Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 30 Disember 2013

Kemboja Hari Kedua (7 Disember 2013)

Assalam...

Ni nak sambung citer ni. Hari ni aku MC, badan dok seram sejuk je. Lagipun, Adam & Ahda tak sihat....batuk. Oppss...dah, dah...kita dgr citer Kemboja lak.

Seawal 6.30 pagi, kami dah bersedia utk bersararapan di gerai muslim dgn menaiki tut-tut.

Moi sup & cakoi rezeki sarapan di Siem Reap (SR)

Tugu yg terdapat di hadapan airport SR. Gambar kat bwh tu ialah baju rasmi projek kali ni.

  1. Selepas bersarapan, kami gerak ke airport SR utk menaiki bas ke Phnom Nurea Mui, Battambang. Ia adalah destinasi kerja sosial pertama kami di sana. Di airport inilah kami ditemukan dgn org tengah aka jurubahasa kami di Battambang nanti iaitu Makcik Asiah. Makcik Asiah ni org tempatan Battambang tapi dah lama menetap di Kelantan. Dah dapat kerakyatan Malaysia pun.

Angkut barang utk dibawa ke Battambang.

Wakil dari POLIMAS
Naik bas ni, selesa sikit. Tengah hari (aku lupa pukul brp), kami sampai di Phnom Nurea Moi.

Angkat barang utk dibawa ke dlm kampung. Gambar bwh, aktiviti agihkan brg derma.

Taklimat serba ringkas kpd imam masjid & ketua kampung
Aktiviti pertama kami ialah agihkan barang derma dlm beg yg dikhaskan. Sebenarnya, kami diagihkan dlm 2 kumpulan. Satu kumpulan agihkan barang derma, satu kumpulan lagi ke pasar utk beli barang utk kenduri dan gotong-royong esok hari. Aku dok dlm group pertama.

Kami menunggu sampai lepas marghrib kerana makan malam kami di sediakan oleh keluarga Makcik Siah di rumah mereka sendiri. Menu malam tu ialah ayam ala2 rendang gitu, ikan keli & ikan haruan kering masin, sambal belacan, ulam-ulaman & buah. Lupa nak snap gambar.

Selepas makan, kami dihantar pulang ke tempat penginapan kami dengan menaiki kereta penduduk kampung.

Sim Hour Guest House...penginapan di Battambang

Gitu le citernya. Daaahhh.


Sabtu, 28 Disember 2013

Kemboja Hari Pertama (6 Disember 2013)

Assalam....
Dah 2 minggu aku balik dari Kemboja, baru kini nak post citer. Malas betul le, weehhh!!! Gini citernya.

Trip kami ke Kemboja dari 6 Dis - 13 Dis 2013. Aku & 2 org rakan dari ofis bertolak ke KL dgn flight pukul 8.45 pm. Flight kami ke Phnom Penh (PP) pula pukul 7.45 am. Makanya, bermalam le kami di cafe LCCT tu.

Kami tiba di Lapangan Antarabangsa PP lebih kurang pukul 10.00 am waktu tempatan. Kami berkumpul di Restoran Vietnamese Pho Noodle utk bersarapan sambil tunggu seorang lagi sukarelawan.

Aku dan sebahagian sukarelawan Siem Riep Charity Project
Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh
Makanan halal pertama kami di Kemboja. Aku makan mee je.

Setelah lama menunggu, yg ditunggu dah tiba, 11.30 pm barulah kami bergerak ke stesen bas utk ke Siem Riep (SR) dgn menaiki teksi. 
'Stesen bas' di PP & antara bangunan cantik di....tak pasti pulak aku, PP @ SR.

Dari PP, kami bertolak ke SR lebih kurang pukul 2 petang. Dgn 8 jam perjalanan yg mencabar (jalan rayanya...alahai....), kami tiba di SR lebih kurang pukul 10.30 malam.
Angkor Guest House, tempat bermalam di SR.
Makan malam di restoren muslim. Tah apa namanya.

Makan malam kami yang tidak dapat dilupakan.  Pertama kali dlm sejarah hidup aku, jumpa rambut kemain banyak dlm tomyam. Aku yg memang geli dgn rambut, sampai termuntah-muntah. Akhirnya, digantikan dgn ikan siakap tiga rasa. 

Selepas makan, kami balik bilik utk bersihkan diri dan tidur. Lupa le pulak aku nak snap gambar bilik yg selesa dgn 3 katil besar. 
Daaahhh.


Sabtu, 21 Disember 2013

Love You Mr. Arrogant

Assalam...

Baru menghabiskan novel dgn watak utamanya, Zafriel Irham & Zaara Amirah. Aku tak pernah tengok drama ni kat TV, hanya baca novel je. Biasa-biasa je. Drama best ke???


Pas ni nak mentelaah yg ini pulak. Sejarah tragis di Kemboja.

Dah habis baca, nanti aku bagi jawapan pada soalan "Why did they kill?", tu. Tah bila le boleh habis baca buku ilmiah cam gini. Daaahhh.

Khamis, 19 Disember 2013

Sekali Lagi

Masih beli UPT. Risau kandungan tak menjadi. Hujung minggu depan, aku nak pergi buat ultrasound scan sekali lagi utk pastikan janin berkembang & dah ada jantung. Risau, maklumlah, aku bukannya muda lagi. Daaahhh.

Dah semakin jelas berbanding test 5/12/13.

Kalau ikut perkiraan doktor, baru 6 minggu 2 hari.

Sabtu, 14 Disember 2013

Diam-Diam Berisi

Assalam...

Lama tak update citer. Aku ke luar negara seminggu. Mlm kelmarin (Jumaat, 13/12/13) baru sampai rumah. Nnt aku citer pasal kisah mengembara sambil beramal di Kemboja.

Hari ni aku tak nak citer banyak. Cuma nak kongsi kisah gembira & tak berapa saspen ni dgn kalian yg sudi baca.

Masa ni line tak berapa jelas tapi cukup utk menyatakan aku hamil.

Scan ultrasound slps pulang dari Kemboja. Alhamdulillah, dah 6 minggu.