Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 31 Oktober 2013

Panas punya hal

Nak tunggu compressor aircond ofis dibaiki, entahkan bila. Makanya, aku beli le kipas angin sendiri. Comel je. Bukan tak de yg besar, masaelahnya ialah mana nak letak. Kawasan kecik sangat, mengalahkan kadang kambing. Lagipun, tak mau ada kertas yg terbang. Sabor je le. Daaahhh.

Persiapan ke Kemboja

Assalam ....

Waktu hari terakhir kursus hari tu, aku telah ke Padang Besar utk beli barang kelengkapan ke Kemboja.

Aku beli beg sandang (backpack) beg silang & seluar sukan. Kasut sukan pulak aku beli kat kedai Al-Ikhsan. Puma RM219. Hambik ko. Ada berani.
Daaahhh.

Rabu, 30 Oktober 2013

Exam Final Punya Jawapan

Assalam...

Dari 21/10 hingga esok, 30/10/2013 (2 minggu) sedang berlangsung peperiksaan akhir sesi Jun 2013. Oleh kerana pada minggu pertama peperiksaan, aku berkursus, makanya pada minggu ke dua, tiap-tiap hari le aku kena jadi pengawas peperiksaan.

Bayangkan, kena dok melengung tengok pelajar jawab kertas soalan. Bila rasa ngantuk, bangun round bilik peperiksaan. Bosan gila & membuang masa aku nak marking jawapan pelajar. Aku tak leh buat kerja marking-marking ni kat rumah. Tak de mood.

Dan lagi tak de mood bila jawapan pelajar tu macam tak pernah belajar & diajar. Tapi, ada gak yg bisa buat hati aku kembang setaman. Tapi, semester ni lagi banyak yg bisa buat aku kekurangan gula dlm darah je (apa kaitan ni??). Daaahhh.

Ahad, 27 Oktober 2013

Aplikasi Blogger for Android...masalah dah selesai

Beberapa hari lepas, aku ada luahkan kekecewaan aku dengan Note 3. Tup, tup...ari ni aku temui jawapan pada masalah aku.

Nape sebelum ni aku gagal post citer aku ke blog? Sebabnya, fail tu berat dengan gambar yg aku setkan image upload size pada large size. Bila dah ubah pada small size, baru leh post.

Satu lagi pulak, pasal bateri yg sangat cepat habis. Selepas aku uninstall program atau software yg tak perlu, baru le 'berjenis' bateri dia. Lega dah sikit. Itu je le yg nak citer pun. Daaahhhh.

Kursus Keusahawanan le sangat..

Assalam...

Minggu lepas, aku berkursus selama 5 hari (20/10 - 24/10/2013) di Hotel Sri Malaysia, Kangar, Perlis. Walau bilik disediakan, tapi kami yg terdiri dari mak-mak orang ni bertabah ulang-alik ke Jitra (car pool).

Bukan nak citer pasal intipati kursus yg aku hadiri tapi nak sambung citer kembara hotelku. Ha, ha...

Ni gambar yg aku sempat snap (ekceli banyak kesempatan, cuma segan dgn peserta lain. Tak mau le over gitu). Daaahhh.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kecewa sesangat

Assalam...


Sob, sob....huuuwaaaa...!!!


Tak tau le bagaimana nak gambarkan kekecewaan aku sesudah memiliki Note 3 ni. Aku ingatkan bila dah ada Note 3 ni lagi senang aku nak berblog tapi nampaknya bagai membina blok batu bata le pulok. Nak bluetooth ke tepon suami tak dapat, dok asyik fail je memanjang. 

Nak hantar ke notebook pulak langsung tak detect walaupun dah buka bluetooth. Tapi, masa kat tempat kursus, bila aku minta tolong rakan hantar bluetooth ke tepon rakan yang lain, berjaya le pulok. Apa masalahnya? Nak kata aku tak reti, ni bukan kali pertama aku berbluetooth bagai. Aiiisssyyy...geram weeeiiih.

Geram yg lagi satu, bila aku nak post citer ke blog guna aplikasi Blogger for Android, pun ada masalah...tak dapat nak post. Masih gagal hingga kini. Nape ek? 

Nak kata Note 3 aku tak ori, kawan aku check dah memang ori sebab kuar gambar anjing kat dalam dia tu. Apa masalahnya. Akukah yang bermasalah? Tak rasi? Bennnnnnnnnciiiiiiii le cam gini. 

Dah elok-elok leh edit gambar, boh frame, boh watermark, tapi tak leh nak post le pulok. Ni le kekecewaan aku. Daaahhh.

Rabu, 23 Oktober 2013

Akhirnya Kau Kumiliki

Assalam...
Pada Sabtu, 19 Oktober 2013, Samsung Galaxy Note 3 akhirnya menjadi miliki aku. 3 kali pergi balik dari Jitra ke Sentosa Mall, Alor Setar utk urusan peminangan.

Kali pertama aku pergi pada sebelah pagi. Aku lupa bawa tepon lama, Samsung Galaxy SL utk copy data. Duit pun belum keluarkan lagi. Suami cadangkan balik rumah dulu utk ambil tepon & terus keluarkan duit. Pukul 4 pm kami tiba setelah lama terperangkap dlm kereta krn hujan lebat.

Harga jualan Note 3 ni RM2199. Sepatutnya RM2399. Murah sikit sebab tak ambik cover original. Beli cover lain & tinted semuanya RM120. Gilakan bila tinted yg elok katanya RM40. Aku tengok elok lagi tinted yg aku dapat free masa beli Samsung Galaxy SL tu. Nasib le kalau kena 'kencing' dgn diorang. Oleh krn suami trade in tepon lama Sony Xperia, dapat le kurang RM150.

Balik rumah utk caj bateri, 5 masalah pulak bila power bateri semakin kurang (caj tak masuk). Sebelum pukul 8, selepas solat kami dah berada di Sentosa Mall. Rupanya alat pengecas kami tu rosak. Dah ditukar yg baru, barulah ok.

Masalah seterusnya muncul bila tak tahu guna S-pen. Tapi, yakin bukan pen tu yg rosak, aku yg tak reti guna.
Godek-godek sana sini, baru le tahu cam ne nak keluarkan semula menu air commandnya tu.

Ketidakpuasan hati yg seterusnya ialah bila bateri cepat sangat habis bila onkan wifi. Tah le. Ni le bahana canggis sangat. He, he...rasakan. Daaahhh.


Toyato Vios Baru yg Memang D'boom

Assalam...

Terpikat hingga rasa nak tukar Almera dgn Vios ni. Tapi, Almera 1.5cc yg rega lebih RM80,000, baru 1 tahun guna laku takat RM50,000 je, baik aku blah. Simpan je le keinginan tu di hati. Tu yg aku ngajuk pi beli Samsung Galaxy Note
3 tu. Hu, hu...Daaahhh.

Rabu, 9 Oktober 2013

iComEx 2013 di POLIMAS

iCompEx ni ialah ringkasan utk Innovation & Invention Competition through Exibition. Ini adalah program utk menggalakkan inovasi & rekacipta produk mahupun perkhidmatan di kalangan pelajar. Mana-mana produk atau perkhidmatan yg bermutu & ada potensi utk dipasarkan akan dipatenkan. Program ini berlangsung dari 7 - 9 Oktober 2013.

Peserta tediri dari pelajar semester akhir program Diploma Pemasaran dari Jabatan Perdagangan (JP) dan pelajar semester akhir dari Jabatan Kejuruteraa Awam (JKA), Elektrik (JKE), & Mekanikal (JKM).

Terdapat pelbagai katogeri yg dipertandingkan antaranya food & beverages, product & services, binaan, booth tercantik dan lain-lain.

JP memenangi katogeri food & beverages dgn produk Instant Steam Boat, katogeri binaan dgn produk Madu Kelulut (binaan sarang utk kelulut) & katogeri booth tercantik dgn servis Mobile Car Wash.

Walau bermacam cerita yg tidak enak didengar, namun keputusan perlu diterima dgn hati terbuka. Kalah menang, itu adat pertandingan. TAHNIAH buat para pemenang serta semua penyelia yang terlibat. Daaahhh.

Selasa, 8 Oktober 2013

C-Mart BDI Milik Chin Hin Runtuh

Assalam....

C-Mart BDI (Bandar Darulaman Industri) baru aja dibuka dalam bulan Ramadhan 2013 yg lalu. Rasanya baru dalam 3 bulan dibuka. Biasanya yg banyak berita bangunan atau bumbung runtuh-runtuh ni di Terengganu. Tapi, kali ni berlaku di Jitra, Kedah, depan ofis je ni. Teruk juga keadaannya. Sekarang ni, segala operasi urusniaga dihentikan.

Bila dah runtuh ni, macam-macam le citer keluar. Bangunan tak dapat CF lah dah kalut nak buka sempena Ramadhan Syawal yg bakal tiba ari tu.

Asalnya, bangunan ini adalah rangka bangunan kilang Nona Roguy. Disebabkan beberapa masalah, akhirnya terbengkalai lama. Ada je syarikat lain nak ambik alih, buat sikit kerja, kemudian tak jadi. Khabarnya ada gangguan. Tapi, akhirnya Chin Hin berjaya ambil alih. Bangunan lama masih dikekalkan.

Di bawah ni beberapa keping gambar runtuhan tersebut.

Gambar diambil oleh kawan ofis aku.

Ramai orang awam menyaksikan bagai pesta le pulok!
naseb p kmaqen..lau x ????ermmmmm.....
Gambar runtuhan dari jarak dekat.
Lagi gambar runtuhan dari jarak dekat.



Vidoe amatur saat runtuhan berlaku boleh lihat sini

Khabarnya, pada peringkat awal Chin Hin ambil alih, ada makhluk halus mengamuk dan lari mengacau pelajar asrama perempuan POLIMAS. Ramai yg histeria. Wallahua'lam.
Kini ada lagi makhluk yg mengamuk hingga runtuh C-Mart BDI. Penyebab kepada runtuhan tersebut telahpun dikenalpasti...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Haaaa....ultaman daaaa sedang berlawan dengan raksasa ikan keli katanya. Ini aku copy dari pemilik blog yg tertulis kat gambar tu. Daaahhh.

Ahad, 6 Oktober 2013

Iktikad Raya & Kereta Mewah

Assalam...

Apa kaitan aku dgn Iktikad Raya?? Tak de kaitan apa pun. Suami aku pernah beli keta kat situ & datang sekali sekala utk servis.

Iktikad Raya ni ada AP sendiri utk import kereta-kereta mewah. Bila datang ke sana, kereta mewah silih berganti. Aku pun minta anak-anak possing sebab nak suruh mak bapak beli, jangan nak mimpi le. Daahhh.

 
 
 
 

Sabtu, 5 Oktober 2013

Rumah Idaman

Assalam...

Kalian dah ada rumah sendiri? Aku dah ada tapi suami yg beli, bukan aku punya. Harta sepencarian je. Hu, hu..

Aku sebenarnya teringin nak ada rumah sendiri yg dibina atas tanah sendiri dengan rekabentuk rumah yg dipilih sendiri. Kalau boleh kali ni nak buat rumah di Terengganu pulak.

Tapi, apakan daya. Aku tak de tanah. Bapak aku punya ada le. Takkan nal paksa dia bagi kat aku, kot! Kalau aku anak tunggal, no hal le. Ni aku ada 2 lagi adik beradik lain. Sabor je le.

Di bawah ni rumah yg aku tengok di Terengganu. Dekat dgn rumah mak bapak aku. Tapi, tak de le aku nak beli sebak kecik & 2 tingkat. Tak larat den nak mendaki tangga. Tangga rumah aku sekarang yg 1 1/2 tingkat ni pun aku tak pernah naik, kecuali ada tetamu datang. Aku naik atas utk sapu & mop lantai. Macam homestay pulok rupanya. Daaahhh.

Aku dan Kerjaku

Masih ada 2 longgok tugasan pelajar yg belum disemak. Malas betul aku kalau bab semak tugasan berbentuk esei ni. Kalau bentuk pengiraan, sat saja dah selesai.

Ada satu tugasan tu, skema pulak tak lengkap. Bila le kawan aku nak bagi skema ni. Haiyaaa!!

Untuk jaga kesihatan diri, aku tak lupa ambil supplement GLA Shaklee. Patutnya 1 biji 2 kali sehari. Tapi, dalam 'tak lupa' tu siang je aku makan, belah malam tak makan. Sebabnya...tak nampak di mata. GLA dok dalam handbeg. Ha, ha, ha...!!! Daaahhh.

Suamiku Tak Romantik

Assalam...

Bukan mood rajin datang utk update tapi yg post sebelum ni aku baru publish setelah diperap sebagai draft. Hu, hu..

Ni nak citer lagi. Bukan pasal suami aku, tapi pasal novel "SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK" karya Farisha Imani.

Citer ni santai je. Tak banyak konflik. Citer berkenaan seorang lelaki yg dulunya normal kemudian berubah jadi autistik. Seorang gadis dinikahkan dgnnya atas kehendak bapak gadis tu dgn alasan utk tutup malu ditangkap basah. Walhal, bapak ni dah tahu yg lelaki tu normal, ada hati kat anak gadisnya & lebih baik dari calon menantu yg dia berkenan dulu.

Kesudahannya...walaupun aku lum habis baca tapi setakat ni, semua novel yg aku dah baca akan berakhir dgn bahagia (happy ending). Daaahhh.

Cucur Pulut Sarawak

Assalam...

Cucur pulut ni seperti pisang goreng, cuba lapisan kulitnya dibuat dari tepung pulut, dibalut pada pisang & digoreng. Aku mula kenal cucur ni setelah kahwin dgn suami aku ni. Tapi, baru kali inilah aku cuba membuatnya sendiri.

Sabtu lepas kan aku dah citer yg aku pergi rumah sepupu suami di Parit Buntar. Mak kpd sepupu suami tu tengah buat cucur pulut ni. Sambil tolong dia balutkan pisang, aku tanya le resepinya. Katanya, cucur ni hanya terdapat di kampung Debak sahaja di Sarawak tu. Setelah aku olah, begini le citer & kejadiannya:

BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1sudu kecil gula kastor
1 - 2 sudu kecil minyak (aku guna mentega)
Sedikit air (utk bancuh hingga boleh dikepal)
1sudu besar susu tepung (aku tambah. Aku nak guna susu cair, tp nak kena tebuk tin baru. Malas weeiihh!!)
4 - 5 biji pisang awak @ pisang emas @ apa2 pisang yg anda suka).

CARA-CARANYA:
1.  Campurkan tepung pulut,     tepung gandum, gula, garam & susu & minyak ke dalam bekas bersih.
2. Tambahkan air sedikit & gaulkan semua bahan sehingga ia boleh dikepal. Kalau adunan berderai tambah sikit air @ minyak. Kalau cair, tambah sedikit tepung pulut.Bila adunan boleh dikepal, ketepikan.


3. Pisang dibuang kulit & dibelah dua (sebab pisang panjang, slps belah 2, aku potong lak 2 supaya senang nak balut dgn adunan tepung tadi). Kalau nak senang, guna pisang emas yg kecik comel gitu.



4. Ambil sedikit adunan tepung, gentelkan jadi bulat dan leperkan seperti gambar di bawah. Jgn tebal sgt & jgn nipis sgt. Kalau nipis, nanti bocor.


5. Letak sekeping pisang tadi atas lapisan tepung tadi dan balutkan dia hingga menutupi keseluruhan pisang. Susun pisang atas pinggan yg telah dileserakan dgn sedikit minyak supaya tak melekat. (Tang balut pisang ni le yg buat aku tensen. Tarik sini, bocor sana, makanya adalah adegan tampal menampal).

          

6. Panaskan minyak dgn api sederhana & goreng hingga keperangan. Tadaaaa...dah siap.
Biarkan sejuk sikit sebelum di makan. Hati-hati dgn isi dalamnya yg panas.
Selamat Mencuba!!! Daaahhh.

Zoo Taiping Utk Kesekian Kalinya

Assalam...

Ini aktiviti ringkas waktu ke Taiping hari tu. Hanya utk gembirakan anak-anak.
Lagipun, kami dapat diskaun 20% sorang dari risalah yg diberi waktu menginap di Taiping Golf Resort.
Tak banyak gambar yg diambil sebab kami naik train....tak dan nak snap. Layan je le apa yg ada ni. Daaahhh....






Ko tahu dak Ahda, itu unta???

Siem Reap Charity Project

Assalam...


Ingat lagi dak, Ramadhan lalu aku & suami serta kawan ofis melibatkan diri dlm program Shopping Raya utk anak2 yatim di Sik, Kedah. Kini aku dalam usaha utk terlibat dlm program amal peringkat antarabangsa (cheeeewah....kelas bunyinya) di sebuah kampung di Siem Reap, Kemboja.

Kali ni aku tak bawak suami sebab perlu berada di sana selama seminggu (7 - 11/12/13). Kalau suami aku ikut, sape nak jaga anak? (Apapun, aku dah dapat keizinan untuk pergi sana. TQ, suamiku. Muuaahh!!)


Bukan murah kos nak ke sana. Sebelum pergi pun beribu habis utk bayar kos yuran keahlian, pndftrn, backpack, kasut, baju, tambang kapal terbang pergi balik. Pengangkutan, penginapan & makan minum di sana nanti.

Itu le namanya kerja amal. Kalau ada org sponser sukarelawan tu, bukan beramal namanya. Ada sape yg berminat boleh isi borang di website ini: http://ourtouch.org/membership/.   Daaahhh.

Banana Crumble Pie

Assalam....

Berpai lagi nampaknya kita. Crustnya ni dari lebihan buat Apple Crumble Pie (ACP) hari tu yg disimpan dlm peti ais.

Kerana masih banyak baki pisang dari buat cucur pulut tadi, akupun jadikan inti pai manggantikan epal. Resepi masih follow ACP.

Ini rupa sebelum dibakor (rajin pulak ari ni aku hias permukaan pai tu dgn pisang).


Ini rupa selepas dibakor.


Ini rupa selepas dipotong.


Selamat Mencuba!!!! Daaahhh.