulang-alik le kita ke spital dan klinik.

Sebelum aku tamatkan ngomel petang Jumaat, mai citer sikit apa itu penyakit riket. Riket adalah ketidaknormalan tulang yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang fungsinya mempercepatkan penyerapan kalsium.

Bayi atau kanak-kanak yang menderita riket biasanya menunjukan perubahan fizikal seperti berikut:
  • Kepalanya lama kelamaan akan berbentuk segi empat
  • Ubun-ubunnya akan tetap terbuka (lembut) dalam waktu yang lama
  • Sendi tulang pergelangan tangan dan kaki lebih lembut dan lebih besar dari biasa.
  • Kaki akan berbentuk cekung atau cembung (ini berlaku kerana tulang kaki terlalu lembut untuk menampung beban anggota badan yang lain)
  • Perut menonjol
  • Mengalami sembelit

Aku hairan sebenarnya tapi apakan daya, Allah jua yang berkuasa. Tunggu je lah result sebulan dari sekarang. Daaahhh.

Khamis, 17 Julai 2014

Irsyad Dah Balik


15 Julai 2014, Irsyad kembali ke pangkuan mama. 3.30 pm baru selesai segala urusan keluar wad. Malam pertama di rumah, Irsyad tidur dari mula balik sampai lepas Margrib. Tak menyusu. Tapi, selepas itu...ko buat hidup mama dan abah haru-biru.

Tak cukup susu mama untukmu. Mama dah gabra sebab belum beli susu formula. Mama hanya dapat doa bekalan susu boleh cover sampai pukul 10.00 pagi esok. Time tu farmasi dah buka.

Alhamdulillah, pagi esoknya (16/6/14), Irsyad tidur lama. Boleh le jimat susu untuk sampai kul 10.00 pagi. Lega sebentar.

Suami beli susu bayi pra-matang jenama Nan. Cuma bancuh 30 ml je. Tu pun jenuh nak habis. Setelah 2 kali minum, Irsyad berak cair. Cam cirit le pulak. Kali kedua pun cair dan lepas salin lampin, berak lagi. Akhirnya, malam tu tukar kepada susu Similac rumusan utk bayi pra-matang. Baru 2 kali minum. Banyak guna susu badan. Harap tiada masalah.

Hari ni, 17/7/14, keadaan semakin baik. Dah boleh biasakan diri dgn Irsyad. Dia pun dah teratur minum susu dan banyak tidur. Mungkin malam tadi Irsyad dapat puting (pacifier). Dia dok hisap tu utk tenangkan diri. Fuh...lega Irsyad leh tidur lena. Pukul 3.15 pagi, Irsyad bangun menyusu. Pas tu, aku mula start perah susu yg umpama 'hidup segan, mati tak mau'. 

Dapatlah 40 ml. Aku bagi 2 utk 2 kali minum. Irsyad minum sikit tapi kerap. Lepas menyusu, dia tidur lena sekali. Gitu le rutin terkini aku. Bilaa Irsyad dah tidur, aku perah susu, rehat atau tidur. Ya Allah, permudahkanlah urusanku bersama Irsyad. Daaahhh.

Ahad, 13 Julai 2014

Manisnya Saat Itu

Assalam...

Aku umpama baru pertama kali bergelar ibu, walau ini anak ketigaku. Pertama kali aku ada EBM. Pertama kali gigih memerah susu, walau dari 3 kali dah kurang jadi 2 kali sehari, he, he!! Aku harap baby Irsyad pulang cepat supaya tak kerap sangat aku memerah.

Petang tadi, Irsyad nangis. Terus aku pergi ke katil dia dan berbual, "Nape Irsyad nangis tu". Dengar suaraku, dia diam. Haaaa...kenalpun suara mama.

Kemudian, nurse datang tanya pernah bagi direct breastfeed kat baby. Aku jawab belum, mama takut. Nurse cam terkejut bila tau yg anak2 sebelum ni tak pernah direct breastfeed dgn aku. Kelakar pulak.

Irsyad start nangis. Aku kesian dan rasa tercabar lak. Aku beranikan diri utk breastfeed Irsyad. Dgn dibantu oleh suamiku, misi menyusu bermula. Irsyad tak pandai hisap kuat. Aku kena picit air susu. Dia main-main je dan tertidur. Ha, ha, ha....lawak le Irsyad ni.

Bila Irsyad dah tidur, aku angkat boh dalam katil dia semula dan tinggalkan dia. Nanti kita cuba lagi, ye! Eh, lupa lak nak citer. Sebelum aku nyusukan Irsyad, nurse ada bagitahu yg kemungkinan baby boleh discharge esok. Tapi, dia tak bagi mengharap sangat. Cuma minta standby baju baby dan buku merah.

Nampaknya, abah kena cuci bilik dulu buang habuk sebelum Irsyad balik. Apa-apapun, kita tunggu esok. Kalau Irsyad boleh discharge, pihak NICU akan call pagi esok. Bersediakah aku menghadapi kerenah Irsyad????
Harap Allah permudahkan segala urusanku bersama Irsyad. Daaahhh.

Jumaat, 11 Julai 2014

Alahai...Irsyadku sayang

Assalam...

Rutin petangku ialah melawat baby Irsyad. Pertama kali Irsyad membuka mata di hadapan ibubapanya. Terujanya kami tapi kejap je. Pas tu dia start buka mulutnya dan.....huuaaaaaa. Dia lapar.

Selama ni, baby lain yg nangis, dia dok pulun tidur je. Ptg kelmarin, dia pulak yg nangis. Baby lain diam. Kuat pulak tu suaranya. Mama dia pun rasa nak lari je. He, he...

Nurse minta aku bagi direct breastfeed tapi aku tak konfiden sebab anak sebelum ni nyusu botol je. Akhirnya Irsyad minum guna picagari. Dari 40 ml susu tu, aku rasa hanya 20 ml yg dia telan. Yg lain dia luahkan & nurse buang sebab tak habis minum. Penat mama perah susu, Irsyad oooiiii.

Bila nurse dah tak suap susu dan beredar, Irsyad macam mencari-cari susu pulak. Sebelum dia nangis kuat, baik aku beredar. Tak sampai hati dok tengok dia nangis lapar.

Itulah petang yg happening sekali. Aku dah leh pangku Irsyad. Seronoknya. Daaahhh.

Selasa, 8 Julai 2014

Panggil dia Irsyad

Assalam...

Pagi tadi, aku terfikir utk tukar panggilan baby Iman kepada Irsyad. Sebab apa? Sebabnya, terfikir pasal perbualan cam gini:

A: Iman ada tak?
B : Iman tak de.

Iman tak de....tak de Iman...cam tak baik bunyinya. Makanya, aku mau baby dipanggil Irsyad je le. Lagipun, kawan-kawan aku pun dari awal lagi dah start panggil Irsyad.

Lagi satu aku nak citer, kelmarin baby Irsyad dah dipindahkan ke bilik 3 (intermediate) dari bilik 1 (intensive). Dah tak pakai oksigen. Alhamdulillah.

Petang ni pulak, baby Irsyad dah tak pakai tiub susu. Dia dah mula minum terus melalui mulut. Alhamdulillah. Moga baby Irsyad terus kuat dan tak lama lagi boleh balik, ye! Daaahhh.

Ahad, 6 Julai 2014

Tamat Sudah Sesi Fototerapi

Assalam...

Alhamdulillah, petang tadi berjaya bawa 4 botol susu yg setiap satu antara 50 - 60 ml. Ada le jugak utk bekalan minum baby Iman. Tak de le bergantung penuh pada susu formula.

Walaupun baby dah baik kuningnya tapi aku masih stop ambik Umma Lacto & Alfalfa sehingga baby dah kuar wad dan berat dia lebih 2.5 kg. Aku sekarang hanya ambik Anmum Lacta, Multivitamin, Vitamin B-Complex, Asid Folic, Pil Kalsium dan Pati Ikan Haruan Harwany. Moga baby Iman dapat khasiatnya.

Harap baby Iman kuat dan cepat sembuh. Mama rindu nak dukung dan peluk baby Iman.


Jumaat, 4 Julai 2014

Menangis Lak Dia...

Assalam...

Aku dah start perah susu utk baby Iman. Dapat dlm 100 ml @ 2 botol. Petang, aku pergi melawat baby Iman.

Check diaper dia. Berak. Minta nurse salinkan. Baby nangis meronta-ronta. Ni first time aku dengar suara baby Iman nangis. Nangis kuat, gitu. Anakku sakit perut ke? Najisnya macam berketul. Sikit je. Sembelit ke? Aku elus perut & betis dia. Diam kejap, pas tu terus nangis lagi. Tapi, itu juga tanda paru-paru dia dah semakin kuat. InsyaAllah.

Nurse bagi susu yg aku bawa tadi. Rupanya, baby Iman minum 30 ml utk sekali minum, setiap 3 jam, 8 kali sehari. Waaahhh....tak cukup bekalan nampaknya. Susu yg aku bawa cuma boleh tampung utk 3 kali minum je.

Sepatutnya, aku kena perah setiap 3 jam sekali, tapi aku ni pun culas. Bila dah penuh & sakit, baru nak memerah. Rupanya, semangat aku tak kuat. Cian baby Iman.

Waktu nak balik tadi, baby Iman masih nangis. Tak sampai hati nak tinggal. Aku tepuk-tepuk dia, sampai dia diam, baru aku tinggalkan dia. Esok, mama datang lagi tengok baby. Jangan nangis.

Mama mandi dulu. Nanti mama perah susu. Ni mama moden. Dlm pantang pun masih mandi malam. Tapi, mandi air rebusan dedaun, koooo!! Gasak le. Daaahhh...

Khamis, 3 Julai 2014

Seperti Yang Dijangka

Assalam...

Petang tadi pergi melawat baby Iman. Tak jadi pergi tengah hari sebab Adam balik sekolah lewat. Masa melawat dah tamat. Seperti dijangka....baby Iman kena jaundis. Dah diletakkan bawah lampu (fototerapi). Tiub oksigen pun dah bertukar kpd yg lebih besar. Cian sungguh. Dgn bekas parut cucuk jarum penuh di tangan kiri & lebam bekas cucuk di tangan kanan.

Gambar ehsan Google ~ Cam gini le lebih kurang baby Iman plus kena tutup mata sebab dok bwh mesin fototerapi.

Kulit baby Iman pun dah semakin kering dan mengelupas. Ciannya anak mama. Ya Allah, Kau sembuhkanlah anakku dan kuatkanlah paru-paru dia. Kasihanilah dia, Ya Allah.

Menurut kata nurse kat situ, baby Iman memang dah ada jaundis tapi bacaannya dah semakin menjngkat. Mungkin sebab aku makan banyak supplement yg menyebabkan dia panas.

Pagi tadi, lepas nurse yg datang melawat aku tegur pasal Umma Lacto tu, terus aku stop makan Alfalfa & VCO. Aku cuma telan Multivitamin, Vitamin B-Complex & Acid Folic je.

Susu yg aku bawa ke wad tadi pun aku dah bawa balik semula. Semuanya ada 160 ml. Tak pe, Ahda akan tolong habiskan. Malam ni, aku akan perah lagi tapi hanya untuk Ahda minum. Baby Iman punya, mama perah esok pagi, ye!

Diumumkan......

Assalam....

Hari ni baru pergi daftar baby kat JPN. Malam tadi, baru dedajkan nama kat suami. Yang si abangpun excited nak bagi nama kat baby. Sorry ye, kuasa veto.

Nama asal yg aku impikan masa mengandung ialah MUHAMMAD IMAN ISKANDAR. Tapi, saat nak isi borang daftar pagi tadi, leh lak berubah fikiran kepada MUHAMMAD IRSYAD IMAN. Ha, ha, ha....maka, itulah yg didaftarkan.


Nama panggilan? Aku rasa, Iman lebih senang nak menyebutnya. Tapi, kita tengok perangai lak. Kalau tak serasi, kita tukar panggil Irsyad.

Macam kes anak aku yg kedua. Memula panggil Ahda tapi abangnya Adam selalu dengar cam namanya dipanggil. Lagipun, perangai Ahda nampak agresif sikit. Untuk selesaikan masalah tu, aku panggillah Muhammad. Moga dia semulia nama itu. Daaahhh.




Serba-salah

Assalam...

Seperti biasa dlm kul 10.30 tadi nurse datang melawat. Bila dia tgk Umma Lacto tu, terus dia nasihatkan stop dulu, takut baby kuning katanya. Dia minta tanya doktor kanak-kanak kat NICU nanti.

Huuuuuuaaaaaa......cian baby aku kalau dia kena kuning (jaundis). Dah le tak cukup bulan,  aku pulak belasah macam-macam supplement. Tapi, semua tu utk hasilkan susu badan, bukan utk mama langsing ke atau ketat sana sini. Moga Allah lindungimu anakku.

Tengah hari nanti aku akan pergi melawat baby (waktu melawat 12.30 pm - 2.00 pm). Harap baby sihat. Mama rindu baby. Kelmarin tak pergi melawat sebab suami dah hantar susu kul 2.00 pm.

Nanti aku update lagi pasal kekeliruan soal pengambilan supplement tu. Daaahhh.