Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 30 Jun 2014

Makanan Tambahan Di dalam Pantang

Assalam...

Aish....banyak pulak nak dicerita, ye! He, he....baca le. Ni nak tunjuk produk yg aku telan waktu dalam pantang. Hari ni dah 5 hari aku bersalin.

Pati Ikan Haruan, Softgel Minyak Kelapa Dara, Multivitamin + Zat Besi, Minuman Herba, Alfalfa & Kalsium.


Ada lagi, lupa nak ambil gambar. Taraaaa....mempersembahkan......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hek'eleh.....ESP je rupanya. Enko ada???

Aku lum start lagi ESP & Alfalfa tu sebab suami baru beli petang tadi. Esok baru aku start. Semua ni untuk rangsang susu badan. Hari ni hanya mampu perah 1/2 ml je. Nak nangis rasanya. Tapi, aku masih lum putus asa.

Selain dari produk kat atas tu, suami tolong belikan ubat Domperidone kat klinik. Terpaksa, sebab susu langsung tak keluar. Mungkin aku bersalin secara pembedahan.

Ambik 2 biji, 3x sehari.

Gitu le cabaran utk memerah susu badan. Nanti citer lagi. Daaahhh.




Call Awal Pagi dari NICU

Assalam....

Aku terima call dari NICU seawal 8.25 pagi. Heran gak, takkan minta susu kot. Benar, bukan minta susu tapi minta darah. Aku diminta datang ke NICU utk diambil darah kerana baby perlukan darah. Bila kutanya kenapa, dia minta tanya doktor.  Letak je tepon, suami tanya dan aku mula nangis. Dia minta bersiap cepat.

Alhamdulillah, kejap je aku dah dapat semangat aku balik. Aku kembali tenang tapi suami aku yg gabra semacam. Hati aku tenang je dan aku yakin yg babyku baik-baik saja.

Di NICU, hanya aku yg dibenarkan masuk sebab bukan waktu melawat. Babyku ditidurkan secara menelungkup. Kutanya doktor, apa jadi pada babyku. Doktor kata darah baby cair, patut bacaannya 1 tapi bacaan darah babyku 1.9 so, dia perlukan platlet darah ibu utk masukkan dlm darah baby. Kata doktor, biasalah macam tu sebab baby tak cukup bulan. Tiada masalah lain. Alhamdulillah, lega rasanya.

Dlm perjalan balik, singgah di Klinik Kesihatan Jitra utk laporkan kelahiran. Aku diminta utk terus buat pemerikaan. Esok, nurse akan datang periksa di rumah.

Di rumah, setelah makan tengah hari, aku mula gigih mengepam susu. Tapi, sangat mengecewakan sebab susu sikit je kuarnya walau pelbagai supplement aku telan. Terkini, suami gigih mencari Alfalfa Shaklee. Huuuaaaa...aku dah hampir putus asa ni!!!! Daaahhh.

Ahad, 29 Jun 2014

Set Bersalin Anugerah

Assalam...

Ha, ha....rajin pulak aku update blog masa dlm pantang. Almaklum le, baby masih di NICU. Banyak le masa mama.

Set Bersalin Anugerah ni memang idaman kalbu waktu sebelum ngandung lagi. Di saat akhir, suruh suami beli set normal tapi dia bantai set medium. Ada dua produk le yg kena sedekah kat rakan preggy lain iaitu Air Selusuh & Bengkung Panjang. Rugi je beli mahal-mahal. Harga tertera RM288 tapi slps diskaun dapat le RM258. Masih mahal pada aku. Haish..!!!

Bahagian hadapan

Bahagian belakang

Kat dlm set ni ada minyak urut utk ibu, minyak telon utk bayi, minyak pilis (ni yg aku suka sbb biasanya pilis dlm btk serbuk, boh air & sapu. Bila kering, berterabur jatuh...tak suka, tak suka), cecair pencuci faraj, minuman herba (tapi rasanya spt pati kurma @ prun gitu. Manis & tiada rasa herba), losyen badan bau epal hijau, serbuk mandian/sauna (yg ni aku akan guna bila luka czer dah kering), tungku herba (yg ni aku akan guna bila tempat luka dah tak sakit & aku larat nak kukus sendiri. Dok asyik suruh org, ada yg bertukar jadi naga pulak), minyak selusuh & barut panjang. Ok, dak?

Lepas habis pantang, aku review balik kesan sebenar dia pada ibu berpantang, ye! Daaahhh.

Semakin Hari Semakin Sakit????

Assalam...

Salam 1 Ramadhan. Ini hari ke-4 aku bersalin tapi aku rasa keadaanku makin teruk. Sakit dibahagian luka makin terasa. Mungkin sebelum ni, ubat bius masih ada tapi kini beransur hilang & aku mula terasa sakitnya.

Makin sakit bila pundi kencing penuh & aku nak kena bangun ke tandas. Masa tu rasa luka tu disiat-siat, ditarik-tarik. Nak kencing pun dah mula sakit. Kena tarik nafas dan pejam mata. Mungkin kurang minum air. Aku sebenarnya masih belum boleh rasa gesaan nak kencing kecuali bila pundi dah penuh. Mungkin ini kesan dari penggunaan tiub kencing (catheter) waktu pembedahan.

Dah pukul 8.30 am tapi semua manusia dlm rumah ni ( kecuali aku le) masih berdengkur. Penangan Piala Dunia. Sebenarnya, keluarga adik aku pun ada datang ni, menziarah aku. Lagipun, dia ada exam final semester kat UUM. Dia ambil PJJ Ijazah Perguruan. Baru di semester 5 dan ada 3 semester lagi untuk tamat.

Aku dah serik nak sambung belajar. Penat dah dgn segala assignment dan kerja yg tak habis-habis. Aku nak tenang uruskan keluarga dan kerjaya (ayat pujuk hati org yg tak de wawasan seperti aku...ngeh, ngeh, ngeh!).

Kalau di wad, waktu ni aku dah siap mandi dan sedang menikmati sarapan (roti sapu margerin dan air kopi). Nikmat sekali rasanya. Doktor dan nurse pun dah berlegar-legar. Tapi, di rumah ni, aku masih busuk di atas katil. Huuuuaaaaa....!!!! Daaahhh.

Sabtu, 28 Jun 2014

Babyku Bebas G6PD Deficiency

Assalam...

Apa tu G6PD Deficiency? Bagi yg belum tahu ia merujuk kepada:

"an inherited condition in which the body doesn't have enough of the enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase, or G6PD, which helps red blood cells (RBCs) function normally. This deficiency can cause hemolytic anemia, usually after exposure to certain medications, foods, or even infections".

Haaaaa...ada faham? Dah namanya diwarisi, aku pun konfiden je baby baru ni pun akan ada masalah tu. Tapi, mungkin berkat Ramadhan, baby ni bebas dari masalah tu. Alhamdulillah.

Petang tadi selepas discharge, singgah di NICU melawat baby. Doktor kata baby ok, dah berak & kencing. Esok mereka cuba tanggalkan oksigen di hidung dan akan guna mesin lain utk support oksigen. Satu perkembangan yg baik. Moga baby mama akan terus kuat.

Esok mungkin mama tak pergi melawat baby sebab tempat luka mama ni macam ada masalah. Mama nak rehat dulu, ye. Baby jumpa dgn abah je esok, ye. Luv U. Daaahhh.

Dah Boleh Discharge

Assalam...

Alhamdulillah, hari ni boleh keluar wad. Dah kencing, berak semua. Makan pun lalu. Kali ni aku berani belasah sup ayam yg dihidangkan sebab bagi aku, nanah semua tu terhasil dari jangkitan kuman, bukan dari apa yg kita makan. Ayam tu bagus sebab ia sumber protin. Boleh gitu. Aku berserah je le.

Tengah tunggu dokumen disiapkan utk discharge. Petang le baru leh settle tu. Tadi, sms suami minta belikan set bersalin Normal Anugerah, siap tulis harga lagi. Dia pi bantai beli set medium. Geramnya aku. Dah le mahai sepasal, ada 2 benda yg tak akan digunakan dlm tu iaitu air selusuh & bengkung. Itu le, dah bagi panduan tak mau ikut.

Suami juga belikan Air Anugerah dan Pati Haruan Hawany. Dia carikan ikan haruan hidup tapi tak ada. Gitu le selalunya, bila aku tak bersalin, berlambak dimerata-rata. Bila aku bersalin dan perlukan ikan tu, haram tak de. Nasib le.

Tak sabar nak tunggu suami datang utk tengok baby. Sebelum ni aku ada bagi teka-teki pasal jantina baby aku, kan. Leh rujuk sini. Kat sini aku bagi jawapannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arjuna beta yg masih belum diberi nama...
Kesimpulannya, segala tanda-tanda yg selalu kita guna utk ramalkan jantina baby tu poyo semata-mata. Tak leh pakai. Sekadar suka-suka. Kalau betulpun, secara kebetulan sahaja. Hanya Allah yg Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Nanti baby dah sihat, dah keluar dari NICU & dah didaftarkan, baru kita isytiharkan namanya, ye! C U. Daaahhh.

Jumaat, 27 Jun 2014

Bersalin Sudah....

Assalam...

Alhamdulillah, seperti dijadualkan, aku selamat bersalin pada 26/6/2014 @ 10.30 pagi. Aku dibius penuh (GA) kerana ada sejarah pendarahan pada pembedahan sebelum ni.

Aku mendaftar masuk wad pada Rabu, 25/6/14 @ 10.15 am. Aku ditempatkan di Wad Kenanga 2A.


Mulanya dok di katil tambahan (Pseudo 8) dan kemudian diubah ke katil 19. Lega.


Aku tak sempat lunch sebab masuk ke wad dah pukul 1.00 pm. Nasib ada bawa waffle. Makan je yg itu buat lapik perut. Hampir pukul 6 pm, dinner dihidangkan. Lawak lagi sebab menu tu utk patient sebelum aku yg lepas caesar. Makanya, makan le bunur nasi, sawi dan sup ikan. Licin sebab lapar punya pasal.

Menu org caesar utk org blm caesar...he, he

Hari pertama di wad sangat sibuk. Ibu mengandung pun ramai. Katil penuh. Hampir setengah jam sekali nurse akan check tekanan darah dan jantung baby. Pukul 1.50 pm aku dipanggil uyk buat CTG. Ini pertama kali aku buat dlm sejarah aku ngandung. 15 minit je. Tapi, pukul 4.00 pm, sekali lagi aku dipanggil utk buat CTG. Aku tanya nurse tu, ada masalah dgn jantung baby ke. Nurse kata, tak tapi kertas CTG tu dipasang terbalik, so bacaannya pun jadi songsang. Kami berdua gelak besar bersama.

26/6/2014 ~ Khamis
Berdebar menanti dipanggil ke dewan bedah (OT). Aku kes ke dua. Akhirnya, pukul 9.51 pm aku dipanggil ke OT.
Waktu disorong ke dewan bedah, tak sempat jumpa suami sebab dia ke tandas. Geram aku dibuatnya. Dah le aku tak bawa tepon. Nasib umurku masih panjang. Boleh jumpa lagi.

Kali ni, lepas pembedahan, aku rasa lebih kuat berbanding dulu. Mungkin sebab kali ni aku cuma kehilangan 700 ml darah, berbanding dulu, 2.1 ml. Kali ni, aku tak perlu tambah darah. Alhamdulillah.

Babyku walaupun dah 34 minggu dan dah ambik dexa tapi paru-parunya masih belum kuat. Baby masih perlukan bantuan pernafasan dan ditempatkan di NICU.

Hari kedua pembedahan iaitu hari ni, aku dah mampu turun katil dan ke tandas sendiri. Pesakit dah semakin berkurang. Dlm kubik aku dan kubik sebelah yg ada 12 katil, cuma ada 3 katil yg berpenghuni. Berbeza jika dibandingkan pada hari Rabu, hari pertama masuk wad. Penuh, wooo!!!

Hari ni semua wayar dah dicabut, cuma tinggal jarum di tangan. Yg ini hanya dicabut bila nak keluar wad. Mengganggu pergerakanku. Dah berdarahpun.

Cucukan kedua waktu di dewan bedah

Ini cucuk kali kedua. Yg pertama cucuk pada hari aku mula daftar masuk wad. Sudahnya, aliran tersumbat & kena cucuk yg baru.

Cucukkan pertama waktu di PAC
Hari ni suamiku dtg melawat waktu petang je sebab paginya pengasuh Ahda ada kenduri, so Ahda tak de pengasuh.
Suami dtg kul 5.30 pm dan terus pergi tengok baby. Baby pakai tiub oksigen di hidung. Aku yg berhati kering ni, tak de le nak nangis. Baby sihat, tak de nampak kecik sangat. Ruas jari dan kaki dia nampak kasar. InsyaAllah, dia kuat dan boleh survive. Tak ambik gambar baby. Takut nurse marah. Daaahhh.




Selasa, 24 Jun 2014

Barang Pusaka Adam & Ahda

Assalam...

Pusaka apa kebendanya pulok tu? He, he...sebenarnya pagi ni aku baru je selongkar barang-barang baby dlm almari ~ baju-baju kecik, sarung tgn & kaki, topi, kain lampin, selimut, sarung bantal, sarung tilam & kain buai. Semuanya hasil yg diwarisi dari Adam ke Ahda dan kali ini utk baby terakhir. Elok sesangat le tu. Kongsi je le. Tak gaduh mama beli yg baru.

Hari ni cuaca mendung & hujan. Jadi, sesi mengeringnya guna mesin je le. Apa lagi, ek! Botol baby baru ada satu, hasil sedekah kawan ofis. Yang itu tak pe. Sempat lagi mama order online. Pastinya jenama Tommee Tippee. 'Beg sekolah cum beg klinik' pun nanti mama order online. Janji baby sihat. Daaahhh.




Hari Terakhir

Assalam...

Yup, hari ni hari terakhir aku di rumah sebelum check in di HSB. Sedih le pulak. Sebab pertama, aku kena tinggalkan mereka semua di rumah. Kedua, Ahda tak sihat, selalu ngadu sakit perut; dan ketiga sebab aku tak sempat buat apa2 ~ kemas rumah, basuh baju baby....

Hari ni patutnya aku ke ofis sekejap utk ambil borang soal selidik suami aku & baju baby yg kawan aku kata nak bagi tapi aku rasa malas le pulak nak pergi. Lagipun aku rasa tak selesa di ari-ari. Aku juga bercadang nak pi cari barang utk check in tapi...tengok le bila dah rasa ok sikit nanti. Dak pun, aku tunggu suami balik je.

Aku rasa 'timing' aku ngandung & bersalin ni, sesuai sesangat. Cuma di awal ngandung tu cuak sikit sebab aku nak ke Kemboja. Waktu kuliah pulak, semua biliknya di tingkat bawah. Kelas petang pun cuma 1 je. Itu pun dlm makmal komputer. Kuranglah kepenatan aku. Ekceli ada 2 kelas petang tapi yg satu lagi tu telah diubah ke sebelah pagi. Maklumlah, dok di kelas tak de aircond. Panas...boleh pengsan, wooooo!!!

Pas tu, kuliah pulak berlangsung di kala kandunganku masih kecil. Kuranglah berat nak membawa. Waktu kandunganku membesar, jatuh pada cuti semester pulak yg hampir 2 bulan. Alangkah seronoknya. Banyak masa rehat. Jiwaku pun tenang. Senang hati je ke klinik, tak gusar utk mengganti kuliah yg tertangguh.

Waktu aku nak bersalin pulak, jatuh pada permulaan semester baru. Kuliah pulak berkongsi dgn pensyarah lain. Jadi, pensyarah yg lain tu mulakan kuliah dulu. So, segala dokumentasi disediakan oleh pensyarah yg pertama mulakan kuliah. Aku cuma sediakan divider fail.

Aku dijangka masuk kerja, kurang 2 minggu dari peperiksaan akhir semester. Sebelum tu cuti Hari Raya Aidil Adha. Makanya, aku cadang utk melanjutkan cuti dgn mengambil cuti rehat hingga habis minggu kuliah. Aku hanya masuk kerja pada minggu peperiksaan.

Tugas aku yg pertama bila masuk kerja ialah jadi pengawas peperiksaan, siapkan Fail Rekod Pensyarah (FRP), siapkan laporan dalaman Pemantauan P & P, dan yg paling penting ialah memeriksa (marking) kertas peperiksaan akhir kursus yg aku kena ngajar & sediakan laporan. Hu, hu...

Tapi ada gak yg tak seronokknya iaitu aku berpantang di bulan Ramadhan & Syawal. Huuuaaaaa.....Aku dah tau menu aku hari-hari ialah ikan haruan, ikan talang, sup sawi, dan air milo. Tapi aku ada minuman baru utk kecergasan iaitu susu kambing (jenama HR) diblend dgn kurma dan madu. InsyaAllah.

Ya, Allah....Kau permudahkanlah segala urusanku. Aamiin. Daaahhh.


Khamis, 5 Jun 2014

Minggu Orang Kahwin

Assalam...

Cuti sekolah...biasalah kalau byk jemputan kahwin. Pada minggu pertama cuti sekolah, sepupu aku kahwin di Terengganu (29/5 ~ akad nikah, 30/5 ~ kenduri belah perempuan, & 1/6 ~ kenduri belah sepupuku) tapi aku tak dapat balik meraikannya kerana aku dah sarat utk perjalanan jauh. Kaki pun selalu bengkak & sakit.

Walau tak balik, aku tetap sediakan hadiah yg berupa cenderahati utk sedara mara & jiran terdekat berupa personalized Yassin & terjemahan seperti gambar di bawah. Tempah dgn kawan ofis 50 keping dgn harga RM2.90 satu.


Sebelum tu, anak lelaki pengasuh Adam pun nikah juga. Kebetulan namanya sama dgn nama sepupuku tu, Syafiq. Sebagai hadiah, aku juga sediakan personalized Yassin & terjemahan utk kendurinya pada 7/6/14 nanti.


Akad nikahnya dibuat di Selama, Perak. Aku tak ikut le...jauh. Kenduri kat rumah dia nanti aku pergi le sebab dekat, leh jln kaki je. Pergi makan je le. He, he...

Selasa nanti (10/6/14), aku ada temujanji dgn pakar di HSB. Adakah aku akan dapat tarikh utk caesar atau tempoh mengandungku dilanjutkan?? Kalau kena tunggu lagi, aku nak kena minta MC dgn doktor sebab aku dah tak larat & aku takut atau fobia dgn peristiwa dulu. Ya, Allah, kau selamatkan & permudahkanlah segalanya. Aamiin. Daaahhh.