Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Apple Crumble Pie

Cerita ditulis pada 1 September 2014. Baru nak publish.
Assalam...

Sekarang nak cerita pasal pai yg baru aku buat petang tadi. Dah lama berhajat tapi baru sekarang terlaksana.
Resepi diambil dari blog kawan aku "When a working mother cooks". Aku olah sikit dengan kurangkan gula, tak letak hirisan epal sebagai hiasan dan tak letak coklat cip. Boleh rujuk resepi di bawah yang aku copy paste dari blog kawan aku tu.

APPLE CRUMBLE PIE

Bhn Utk Kulit Pastri:
240g tpg gandum
170g mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sb gula aising (aku kurangkan jadi 1 1/2 sb)
4 sb air ais
Penyediaan:
1. Satukan tepung & gula ising dlm mangkuk & digaul rata.
2. Masukkan mentega & gaul semula menggunakan hujung jari sehingga menjadi spt serbuk roti.
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu & gaul rata sehingga menjadi doh.
4. Balut doh dgn plastic wrap & simpan di dlm peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti:
5 biji epal hijau (Granny Smith)(aku guna Pink Lady)
1 biji parutan kulit lemon (aku tak letak)
Secubit garam
2 sb mentega
100g gula perang (aku kurangkan kpd 90g)
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sb tepung jagung
2 sb air

1. Epal dikupas kulit & biji dan kmd dipotong dadu. Ketepikan.
2. Panaskan gula & mentega di dlm periuk. Kacau rata & masukkan epal yg tlh dipotong dadu. Boleh dimasukkan sdkt air jika perlu.
3. Renehkan sehingga epal lembut sambil dikacau sentiasa. Reneh sehg pekat.
4. Masukkan garam, serbuk kayu manis & tpg jagung yg tlh dibancuh dgn 2 sb air.
5. Kacau hg kuahnya pekat.
6. Angkat & biarkan sejuk.

Bahan Crumble:
75g tpg gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula (aku kurangkan kpd 30g)
Penyediaan:
1. Gaulkan mentega, tepung & gula sehg menjadi spt serbuk roti.
2. Boleh disediakan awal dan disimpan di dalam peti ais.
Penyediaan Pie:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C & sediakan acuan pie 12"
2. Keluarkan doh pastri dr peti sejuk. Canai doh pastri menjd nipis dgn ketebalan 5mm.
3. Alihkan ke dlm acuan pai. Kemaskan tepinya & buangkan lebihan.
4. Masukan inti ke dlm pai hg penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sbg hiasan (aku tak letak).
4. Tutupkan ats pai dgn crumble. Hiaskan dgn baki hirisan epal & taburkan sdkit coklat cip (aku tak letak).
5. Bakar pai selama 15 minit pd suhu 220°C. Kmd turunkan suhu kpd 190°C & bakar selama 30-45 minit  hg bhgn ats pai berwarna perang (aku bakar 30 minit je sebab dah perang).

Selepas bersilat di dapur, inilah hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.