Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Hari Ini Dalam Sejarah

Cerita ditulis pada 20 Julai 2016. Baru nak publish.

Assalam...

20/7/2016 (12.40 am)
Hanya kerana aku memegang kunci, kerana aku antara org terakhir dan kerana aku yang membaca whatsapp, maka dengan gementar satu badan, tepat pukul 12 am aku meredah pagi seorang diri ke politeknik tercinta hanya untuk menutup lampu ofis bahagian hadapan yang masih terbuka. Misteri bersambung besok pagi.

20/7/2016 (8.00 am)
Aku seolah-olah keseorangan pada masa kejadian. Hanya kerana aku orang yang keluar paling akhir beberapa saat dari kau, kau boleh lepas tangan. Aku cuma tanya perasan tak lampu nyala ke tutup tapi kau boleh jawab aku yang keluar last. MasyaAllah, sampai begitu sekali kau letak semua salah pada aku. Yang sorang lagi langsung tutup mulut. Seperti yang aku kata, pada saat itu hanya ada keakuan, tiada kekitaan....aku...aku...dan hanya aku. 

Selepas kejadian tu, ada yang ambik gambar tunjuk bukti selepas pintu dikunci, terasa seperti menyindir aku yang menafi tanpa bukti. Sedih.

Akan kuingat sampai akhir nanti. Maaf boleh tapi tidak untuk melupakan. Terima kasih kawan-kawan masa senangku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.