Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalam..


Alhamdulillah, kita dah 57 tahun merdeka. Kekalkan keamanan dan nikmati rahmat kemakmuran.

Jumaat, 29 Ogos 2014

KEPADA GURU - GURU, Karya A. Samad Said

Assalam...

KEPADA GURU-GURU

Murid sekarang..YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Cara @ Petua Keluarkan Hingus dan Kahak Bayi


Caranya seperti berikut:
  1. Ambil 2 ulas bawang putih, kupas kulitnya, cucuk pada garfu dan bakar hingga hangus di atas api dapur ga
  2. Selepas itu, masukkan bawang putih tadi ke dalam mangkuk bersama dengan 4 sudu minyak habbatussauda, atau minyak zaitun atau minyak masak dan hancurkan.
  3. Apabila bawang putih sudah hancur, tuangkan ke dalam baldi bersih yang berisi air panas sebanyak separuh baldi. Kacau hingga sebati .
  4. Ibu duduk di atas kerusi dan bayi ditiarapkan dengan dadanya di atas peha ibu. Baldi air panas tadi mesti diletakkan di lantai setentang dengan muka bayi. Pastikan jarak muka bayi dengan baldi tidak terlalu dekat agar muka bayi anda tidak terlalu panas.
  5. Tepuk belakang badan bayi perlahan-lahan (di kiri dan kanan tulang belakang bayi). Buat sekejap sahaja dalam 1 minit. Jika masih belum keluar, buat lagi 1 minit sehingga hingus dan kahak keluar.


P/s:
Tips ini seeloknya dibuat pada waktu pagi kerana hingus dan kahak banyak pada waktu ini. Bayi yang masih dalam pantang tidak sesuai menggunakan teknik ini kerana bimbang kulit muka bayi tidak tahan wap panas. Seeloknya, sapukan sahaja minyak bawang putih yang dibuat tadi di tapak kaki dan belakang badan bayi.

Selamat mencuba dan moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.  

Khamis, 28 Ogos 2014

Our Touch Community ~ Hebahan

Assalam...

Jom tolong kami cukupkan jumlah sumbangan ini. RM150,000 diperlukan untuk membantu 700 keluarga pelarian Syria & Palestin di Amman, Jordan.


Duit sumbangan ini akan digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti selimut, makanan, medical kit, barangan penjagaan diri, alatulis, buku, buku mewarna dan sebagainya untuk diberikan kepada pelarian tersebut sebagai persediaan menghadapi musim sejuk serta bagi mengurangkan bebanan mereka (kewangan & perasaan). 

Misi kemanusiaan ini akan dijalankan pada bulan Febuari 2015.
Anggaran RM200 untuk satu keluarga. Sumbangan yang telah berjaya dikutip setakat ini ialah untuk 205 keluarga. Baki 495 keluarga masih memerlukan sumbangan.

Kepada sesiapa yg ingin menderma (perseorangan @ syarikat) anda boleh menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun Maybank Our Touch Community 564016614576 dan memaklumkan kepada pihak kami di info@ourtouch.org atau sms/call/whatsapp 012-9660581, +966564250700.

*Sekecil mana pun sumbangan anda, ia amat bernilai. Dermalah seikhlas hati tanpa membebankan anda.

p.s: boleh ajak adik beradik, sedara mara, kawan2 untuk berkongsi derma.

Hai, Melayu! Karya A. Samad Said

Hai, Melayu!
Rumahmu semua dibina Indonesia
Ekonomi pula dikuasai Cina
Golongan profesional semuanya India
Warung makan pun, Mamak dan Siam yang berkuasa
Warga Bangla pula menjadi jaga
Orang Nepal yang menabur baja
Orang Pakistan usung karpet jaja merata
Lalu Melayu ada apa?
Harapkan ustaz, saling menyesat
Harapkan hiburan, lagi best filem Barat
Harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
Harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat
Jarapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai, Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit, sembang kencang
Banyak rungut, sikit rancang
Siapa tegur, dituduh lancang
Duduk warung, gigit kacang!

Hai, Melayu!
Konon kau pantang dicabar
Konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar
Rentakmu makin lama makin hambar
Kau Melayu aku pun Melayu
Aku menulis bukan cemburu
Aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai, Melayu!
Jarimu hebat bertutur di facebook alam maya
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya
Kau cuma tahu bergaya

Hai, Melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai, Melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka
Bila dah kaya kau jadi puaka
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai, Melayu!
Sedarlah bangsaku
Bukalah mindamu
Bersatulah bangsaku,
kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
engkau pun Melayu,
Bodoh sombong harus ditepis
Riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris
Bersatulah Melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57 - SAJAK KEMERDEKAAN.

Ahad, 24 Ogos 2014

Tentang Nifas

Assalam...

Sesape yg dah beranak pasti mengalami nifas. Ada yg tempoh nifasnya panjang, ada yg sekejap je. Nifas waktu anak pertama & kedua ku sekejap je dalam 30 hari gitu. Tapi, anak ketiga & terakhir ni 60 hari le pulak, sampai istihadah. 60 hari tu bukan bermakna darah tu ada tiap-tiap hari. On off dan sikit-sikit datangnya. Hari ke 59 ni dah rasa macam period le pulak. Isnin nanti, kalau masih ada darah, dah kira istihadah dan boleh solat. Di bawah ni aku tampal (paste) maklumat tentang nifas dan haid yg aku salin dari blog ini:

DARAH NIFAS

Definisi

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Tempoh Nifas

Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring.

Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:

  1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud).
  2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
  4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.

Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Bersalin Caesar

Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keguguran

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.

Tiada nifas

Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.

Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).

Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.

Darah yang Keluar sebelum melahirkan

Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

Keadaan-keadaan Nifas

a. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.

b.  Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).

c. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.

Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)  Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.

DARAH HAIDH

Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?

Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.  Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.

(Sekurang-kurang masa haid ialah sehari semalam dan kebiasaaannya ialah enam hari enam malam atau tujuh hari tujuh malam . Bermula sebanyak-banyak masa haid itu ialah lima belas hari beserta malamnya.)

Umur kemungkinan kedatangan haidh:

Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah fasad.

Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.

Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa beliau berkata:

“Apabila seorang kanak-kanak perempuan mencecah usia sembilan tahun maka ia dikenali sebagai wanita”.
Hadis diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

Kebanyakan imam mazhab  berpendapat sekurang-kurangnya umur berlaku haid adalah ketika seseorang wanita berumur 9 tahun berdasarkan kepada kebiasaan yang terjadi.

Umur putusnya haid (monopouse):

Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.

Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.

Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.

Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun.  Antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.

Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya?

Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.

Tempoh haid

Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;

a. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan. Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.

b. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

c. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.

d. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. 


Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.

e.    Sekurang-kurang haid: Sehari semalam

f.   Kebiasaan tempoh: 6 hingga 7 hari berdasarkan sabda Rasulullah saw kepada Hamnah binti Jahsy r.a yang bermaksud:
“Setelah kamu kedatangan haid selama enam atau tujuh hari seperti dalam pengetahuan Allah maka mandilah. Dan apabila anda melihat bahawa anda telah suci dan bersih maka tunaikanlah sembahyang dalam masa dua puluh empat malam atau dua puluh tiga malam dan berpuasalah. Sesungguhnya demikian itu memadai bagimu dan demikianlah hendaknya kamu lakukan pada setiap bulan sebagaimana wanita-wanita lain yang kedatangan haid dan sebagaimana mereka suci pada tempoh haid dan tempoh suci mereka”.
        Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi-hadis sohih

g.  Selama-lama haid: 15 hari 15 malam. (walaupun kedatangannya tidak terus menerus tetapi kadar keseluruhan datangnya mencapai sehari semalam)

Suci di antara hari-hari kebiasaan haid; adakah dianggap haid atau tidak?

Dalam persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a. Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.  Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’; “Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat, iaitu;
  • Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari
  • Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
  • Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.

Masa Suci Diantara Dua Haid

a.  Sekurang-kurang suci diantara dua haid itu ialah 15 hari beserta malamnya. Dan sebanyak-banyaknya pula tidak ada perbatasannya . (masa suci tidak ada perbatasan).

b. Dalam masaalah masa sebanyak-banyak kedatangan haid itu tidak ada batasan ini kerana perempuan itu terkadang-kadang haid dalam setahun hanya sekali bahkan ada juga perempuan-perempuan yang kedatangan haid seumur hidupnya hanya sekali sahaja.

c. Masa-masa kedatangan haid itu adalah berdasarkan pemeriksaan (kajian) Ulama fuqaha` yang diriwayatkan oleh syidina Ali Bin Abi Tholib R.A, dan telah dicatatkan oleh imam Syafie didalam kitabnya bersandarkan dalil sabda Nabi S.A.W kepada hamnah bte jahsh :-

Engkau kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah didalam pengetahuan Allah Taala, kemudian engkau mandilah dan apabila telah engkau ketahui akan diri engkau telah suci dan bersih maka hendaklah engkau sembahyang dan berpuasa selama dua puluh empat atau dua puluh tiga hari dalam sebulan yang demikian adalah memadai bagi engkau . begitulah hendaknya engkau perbuat ditiap-tiap bulan sebagaimana suci mereka itu bagi masa haid dan masa sucinya.

(H.Riwayat : Abu daud dan Tarmizi dan katanya Hasan lagi Sahih )

d.  Begitu juga dengan sebanyak-banyak masa haid iaitu 15 hari 15 malam adalah dengan istiqra` Fuqaha` .

Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan datang haid?

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah ini;

a. Menurut jumhur ulamak; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengangdung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit.

b. Namun menurut Imam Syafi’ie, Malik dan al-Laits; perempuan mengandung ada kemungkinan datangnya haid. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidnya serta kelihatan ciri haid pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haid.

Warna Darah & Ciri-Ciri Utama

Syarat-syarat darah haid ialah;

a. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.

b. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.

c. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).

d. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.

e. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.

f. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.

g. Tentang ciri-ciri utamanya, Nabi SAW menyifatkan dengan beberapa sifat seperti:
  • Keadaannya yang pekat.
  • Seperti terbakar (kerana kepanasannya).
  • Ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir seperti cairan yang biasa mengalir.
  • Bau yang busuk.
  • Warnanya yang hitam dan sangat merah.

       h.    Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat               di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia                bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Apakah warna darah haid?

a. Darah haid tidak bermula dan berakhir dengan satu sifat tertentu sahaja kerana kadangkala ianya berlaku perubahan warna dari satu tahap ke satu tahap.  Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, terdapat 5 warna bagi darah haid: hitam, merah, warna antara keemasan dan merah, kuning dan keruh (warna antara kuning dan putih).
       
   b. Menurut ulama Hanafi, terdapat 6 warna darah haid: hitam, merah, kuning, keruh, hijau, dan warna seperti tanah.

c. Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
  • Hitam.
  • Merah.
  • Asyqar (warna antara merah dan kuning).
  • Kuning.
  • Keruh.

d. Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

e. Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

f. Kebanyakan ulama berpendapat dengan pendapat sohih di kalangan fuqaha’ Syafi’e, warna kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid JIKA kedatangannya BUKAN pada waktu haid.

g. Berlainan pula JIKA kedatangannya PADA waktu haid, maka ia (warna kuning atau keruh) dikira sebagai darah haid.

h. Dalil yang dikemukakan dengan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ummi ‘Atiyyah r.a katanya: “Kami tidak menghitung warna kuning dan keruh selepas mandi akan sesuatupun”.

i. Abu Yusuf mengatakan: “Warna kuning adalah haid sementara warna keruh bukannya haid kecuali jika didahului oleh darah.”  Ini bermakna:  Jika ia (warna kuning atau keruh) datang sebelum haid, maka ia bukannya haid. Menurut pendapat Abu Thaur, jika warna kuning atau keruh itu didahului oleh darah maka kedua-duanya dikira sebagai haid.

j. Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

 (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud).

Tanda Berhentinya Haid.  

Tanda-tanda dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanafi, Syafi’e dan Maliki.

a. Menurut Al-Imam al-Nawawi r.h, tanda terputusnya haid dan wujudnya suci adalah apabila berhentinya darah yang keluar dan cairan kuning dan keruh. Apabila terputus darah yang keluar maka wanita itu menjadi suci sama ada selepasnya keluar lembapan berwarna putih (keputihan) ataupun tidak.

b. Menurut Aisyah isteri Rasulullah saw (kisah): Pernah beberapa orang wanita menghantar kepada Aisyah perca kain yang didalamnya terdapat kapas yang mempunyai kesan warna kuning, lalu Aisyah berkata: “Janganlah kamu gopoh melainkan setelah mendapati qissah (kapas) putih”.

c.  Menurut Asma’ binti Abu Bakar r.a, beliau pernah ditanyakan tentang sedikit warna kuning, lalu beliau berkata: “Tinggalkan sembahyang selagi mereka (kaum wanita) masih mendapati yang demikian sehinggalah ia tidak melihat melainkan seperti susu yang bersih”.

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?

Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.
   
Penggunaan Ubat Untuk Mengeluar Dan Menghalang Haid

a. Tidak mengapa sekiranya seseorang wanita menggunakan sesuatu yang dapat menghalang kedatangan haidnya atau mengundang kedatangan haid jika tidak dibimbangi berlaku apa-apa kemudaratan terhadap dirinya.
Menggunakan sesuatu yang menghalang haid HARUS dilakukan dengan 2 syarat:

(1) Ia tidak bimbang berlaku kemudaratan terhadap dirinya. Jika bimbang, tidak harus buat berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195:

(2) Dilakukan dengan keizinan suami jika ia mempunyai hubungkait dengan hak suami seperti perempuan beriddah akibat diceraikan suaminya.

b. Jika menggunakan ubat yang menyebabkan terputusnya haid bukan pada waktunya yang biasa, maka ia dianggap sebagai suci dan iddahnya tamat kerana terputus haid itu.  Namun, seorang wanita tidak harus menghalang kedatangan haidnya atau menyegerakannya jika ianya menyebabkan terjejasnya kesihatan. Ini kerana, memelihara kesihatan merupakan suatu kewajipan.

Hukum-Hakam Berkaitan Dengan Haid

Dalam kitab al-Aysbah wal Nazair, Jalaluddin al-Sayuti menyebutkan terdapat 20 hukum yang berkaitan dengan haid. (12 HARAM, 8 TIDAK HARAM)

a.  12 daripadanya adalah HARAM

(1) 9 hukum yang HARAM itu ke atas                   PEREMPUAN itu sendiri:

  • Sembahyang
  • Sujud Tilawah
  • Sujud Syukur
  • Tawaf
  • Puasa
  • Iktikaf
  • Masuk ke dalam masjid jika dibimbangi mencemarkannya
  • Membaca al-quran
  • Menyentuh mushaf dan menulisnya
  • Bersuci * (menurut satu lagi pendapat oleh pengarang kitab al-Muhazzab)
  • Menghadiri orang yang muhtadhar (sakit mati)* (menurut pendapat Al-Muhamili)

(2)    3 hukum yang HARAM pula ke atas                SUAMI:

  • Persetubuhan
  • Talaq
  • Istimta’ diantara pusat dan lutut

b.  8 perkara yang TIDAK HARAM:

  • Baligh
  • Mandi
  • Iddah
  • Istibra’
  • Memastikan kebersihan Rahim
  • Menerima perkhabaran wanita yang haid
  • Jaguar kefardhuan sembahyang
  • Tawaf wada’  
Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.Bagi perempuan yang berdarah Istihadhah dan yang berdarah Fasad mereka adalah dihukumkan suci.  

Hendaklah mereka membersihkan darah dan mengikatnya (memakai tuala wanita  yang baru) apabila masuk waktu  sembahyang, dengan mengambil wudhu dan segera mengerjakan sembahyang. Tidak boleh mereka melengah-lengahkannya.

----------------------------------------------------------------
Harap dapat dimanfaatkan. Daaahhh.

Comotomo, Engko Ada???

Assalam...

Sebelum ni aku ada citer pasal botol susu baru. Kelmarin, aku baru pergi beli botol comotomo tu. Sebab tak tau Irsyad suka ke tak, aku beli satu je yg 250 ml. Saje tak beli yg 150 ml sebab nak guna lama. Kan harganya mahal, harus le guna semaksimum mungkin. He, he...

Utk yg belum tau, 250 ml harganya RM68.90. 150 ml harganya RM65.90. Utk yg dok di Alor Setar, boleh beli di Apple Baby House, Jalan Putra. Ni gedung bayi terbesar di Alor Setar. 

25o ml @ RM68.90

Alhamdulillah, Irsyad mau minum dgn botol baru tu tapi agak slow le. Tak pe. Nanti biasa le tu. Minggu depan nak sambar satu lagi. He, he...

Puas hati dgn botol ni sebab leher botolnya besar, senang nak cuci. Tak payah guna berus. Lagipun botol & putingnya lembut. Oleh kerana puting utk botol 250 ml tu medium flow (2 lubang), makanya aku kena beli puting berasingan yg slow flow (satu lubang) punya. 1 set ada 2 puting dgn harga RM28.90.

Ok, itu je. Daaahhh.

Sesekali Dia Teringin

Assalam...

Ni kisah si Ahda, anak keduaku. Entah apa hal, malam tadi dia boleh try puting Irsyad yg tergantung pada buai.



Bukan tu je, sebelum ni dia try jugak kerusi goyang bayi tu, sampai terpeleot le besi laras ketinggian tu. Hangin aku jadinya tapi tengok muka dia, kesian pulak.

Kalau boleh, buai tu pun dia nak try. Tapi, disebabkan spring hanya pasang 2 batang (sesuai dgn berat Irsyad), aku tak bagi dia try.

Citer Irsyad pulak. Dia dah susah nak tidur malam. Nak naik buai je. Sebab buai dok kat ruang tamu (aku takut nak dok sensorang), aku kejutkan suami utk tolong uruskan Irsyad. 

Ha, ha...tolong 'uruskan' tau, bukan temankan aku ke ruang tamu utk buaikan Irsyad. Aku tidur. Dah penat, tukar giliran le pulak. Alhamdulillah, suamiku mahu bekerjasama. TQ, abang.
Daaahhh.

Biasiswa

Assalam...

Jika ada anak-anak kalian atau anak-anak rakan-rakan  yang telah pun mendapat tempat di universiti untuk kemasukan bulan September 2014,
berikut adalah antara biasiswa-biasiswa yang ditawarkan.



Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP): www.ypm.org.my

Tun Rahah Scholarship Fund: www.yayasancemerlang.org.my


Sime Darby: www.simedarby.com






Yayasan Pelajaran Mara: jadypm.edu.my


Biasiswa Tunku Abdul Rahman: www.yayasantar.org.my

Felda Johore Bulker Sdn Bhd: www.feldaholdings.com

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah: www.sabah.gov.my/jpan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak: www.psc.sarawak.gov.my

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah: www.biasiswa.sabah.gov.my

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan: www.maiamp.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak: www.perak.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor: www.maij.gov.my

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN): tapem.melaka.gov.my

Gamuda Berhad: www.gamuda.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan: www.jkmwpkl.gov.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: www.kwsp.gov.my

Lembaga Zakat Selangor: www.e-zakat.com.my

Bank Rakyat Malaysia Berhad: www.yayasanbankrakyat.com.my

Pusat Zakat Sabah: www.zakat.sabah.gov.my

Yayasan Negeri Sembilan: www.yns.gov.my

Skim Biasiswa National Science: www.masduke.net/download/nsf.doc

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia: www.mosti.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): www.perkeso.gov.my

Sarawak Shell Berhad: www.shell.com.my

Sapura Industrial Berhad: www.sapuraindustrial.com.my

Terengganu Advanced Technical Institute: www.tatiuc.com.my

Moga boleh dimanfaatkan. Daaahhh.