Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 13 Mei 2017

Camping @ Pulau Kapas


Minat nak ber sunset & sunrise di di tepian pantai? Pernah naik bukit singa? nak rasa pengalaman candat sotong? Jom camping bersama Ourtouch di Pulau Kapas.
Ourtouch Kapas Camp (Ourtouch fundraising)
Tarikh : 12-14 Mei 2017
Yuran penyertaan:
Ground : RM 165 ++
(Termasuk return boat transfer/ makanan/ khemah/ aktiviti asas - hiking, jungle trekking, BBQ, sukaneka)
Aktiviti optional (boleh tambah ikut preference)
 option 1 > Candat sotong : RM 100 (tempat terhad 20 pax shj)
Option 2 > Round island + cliff jumping + Turtle visit @ Gem Island : RM 35
 option 3 > snorkling @ 3 point (free mask & life jacket) : RM 35
 option 4 >  kayak : RM 15 per hour
 option 5 > snorkeling @ campsite area (mask&life jacket rm15/day)
Harga adalah per person.
Anda boleh pilih sendiri aktiviti mengikut bajet anda.
Aktiviti bergantung kepada cuaca dan pasang surut air.
Baju official Ourtouch perlu dipakai semasa aktiviti volunteering. (Boleh beli jika belum ada)
Tempat terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Deposit RM50 untuk booking (Non-refundable).

Tentatif:
12 Mei (Jumaat)
8.00 am - Berkumpul di Jeti Marang dan bertolak ke Pulau Kapas
10.00 am - Tiba di tapak perkhemahan. Sesi taklimat. Pasang khemah.
12.00 pm - Makan tengahari
3.00 pm - Volunteering beach cleaning pembersihan kawasan trekking ke Bukit Singa
5-7 pm - Minum petang
(Team candat akan bertolak selepas asar)
8.00 pm - Makan malam 
10.00 pm - Aktiviti bebas

13 Mei (Sabtu)
8.00 am - Sarapan
              - Aktiviti bebas/pilihan
1.00 pm - Makan tengahari
4.00 pm - Jungle trekking
5-7.00 pm - Minum petang
8.00 pm - Makan malam/BBQ & campfire

14 Mei (Ahad)
8.00 am- Sarapan
                Sukaneka
11.00 pm - Penyampaian hadiah
12.00 pm - Makan tengahari & kemas tapak perkhemahan
2.00 pm - Bertolak pulang
Untuk pendaftaran, sila hubungi AJK Ourtouch

HAMIZAH -0129672494
OurTouchCommunity
Maybank - 564016614576
Ref : kapas

Itulah orang kata, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Aku punyalah semangat nak pergi, dah bayar penuh RM165 dah isi borang, dah order sleeping beg, mini skirt utk baju pendek dan inner sleeve tapi hangus semua. Aku tak jadi pergi.... sebab apa? Sebab somi ku pun out station pada tarikh yang sama. Dia kena mengajar di UUMKL. Dari aku bergaduh laki bini, baik aku cancel je. Duit boleh dicari.

Aku anak beranak ikut travel ke KL. Naik ETS ko. Lebih 4 jam jugak le dlm ETS tu. Boring. Tapi jimat masa dan tenaga.  Nanti sambung citer di KL. Alaaaa....KL je pun. Saja je untuk kenangan aku di hari tua. Daahh.


Nak beli ni boleh lawati Instagram Little Budiezz House, harga RM55 termasuk pos.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Tak Boleh Terima 13 Perkara Ini

Pesanan untuk semua ibu bapa. Guru juga adalah ibu bapa kepada seorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang prihatin.

Tanamkan dalam hati bahawa:

1. Anak kita bukan baik sangat.
Walaupun di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi, dia mungkin melawan cakap guru, pukul kawan dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan.

2. Bukan anak kita seorang saja di dalam kelas itu.
Kita di rumah  paling ramai anak 6 atau 7 orang. Itu pun kita tidak mampu nak berikan perhatian kepada semua. Anak cakap banyak sikit, kita dah suruh diam. Bayangkan saja kita ada anak kembar seramai 40 orang. Begitu jugalah apa yang guru alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita, dia mungkin menipu. tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah, nanti kita yang mendapat malu.

4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat, dia tidak sempurna dan pasti melakukan banyak kesilapan. Dia perlu dididik, karekter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat mengjengkelkan sewaktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarahi, itu tandanya guru sedang mendidiknya.

5. Ingat semula mengapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia menjadi divakah sampai tak boleh diusik? Untuk dia menjadi samseng sampai tak boleh dijentik? Untuk dia menjadi biadab sampai tak boleh dididik?

6. Dia sedang dididik dengan cara yang kita suka atau tidak suka.
Jika tidak boleh menerima orang lain mendidik anak sendiri dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang mengikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul. 

7. Kita tidak mampu memberikan semua ilmu yang diperlukan.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia tetapi kita tidak tahu Matematik, g eografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka.

8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya, tetapi duit tidak mampu menjadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu dididik, diajar dan dibentuk, barulah dia mampu menjadi seorang manusia berguna.

9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya bagaimana untuk terus hidup di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatkan dia melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dengan kita mungkin berbeza tetapi pengalaman mereka mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita mampu mendidik 6 atau 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 atau 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru.
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran. Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia. Amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11 A tetapi jika biadab dengan guru, belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. Kurang mendapat A tak mengapa asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya dan kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar menghormati ibu bapa.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Berlapang dadalah, ilmu itu bukan bilangan A. Tetapi apa yang anak kita dapat untuk jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat
___________________________________

Saya perolehi dari sebaran whatsapp. Penulis asal saya tak pasti tapi satu garapan atau penulisan yang baik dan ada benarnya. Moga bermanfaat untuk saya dan semua yang membaca.

Khamis, 9 Julai 2015

2 Kali Malang

Assalam...

Belum sempat cerita pasal malang pertama, dah dapat malang ke dua. Malang pertama berlaku pada 17/6/2015 (Rabu) iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan.

Keretaku kemalangan dengan motor Honda Wave dipandu oleh pelajar Giat Mara tanpa ada lesen motor. Alhamdulillah, tiada siapa yang cedera tapi keretaku rosak teruk.

Bapa dan datuk pelajar tersebut datang ke tempat kejadian dengan muka sedih dan minta belas kesian. Aku tahu mereka susah dan tak mampu bayar apa-apa atas kerosakan itu. Mereka juga tak mau buat laporan polis. Aku redha. Segalanya akan diuruskan oleh pihak insuransku, Takaful Malaysia.

Aku terpaksa buat laporan polis untuk membolehkan tuntutan insurans dibuat. Satu pengetahuan baru, kalau tak mau libatkan pihak satu lagi, jangan lapor nombor kenderaan mereka. Kalau tidak, mereka yang terlibat akan dipanggil oleh pihak polis untuk melengkapkan kertas siasatan.

Kereta Almeraku hingga ke hari ini masih berada di bengkel Tan Chong Motor, Alor Star menunggu giliran untuk dibaiki setelah dapat kelulusan pihak insurans.

Hari ini, 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan, kereta Estima suamiku pulak kemalangan, dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu oleh budak sekolah Tingkatan 5 yang juga tiada lesen memandu. MasyaAllah.

Maknya ada bersama dalam kereta, seorang guru. Terpaksa minta anak tak ada lesen bawa kereta sebab nak ambil abang di Hospital Jitra, suami dah meninggal. Dia kata anak dia mengantuk, baru balik sekolah. Dia minta maaf dan janji mau tanggung kerosakan kereta tu. 

Dalam kekalutan kerana berada di tengah jalan raya, lorong kanan, gambar kereta yang melanggar tu tak 'lekat' dalam tepon aku. 

Gggggrrrr.....malang lagi. Nasib aku ada ambik nombor tepon kakak tu dan dia buat missed call untuk bukti yang nombor dia bagi tu betul.

Suami hantar kami balik rumah dan keluar semula untuk uruskan kereta tu, laporan polis dan menjejaki kereta yang melanggar kereta suami tadi. 

Persoalannya sekarang, kalau Estima masuk bengkel, macam mana kami nak ke sana-sini, nak pergi kerja? Tiada lagi kenderaan. Yang paling penting, macam mana nak balik beraya ke Terengganu. Hhhuuuaaaa...!!!

Alhamdulillah, kereta suami boleh siap dalam tempoh seminggu. Dalam tempoh menunggu tu kami terpaksa menyewa kereta....kereta Perodua Axia, RM70 seminggu. Tak apalah, pihak insurans tanggung kos tu dengan bayaran RM30 sehari. 


Estima yang kemek di bumper dan body.

Almera yang tercabut bumper depan

Terima sms ni pada 7/7/2015. Lega. Dah boleh dibaiki.

"RM0.00 Your claim on vehicle no KDJ5068 has been approved. Log on to our customer portal at www.takaful-malaysia.com.my or contact the workshop for details".

Jumaat, 26 Jun 2015

Masuk Wad Lagi

Assalam...

Hari tu kata nak sambung pasal pembedahan hernia Irsyad. Sampai ke sudah tak tulis. Malasnya. Tak sempat lagi cerita pasal tu, Irsyad dah masuk wad semula pasal penat pada Sabtu 13/6/15.

12/6/15, pukul 8 pagi pergi neb, lega sat. Malam, penat balik. Pukul 1.30 pagi (13/6/15) aku dan suami bawa Irsyad neb di Unit Kecemasan Hospital Jitra. Doktor maklumkan kalau ikut prosedur, bayi bawah 1 tahun yang datang ke Unit Kecemasan selepas pukul 12 am secara automatik akan ditahan di wad. Gulp!!!

Huuuaaaa....dah le esoknya aku ada kursus iSpring. Nak kata apa lagi. Memandangkan ini kali kedua dah neb, lebih baik le masuk wad je. Selamat. Suami kemaskan barang aku mengikut senarai yg aku bagi. Dok le aku dgn Irsyad di wad. Kul 4.30 am baru dia tidur. Sebelum tu, dok nangis je. Tensen, weehhh!!

Akhirnya, 14/6/15 Irsyad dibenarkan keluar wad. Agak mengejutkan kerana begitu cepat. Antibiotik pun baru 1 hari. Balikpun tak dibekalkan antibiotik. 

Apa-apa je lah. Harap Irsyad cepat sembuh. Esok mama boleh pi kursus iSpring. Daaahhh.

Irsyad, sayang mama sedang tidur. Letih.

Khamis, 7 Mei 2015

Episod Malang Baby Irsyad

Assalam...

Nak cerita pasal Irsyad lagi. Peristiwa tertumpah kuah tomyam tu bukan kejadian malang pertama utk Irsyad di tahun 2015 ni. Pada 22/3/2015, Irsyad dah dimasukkan ke wad Hospital Jitra kerana penat dan jangkitan pada paru-paru (bronchitis).

Seksa kurasa saat itu kerana keadaan wad yg panas berkuap dan Irsyad nangis berterusan. Malamnya, Irsyad diberi oksigen bersama-sama dengan gas nabulizer setiap 2 jam sekali. Antibiotik juga diberi. Siangnya, aku bergilir dengan suami jaga Irsyad. Setiap waktu melawat, suami datang jaga Irsyad dan aku balik rumah untuk mandi puas-puas, solat dan tukar baju.

Drip di kaki. Susah le nak basuh berak.
Tengah nab.

Lena sat je ni pun.

23/3/2015 (Isnin), dalam pukul 5.00 pm, Irsyad dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana doktor khuatir hernia dia tersepit (sebab dok nangis je kerjanya). Kami pun ke HSB naik ambulans. Itu kali kedua aku naik ambulans. Kali pertama naik sebagai pesakit. Kali ni sebagai peneman. Dalam ambulans ni....masyaAllah...aku hanya doa je supaya tak de sesiapa tercedera dengan peralatan, dinding & kerusi yg uzur dan bergegar-gegar. Pukul 6.00 pm, kami sampai dengan selamatnya di HSB dan dimasukkan ke wad Kenanga 5B (Tak ambik gambor le pulak sepanjang dok di wad HSB).

Di sana lebih selesa sebab serba baru dan berhawa dingin. Tak de le nak berpeluh melengaih sepanjang hari. Alhamdulillah. Malam pertama di wad, Irsyad nangis saja. Doktor pelbagai ranking datang silih berganti menyoal perkara yang sama hingga aku cemuih nak menjawab. Hampir pukul 2 pagi baru le aman dan Irsyad boleh lelap. Aku juga boleh dinner, nasi goreng kampung. Oleh kerana di dinding terpampang larangan tidak membenarkan ibu tidur di katil anak, makanya aku hanya berteleku dibirai katil sambil menahan sakit lutut berlaga dengan pagar katil bayi tu.

Esoknya, seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan mandi. Nasih Irsyad tak bangun awal, boleh le aku pi solat Suboh di bilik hujung yang memang dikhaskan untuk solat. Alhamdulillah. Rutin biasa bila di wad ialah didatangi para jururawat dan doktor yang pelatih (aku panggil doktor kecik), sampai le doktor pakar (haaa... yang ini doktor besar). Bila doktor besar datang, mak aiihhh, susah soklan nak kujawab sebab urusan bagi anak makan ubat selalu dibuat oleh suami. Aku rasa nak nyorok je waktu ni.

Di HSB, Irsyad dimasukkan drip di kaki kerana ikut kata jururawat bayi bambam susah nak cari urat di tangan. Banyak luka bekas cucuk tak menjadi di tangan. Kesan parut lama waktu di NICU pun masih jelas. Sayup dengar dia meraung dalam bilik rawatan waktu proses tu dibuat. Sekali lagi maraung bila operasi nak ambik sampel kahak. Bertabahlah Irsyad.

Irsyad masih pakai oksigen di hari kedua. Sukar terasa nak kawal wayar yang berselirat tu. Bila dia boring dan mula nangis, aku akan minta jururawat offkan drip dan oksigen sekejap dan pi bawa dia round wad. Terhibur le kejap hati Irsyad.

26/6/2015 (Khamis), Irsayd dah boleh discharge. Alhamdulillah, lega. Tangan mama dah sakit, pecah-pecah tak tahan dengan aircond 24 jam dan sabun basuh tangan tu. Dah le mama ada eczema. Husband siap cakap dekat makcik guard tu, tak mau mai dah. Adakah??? Sebab tak de gambor waktu di wad HSB, aku jamu gambor di wad Hospital Jitra pada 18/11/2014, ye. Ni masuk pasal bronkitis jugak ni. Masa ni Irsyad 5 bulan.

Warded...18/11/2014.
Caakkk...
Irsyad dan putingnya tak dapat dipisahkan.
Tidurlah, mama nak rehat sat.
Episod malang tak berhenti di situ. Yang terbaru, Irsyad warded untuk pembedahan hernia pada 4/4/2015 di HSB. Eh...yang ni aku citer lain kali le. Aku nak pi rehat sat. Daaahhh.