Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Kek Pelangi Puding Karamel

Cerita ni ditulis pada 1 Disember 2017. Baru nak publish.

Assalam...
Lama tak bersiaran, tetiba gatai tangan pulak hari ni nak menaip resepi. Pertama kali cuba resepi nk dari blog e-nalovelykitchen.blogspot.com. Dia bagi resepi step-by-step yg maha panjang. Print 3 pages, ko. Sebelum bermula, aku kena baca dan faham betul-betul cara pembuatannya. Bila dah ada kekuatan dan keyakinan, barulah aku mula main masak-masak. Pertama kali buat memang rasa susah dan renyah. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan aku terus buat dan buat....hingga masuk kali ke-4. Kenapa, ek? Sedap sangat ke?

No, no, no. Rasanya biasa-biasa saja tapi cabaran utk mendapatkan karamel yg cantik tu yg membuatkan aku terus membaking. Pertama kali buat, bakar guna kaedah bain marie, 160
 c, 50 minit, karamelku lembik. Pecah masa diterbalikkan. Tak putus asa, aku masukkan balik dlm loyang dan bakar terus tanpa kaedah bain marie. Fuuhh...akhirnya puding karamel pun menjadi tapi rosak sikit le sebab dah 2 kali diterbalikkan.

Tak puas hati, buat lagi sekali. Dulu letak air dlm loyang lebih besar, kali ni letak air dlm dulang pembakar oven tu. Cuba 170 c, 1 jam tapi tak sampai setengah jam, kek dah retak. Aku kurangkan balik suhu pada 160 c & kurangkan masa. Bila keluarkan dulang kek dari dulang pembakar, rupanya air kat tengah dah kering. Kat tepi je bertakung. End up, aku bakar direct dlm oven selama lebih kurang 8 minit. Puding karamel over masak, berlubang-lubang.

Kali ketiga kubuat di ofis sebab ada kawan nak tengok cara pembuatannya. Masa tu kawan-kawan sibuk jawab survey Ciast. Aku buat sorang2 kek tu. Ada kawan bantu masa buat meringue dan warna-warna kek. Sebelym ni aku bakar dlm oven Breadmaker multifunction Noxxa. Tapi disebabkan tengah dok buat doh roti, aku bakar kek pakai oven kawan jenama Morgan yg besar saiznya. Guna 160 C, 1 jam tapi selepas kek merenggang dari tepi acuan....kelihatan puding yg masih lembik memenuhi ruang tepi. Ya, Allah....puding tak masak langsung.

Aku dah susah hati. Tambah lagi masa dgn guna api bawah saja. Check lagi.....aduuusss.....tak masak lagi. Nak nangis dah. Minta kawan keluarkan penutup rail pemanas oven bhgn bawahnya. Tambah suhu, tambah masa...dan akhirnya puding dah nampak keras. Tak nampak lagi jejehan di tepi. Bila diterbalikkan, air gula keluar. Sedangkan sepatutnya tak lah byk mcm tu sebab aku guna 1 sudu besar je. Punya le lama masa penyediaannya, bermula pukul 8.30 pagi, pukul 1 baru boleh makan. Ini gara-gara bertukar oven.

Sebenarnya, masa buat meringue tu pun dah suspen. Apa taknya, awal-awal tu keras je, terbalikkan bekas ia tak jatuh tapi bila nak campurkan dlm adunan kek, meringue tu mcm cair. Maklum le sblm ni aku guna mixer Kitchen Aid tapi disebabkan berat nak angkat ke ofis, aku pinjam mixer kawan je. Aku dah cuak takut adunan kek tu tak terapung, tapi alhamdulillah, masa letak atas puding, kek masih terapung dan masa kek dah masak, kek tak bercampur dgn puding. Maknanya, meringue tu menjadi le. Lega.

Kali keempat, buat lagi dengan beberapa perubahan. Aku gantikan minyak dgn butter yg dicairkan. Aku juga guna self raising flour kononnya buatan sendiri yg ada campuran tepung, baking powder dan garam. Suhu masih kekalkan 160 C tapi 55 minit. Tambah lagi 5 minit api bawah direct tanpa bain marie dan tutup kek dgn aluminium foil. Hasilnya.....eeemmm masih tak puas hati sebab puding masih tak cantik. Ada yg melekat kat tepi acuan dan tekstur kek tak cantik. Mungkin sebab bila guna butter, masa pukul telur, air dan butter cair tu, adunan tak mau gebu. Rasanya tak sesuai derhaka guna butter. Tak merubah rasa pun. Lain kali aku nak try bakar bain marie 1 jam terus. Nak tgk bagaimana hasil pudingnya.

Ni resepi Kek Pelangi Puding Karamel versi aku.

Bahan Karamel:
3 biji kuning telur
2 biji telur penuh
400 ml susu segar @ 1 tin susu cair
140 gram gula kastor (sy guna 130 g)
1 st esen vanilla
1sb gula kastor utk karamel

Cara penyediaan:
1.   Masukkan 1 sb gula kastor dlm acuan 8" @ 20 cm yg diletakkan di atas api kecil. Biarkan mencair dan kacau rata hingga jadi perang. Jangan sampaj hangus. Angkat dan biarkan sejuk. Dalam bekas lain, masukkan susu cair dan gula, kacau perlahan-lahan hingga gula hancur.
Asingkan putih dan kuning dari 3 biji telur. Telur putih letakkan dlm bekas mixer. Telur kuning dlm bekas berasingan. Tambah lagi dgn 2 biji telur penuh dlm bekas telur kuning tadi. Kacau manja. Satukan dgn adunan susu tadi. Masukkan esen vanilla kmd tapis dlm acuan karamel tadi. Akan terdengar bunyi seperti kaca pecah. Ketepikan.

Bahan Meringue:
6 biji putih telur (3 dari bhn puding, 3 dari bhn kek)
Cream of tartar ( sy gantikan dgn 1 sk cuka makan)

Cara penyediaan:
1.  Pukul telur hingga berbuih.
2.  Masukkan cuka dan gula sedikit demi sedikit.
3. Pukul pd kelajuan tinggi hg kental dan berkilat (tak tumpah bila bekas diterbalikkan).

Bahan Kek:
140 g tepung gandum
1 st baking powder
70 g gula kastor
120 ml air
50 ml minyak
3 biji kuning telur (dari bhn meringue)

Cara Penyediaan:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
2. Pukul telur bersama air dan minyak hingga agak putih. Masukkan gula dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit secara kaup balik dgn sudip kayu hingga sebati.
4. Masukkan separuh meringue dan kaup balik perlahan-lahan. Ulang hingga habis meringue tadi.
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagia atau lebih ikut bilangan warna yg hendak digunakan.
6. Ambil 4 sudu utk setiap warna dan diletak di tengah-tengah adunan puding secara berselang-seli. Buat dalam 3 pusingan.
7.  Ambil 3 sudu utk setiap warna dan diletak ditengah-tengah adunan puding secara berselang-seli. Buat dalam 3 pusingan.
8.  Ambil 2 sudu utk setiap warna dan diletak ditengah-tengah adunan puding secara berselang-seli. Buat dalam 3 pusingan.
9. Ambil 1 sudu utk setiap warna dan diletak ditengah-tengah adunan puding secara berselang-seli. Buat sehingga habis.
10. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dgn kaedah baim marie pada suhu 160 C selama 60 minit atau sehingga kek masak. Biarkan dlm oven sehingga tepi kek renggang. Bila dah sejuk, terbalikkan kek dan lap segera air gula yg meleleh.
SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.