Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 27 Februari 2014

Alahai, Student Aku....!!!!

Assalam...

Gambar ehsan google.


Dua hari lepas adalah hari sibuk aku marking assignment BC101 Computer Application berkaitan Asas Pembinaan Blog dan Power Point. Bila melibatkan hal-hal kena buka email ni, lambat le sikit aku nak marking. 

Ingat ke settle semua, rupanya macam-macam masalah. Bagi alamat blog yg salah, sampai aku tak boleh nak access. Aku korbankan prepaid dgn sms mereka-mereka yg berkenaan tapi yg ambil berat cuma pelajar bukan Melayu. Pelajar Melayu lak, haram tak balas sms aku. 

Malam Selasa baru settle pasal assignment blog tu. Yg pastinya pelajar terakhir yg hantar ialah pelajar Melayu pompuan. Siap bagi alasan & minta tangguh sampai Khamis. Banyak le ko punya songgih.

Malam kelmarin pulak (Rabu), akceli pagi Khamis le sebab aku terima call beberapa minit nak pukul 1 pagi. Bertuah punya budak. Ko tak tau malam siang ke?? Nombor tu tiada dlm simpanan aku, jadi tidak kukenali tapi sebab risau ada panggilan penting, aku jawab jugak. Rupa-rupanya student pompuan nak minta maaf sebab lewat hantar assignment dgn alasan baru baca sms dari tepon yg jarang2 digunakan. 

Ni lagi satu yg buat aku hangin. Yg ko bagi no tepon tu kat aku nape. Dah aku ingatkan, bagi no tepon yg boleh dihubungi. Heran betul aku bila pelajar ada lebih dari satu nombor & lebih dari satu biji tepon. Apa motif??? 

Setelah aku patahkan perbualan dgn assalamu'alaikum (budak tu nak teruskan perbualan dgn alasan2nya tapi aku tak mau dengar dah), beberapa minit kemudian masuk sms dgn url blog. Aaiiikkk...bukan aku dah habis marking pasal blog ke. Yg ko hantar lagi pe hal? Ko tak reti baca sms aku ke? Aku suruh hantar assignment Power Point, bukannya blog. Yg blog tu aku dah bagi ko full mark (100%). Yg ko tak hantar ialah fail Power Point. Lantak ko lah. Kerja sendiri pun tak tahu. Malas dah aku. Penat dgn karenah yg macam-macam ni.

Tak habis lagi ni. Ada sorang lagi punya alkisah. Assignment 2 minggu lepas (Spreadsheet) tak hantar lagi hingga sekarang. Dah 2 minggu aku bagi peluang utk datang jumpa aku, haram tak datang. Bukan tu je, assignment terkini, Power Point pun tak hantar juga. Sms tak dibalas. Ini lagi satu anak Melayu pompuan. Lantak ko le. Aku dah bagi peluang. Peluang dah ditutup. Rayuan tak diterima lagi. 

Fuuuuhhhh....penat meluah perasaan. Apa-apa pun aku buat bukan atas dasar dendam tapi dengam niat utk mendidik & mendisiplinkan pelajar itu sendiri. Moga jadi pengajaran. Daaahhhh.

Poning den dogan ekau ni....


Jumaat, 21 Februari 2014

Khidmat Sosial Lagi

Assalam....

Khidmat sosial kali ni anjuran Kelab Pemasaran, Jabatan Perdagangan. Hanya ada 2 org pensyarah yg confirm pergi. Aku terpanggil utk meramaikan majlis lebih2 lagi bila KP Akauntansi ajak tumpang kereta dia.

Aktiviti kali ni berlangsung di sebuah pusat jagaan di Padang Sanai, Kuala Nerang. Penghuninya dlm 39 org je dgn 10 org perempuan, antara darjah 2 hingga 22 tahun. Ada yg tinggal di sini kerana masalah sosial, tak mahu bersekolah, miskin dan anak yatim.

Maklumat lanjut tentang pusat jagaan ini boleh dibaca di sini.


Tak byk aktiviti gotong-royong yg boleh dibuat kerana kawasan yg kecil dan memang sedia bersih. Guru dan penjaga penghuni di sini dah berkemas sedari awal pagi lagi.

Ketika kami sampai dlm pukul 9.00 pagi, terdapat anak-anak yg baru balik dari sekolah (Mereka bersekolah pada Sabtu kerana sekolah ambil cuti berganti tetapi mereka balik awal kerana aktiviti kami).

Sebelum aktiviti bermula, urusetia yg terdiri dari pelajar Diploma Pemasaran dan penghuni pusat ini bersarapan terlebih dahulu. Usai sarapan, sedikit aktiviti gotong-royong dibuat iaitu menggumpulkan dedaun pokok getah yg bertimbun di laluan masuk, mencuci tingkap, membersihkan tandas dan mengembur tanah di pasu pokok bunga (tu kerja aku le tu...he, he).

Habis gotong-royong, diteruskan dgn aktiviti  LDK. Mereka dibahagikan kpd 5 kumpulan dan akan mempersembahkan sketsa pendek yg ada unsur nasihat dan pengajaran.

Berbincang tentang sketsa yg akan dipersembahkan.

Bincang, jgn tak bincang...

Antara sketsa yg sedang dipersembahkan.

Hebat juga lakonan mereka. Setelah pemenang diumumkan, majlis berehat dengan makan tengah hari. Aku tak makan sebab masih kenyang dgn kue tiaw goreng.

Sebelum masuk Zohor, aku dan KP beredar dulu kerana KP ku usung baby, 2 anak bersekolah rendah dan 'anak sulung' yg dah bekerja. Suami dia, daaaaa. Sebelum blah, sempatlah bergambar dgn penganjur.

Aku, Akidah, KP Faizatul dan Ckin.

Selepas solat Zohor berjemaah nanti, mereka akan sambung dgn pelbagai aktiviti lagi seperti pertandingan mewarna dan sukaneka. Minta maaflah tak dapat turut serta.

Terima kasih atas segalanya. Moga apa yg disumbangkan dapat dimanfaatkan di samping memperolehi pahala utk bekalan di akhirat. Daaahhh.

Sabtu, 8 Februari 2014

Nasi Lemak di Pagi Sabtu

Assalam....

Dah lama teringin nak makan nasi lemak waktu cuti tapi dari minggu lepas tak dapat-dapat lagi. Encik Bos lupa beli. Dia belikan roti canai. Makan je le. Minggu ni, Jumaat pula, kami sekeluarga bermalas-malasan di tempat tidur. Makanya, nasi lemak habis sudah. Sebagai edisi membalas dendam, aku buat nasi lemak sendiri.

Nasi lemak siap dgn pappadom lagi...

RESEPI NASI LEMAK

BAHAN-BAHANNYA
Utk nasi:
2 cawan beras
1 biji bawang merah
1 inci halia
1 helai daun pandan
1 gelas air
1 gelas santan
Garam
Gula perang
Serbuk perasa (aku guna Secukup Rasa Maggi)

Utk Sambal:
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang Holland
3 biji bawang merah
8 biji cili kering
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis goreng
Sedikit pes asam jawa (aku guna Adabi)
Gula, garam, serbuk perasa
Sedikit minyak utk menumis
Air utk ditambah jika kuah pekat

Pelakon tambahan:
Pappadom
Timun
Ayam goreng

CARA SEDIAKAN NASI:
  1. Basuh beras hingga bersih.
  2. Masukkan 1 gelas air & 1 gelas santan.
  3. Masukkan daun pandan yg tlh dikoyak dan disimpulkan.
  4. Masukkan juga halia yg telah dipotong kasar & bawang yg telah dipotong halus.
  5. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula perang & sedikit perasa.
  6. Masak seperti biasa guna periuk nasi elektrik @ manual.


CARA SEDIAKAN SAMBAL:

  1. Potong cili kering & rendam dlm air panas hingga lembut. Toskan airnya.
  2. Sambil tunggu cili kering lembut, sediakan telur goreng. 
  3. Dgn minyak yg sama, goreng separuh dari ikan bilis tadi dan ketepikan.
  4. Tambahkan minyak dan goreng ayam (jika pelakon tambahan ini digunakan).
  5. Kisar semua bawang, cili kering, halia, belacan & separuh dari ikan bilis goreng tadi.
  6. Masih menggunakan minyak yg sama, tumiskan bahan kisar tadi hingga garing. Jika agak kering masukkan air.
  7. Kemudia boleh masukkan ikan bilis mentah & baki ikan bilis goreng tadi. Kacau rata.
  8. Perasakan dgn gula, garam, serbuk perasa & pes asam jawa.
  9. Jika dah sesuai rasanya, boleh tutup api dan angkat.

Bila sambal dah selesai, baru aku goreng pappadom & potong timun tu. Dah boleh hidangkan nasi lemak tu. Encik Bos makan bertambah. Sedap le tu.

Nak jadi cerita, bila sambal dah siap, ayam goreng dah tinggal 2 ketul sebab Adam dah kebas. Utk elakkan dia makan semua, aku humbankan ayam tu dlm sambal ikan bilis. Boleh tambah lauk. Kejam dak mama Adam ni. He, he...Tu je le nak citer pagi ni. Nak pi caj bateri note sat. Daaahhh.


Isnin, 3 Februari 2014

Kemboja Hari Keempat (9 Disember 2013)

Assalam....

Pada hari keempat kami di Kemboja iaitu hari ketiga di Kg. Phnom Norea ni, aktiviti di pagi hari setelah bersarapan ialah menjadi pembantu cedok makanan di hari kenduri aqiqah. Semua makanan telah dimasak oleh penduduk kampung. Kami tukang cedok & makan je. Hasil usaha sukarelawan & penderma budiman, Our Touch berjaya menyumbangkan 1 ekor lembu untuk kenduri beserta beras dan bahan mentah lain. Lauk kenduri ialah gulai daging, acar timun & sambal belacan. Gambar cedok mencedok & lauk kenduri ada dlm PC. Malaih den nak pindah-memindah. Nanti kurajin, kuupdate le utk rujukanku nanti. Sabor je le.

Pada hari kenduri, kami dah tak lalu nak makan nasi. Kami makan roti je (roti panjang macam roti Perancis tu). Gulai diorang sedap, macam gulai kita juga, cuma byk sangat penggunaan serbuk perasa sehingga rasa manis semacam. Tu yg potong selera aku yg masa tu tak berapa sihat (pembawaan budak le katakan).

Pada hari itu juga diadakan penyerahan 10 kg beras utk penduduk kampung yg tak terpilih kelmarin. Pihak Our Touch menambah 30 guni x 50 kg beras lagi dgn kos US$1080 utk tujuan tersebut. Harap semua berpuas hati.

Sehari sebelum kenduri. Kaum perempuan sibuk buat persiapan.

Sehari sebelum kenduri, sukarelawan berehat kepenatan.

Beras tambahan utk sumbangan di hari kenduri.

Sarapanku sebelum bertugas nanti
             
Suasana di hari kenduri sebelum makanan dihidangkan.

Kanak-kanak OKU warga Malaysia mohon simpati bantuan sara hidup. Ditinggalkan bapa rakyat Malaysia.

Selepas kenduri, aktiviti diteruskan dgn pertandingan mewarna utk kanak-kanak. Apa yg menyedihkan, cikgu di sekolah tu kata, itulah kali pertama kanak-kanak itu menggunakan pensil warna. Kalau ada pun yg pernah, mungkin sorang dua aja yg dari kalangan yg agak berduit. Kesian mereka. Lagi kesian, kami tak faham bahasa mereka, tak faham apa yg mereka tanyakan & mereka juga tidak memahami Bahasa Melayu, mahupun Bahasa Inggeris. Mujur ada seorang guru muda yg mahir berbahasa Inggeris....Teacher Souney.

Suasana di dalam kelas

Sedang melukis dan mewarna

Si comel....haiippppp ada jari monster lak. Kacau.

Para pemenang peraduan melukis & mewarna bersama sukarelawan, Madam Anis & Teacher Souney.

Teacher Souney tengah agihkan kad kpd sukarelawan

 Habis je aktiviti melukis & mewarna, kami terus ke tempat rehat kami utk aktiviti menyiapkan layang-layang. Seorang sukarelawan utk 2 orang kanak-kanak siapkan satu layang-layang. Mulanya aku panik gak sebab tak reti buat. Tapi, bila tau kanak-kanak tu lebih pakar, lega le sikit. Aku siap dibantu oleh Kak Asiah, org tengah & juru bahasa kami sepanjang di Phnom Norea. Terima kasih, kak.

Dah siap...sedia utk diterbangkan.
Di sawah tempat bermain layang-layang....terbang tinggi-tinggi.

Akhirnya berakhirlah aktiviti kami utk hari itu. Kami berkumpul semula di ruang rehat yg disediakan sambil menunggu utk makan malam. Daaahhh.





Ahad, 2 Februari 2014

It is Getting Worst

Assalam...


Minggu ni aku dah 12 minggu hamil. Dah masuk 3 bulan. Aku dah start makan set hamil Salindah Homeopati. Saje je nak cuba. Lepas bersalin nanti, aku cuba yg lain pulak. Nak ambik supplement Shaklee, aku rasa aku tak mampu. Bukan tak mampu beli, tapi tak mampu nak telan, besau-besau gitu, koooo. Salindah ni senang, comel-comel & kunyah je. He, he...

Cuma, apa yg aku rasa derita sangat ialah ketidakselesaan perutku. Kembong memanjang & yg tambah teruk bila ia buat aku muntah hingga 4, 5 kali sehari, dari pagi hingga malam. Penggalaman alahan mengandung terburuk yg aku alami. 2 anak aku sebelum ni, aku tak pernah muntah. Cuma pening lalat yg teruk.


Aku harap, bila kandungan aku masuk 4 bulan, ia semakin berkurangan. Mungkinkah? Waktu kandungan masih kecil pun, angin punya banyak, bila kandungan makin besar mesti lagi teruk, kan. Huuuuaaaaaaaa, seksanya nak dapat anak.

Sekarang ni pun aku dah tidur dgn bantal bertingkat-tingkat. Separuh malam, aku hanya tidur bersandar utk cari keselesaan perut. Kalau dak, aku rasa mengah, semput semacam. Ya, Allah, kau ampunilah dosa-dosaku sepanjang mengandung ini. Daaahhh.


Kemboja Hari Ketiga (8 Disember 2013)

Assalam...

Ha, ha...dah hampir 2 bulan di Malaysia masih belum habis citer pasal Kemboja. Tapi, memandangkan aku nak kurangkan memory card tepon aku ni, makanya aku gagahkan diri menghabiskan kisah ini.

Aktiviti kami di hari kedua sebelah pagi di Kg Phnom Norea ni ialah gotong-royong bersihkan masjid, tandas masjid dan sekitarnya. 



Masjid di mana aktiviti gotong-royong dijalankan

Keadaan dlm masjid sebelum lantai dibasuh

Keadaan dlm masjid sebelum dibersihkan sawang, disapu & dimopkan.

Setelah selesai aktiviti gotong-royong, kami berhenti rehat, solat dan makan tengah hari di rumah Kak Asiah. Satu gambar pun aku tak ambik masa kat rumah Kak Asiah ni. Penat punya pasal.



Sebelah petangnya diteruskan dgn aktiviti mengagihkan 2 kilo beras dan bungkusan yg terdiri dari buku, alat tulis & baju kpd keluarga miskin yg terpilih. Tengok le gambar-gambar di bawah ni yg menceritakan kemiskinan & kedaifan kebanyakan penduduk di kampung Phnom Norea Mui. Biar gambar berbicara. Aku tak larat nak boh caption daaaa.






















Setelah aktiviti petang itu berakhir, kami berehat sambil menunggu makan malam. Daaahhh.