Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Sana, Sini...Duit

Assalam...

Hari ni nak cerita pasal duit. Duit (money) ada pelbagai nama panggilan bergantung di mana dan situasi duit tu berada.


Gambar ehsan Google

Kalau di masjid, dipanggil DERMA (donation);

Kalau di sekolah, dipanggil YURAN (fee);

Dalam perkahwinan dipanggil MAHAR (dowry);

Bila bercerai dipanggil duit NAFKAH (alimony);

Bila meminjam, dipanggil HUTANG (debt);

Bila bayar kepada kerajaan, dipanggil CUKAI (tax);

Di mahkamah, dipanggil DENDA (fines);

Bila bersara, dipanggil duit PENCEN (pension);

Dari majikan kepada pekerja, dipanggil GAJI (salary);

Penyelia kepada orang bawahan di panggil UPAH (wages);

Kepada anak-anak, dipanggil NAFKAH (maintenance);

Pinjam dengan bank, dipanggil PINJAMAN (loan);

Bayaran selepas perkhidmatan, dipanggil TIP (tips);

Kepada penculik, dipanggil wang TEBUSAN (ransom);

Pemberian dengan maksud, sebelum atau selepas perkhidmatan, dipanggil RASUAH (bribe).

Persoalannya, "Apabila suami memberi wang kepada isteri dipanggil apa??"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapannya:
It is called 'duty' and every man has to do his duty coz wives are not 'duty free'. 


Boleh gitu? Daaahhh.

Rabu, 29 Oktober 2014

Detoks Dengan Cuka Kurma (Khal)

Assalam...

Dah lama tak minum cuka kurma atau khal ni. Sejak mengandung hingga nak masuk 4 bulan lepas bersalin baru nak mula balik. Anda pernah minum tak?

Khal bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. Khal adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. Khal dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq & Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, Juzuk I, Darul Fikri, Beirut 1414H, m/s 908-909: menyenaraikan beberapa kebaikan khal iaitu:

  • mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
  • menyucikan darah
  • membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, 
  • batuk yang berpanjangan
  • menjaga kulit daripada kepanasan matahari
  • mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol)
  • menstabilkan asid dan garam di badan
  • membuang keracunan badan (toksik)
  • masalah rahim
  • menguatkan gigi, mata, telinga, serta 
  • mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.


Bersabda Rasulullah S.A.W., "Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).



(Sumber: www.khaltamarplus.com)

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). 

Beberapa hari lepas, waktu beli barang runcit kat pasaraya, terjumpa cuka kurma keluaran Yusuf Taiyoob. Aku terus beli. Sebelum ni, aku minum cuka kurma keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd.

Cuka Kurma keluaran Yusuf Taiyoob

Khal Tamar Plus keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd

Mengikut phamplet dari produk Perniagaan Qurba Sdn Bhd ni, khal (Khal Tamar Plus, merujuk kepada produknya) adalah jawapan kepada rahsia kenapa orang Arab dapat makan kambing seekor untuk dua tiga orang sahaja. Bayangkan banyak mana seorang makan. 

Aku beli 1/2 kilo daging kambing yang dah siap perap, 2 orang makan dengan 2 kali makan pun aku rasa 'bersalah' pada diri bila tengok lemak yang timbul selepas Airfryer tu dah sejuk. Takutnya. Bayangkan bagaimana lemak tu melekat di usus dan organ-organ lain. Aku dah le lama tak makan oat. Semua tu menambah takut terhadap pengumpulan lemak dan kolestrol.

Dah habis cuka tu, aku beli pula cuka kurma yang dijual di pasar tani. Sikit lagi nak habis, aku mengandung pulak. Terus berhenti. Ni lah baru nak mula balik.

Cuka Kurma dari Arab. Tulisan pun sepenuhnya bahasa Arab.

Cara aku minum cuka ni ialah:
Campurkan 1 sudu teh cuka kurma dan 1 sudu teh madu dengan segelas air suam. Minum waktu pagi sebelum makan dan waktu malam sebelum tidur. 

Aku minum dengan niat untuk sembuhkan batu karang pada hempedu dan buang segala lemak jahat dalam usus dan di organ-organ lain. Juga untuk sihat satu badan. InsyaAllah. Daaahhh.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalam...

Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru hijrah. Moga kita berhijrah dari kurang baik kepada yang lebih baik. Pesanan untuk diriku jua.

InsyaAllah, di tahun baru ni, aku niat dalam hati untuk perbanyakkan amalan sunat. Nak solat sunat setiap  5 waktu, nak bangun solat tahajjud, perbanyakkan baca Quran dan terjemahannya sekali, buat puasa sunat Isnin & Khamis, perbanyakkan derma dan kutip sebanyak pahala yang dapat walau sekadar tolong tutup kipas angin yang berpusing atau tutup lampu yang menyala tanpa ada yang perlu khidmatnya.

Kalau merenung kembali perjalanan hidup aku, terasa banyak yang berlalu dengan sia-sia. Kalau ibarat fail untuk minta kenaikan pangkat tu, kira fail tak banyak isi, tak lengkap kriteria kecemerlangan. Malu, weehhh!!

Aku sedaya upaya kejar hal dunia tetapi lupa hal akhirat. Lupa destinasi sebenar. MasyaAllah. Aku banyak dosa dan kurang pahala. Ya Allah, Kau ampunilah hambamu ini. Kasihanilah aku.

Khamis, 23 Oktober 2014

Maksud Disebalik Jenama Kereta Anda

Assalam...

Mai tengok apa maksud disebalik nama kereta yang anda naiki sekarang. Kena dak dengan ragamnya? Bukan nama kita je ada maksud, kereta kita guna pun ada maksud. Tapi, janganlah anggap serius sangat. Ni tak de kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati. Lawak je, noooo...!!!

TOYOTA: The One You Only Trust, Always.


OPEL: Old People Enjoying Life

FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.


PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.



VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.


BMW: Big Money Waste.


AUDI : An unwanted debt invitation.


HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.


MERCEDES: Maximum enthusiasm , recurring cost, ego developed, eagerness to sell.

PROTON: Potential Risk Of Tingkap Otomatik Non-functionals.


FORD: For Only Rough Driver.


HONDA: Hanged Over, Now Driving Away.


Oh, my kereta nasional. Jangan terasa hati. Depa ni menyakat je. Jenama apa pun pasti ada defect sebab manusia yang buat. Yang sempurna hanya kejadian ciptaan Allah swt. Daaahhh.

Selasa, 21 Oktober 2014

Alhamdulillah, Irsyad Dah Sihat

Assalam...

Pagi tadi Irsyad ada temujanji di HSB. Ambil darah dan jumpa doktor. Alhamdulillah, orang tak ramai waktu mendaftar dan nombor giliran pun tak besar. Bermakna tempoh menunggu tak lama sangat. 

Mendaftar dalam pukul 9 am dan tunggu giliran ambil darah. Lepas selesai ambil darah, tunggu nombor dipanggil untuk jumpa doktor. 12.15 pm masuk jumpa doktor dan 12.30 pm selesai.

Hari ni Irsyad 3 bln 3 minggu. Minggu depan genap 4 bulan. Tapi, mengikut adjusted @ corrected age, Irsyad baru 2 bulan setengah. Sebab tu le sekarang leher dia masih lembik dan tak boleh mengiring lagi. Kalau dukung, masih kena ampu leher dan kepala, kalau tidak nanti goyang kiri kanan, depan belakang.

Mengikut Dr Zubaidi dalam penulisannya di facebook, bayi pramatang ada dua umur iaitu umur kronologi (chronological age) dan umur yang disesuaikan (adjusted age).

Umur kronologi adalah umur yang dikira bermula selepas dilahirkan. Contoh kes, Irsyad dilahirkan pada 26/6/2014). Makanya, kalau berdasarkan tarikh ini, umur Irsyad sekarang ialah 15 minggu @ 3 bulan 3 minggu.

Umur yang disesuaikan adalah umur bayi yang sebenarnya, dikira mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan (due date). Contoh kes, Irsyad sepatutnya dilahirkan pada 6/8/2014. Jika berdasarkan tarikh ini, umur Irsyad sekarang ialah 2 bulan 3 minggu.

Dr Zubaidi menyarankan para ibubapa harus memberitahu bahawa anak mereka lahir secara pramatang supaya doktor dan jururawat dapat mengira semula umur bayi menggunakan ‘umur yang disesuaikan’ dan bukan menggunakan ‘umur kronologi’ bagi menilai perkembangan fizikal dan mental bayi.

Dr Zubaidi juga menasihatkan kepada ibubapa supaya jangan bimbang jika bayi kelihatan ‘ketinggalan’ dari segi berat badan dan perkembangan mental mereka berbanding dengan bayi yang dilahirkan pada tarikh yang sama.

Mereka mula ‘menyaingi’ rakan-rakan mereka apabila mereka mencapai umur 2 atau 3 tahun. Pada ketika itu, perbezaan fizikal dan mental mereka bukanlah disebabkan faktor kelahiran pramatang lagi. Ia disebabkan pelbagai faktor seperti kesihatan dan genetik.

Sumber: 


Itu yang aku selalu lupa. Aku selalu 'paksa' Irsyad berlatih mengiring dan kuatkan leher dia dengan tarik tangannya waktu baring supaya duduk tegak. Rupanya perkembangannya sekarang mengikut adjusted age dia. Sorry ye, Irsyad.

Hasil dari ujian darah dan pertemuan dengan doktor pagi tadi, enzim hati Irsyad dah normal. Tak perlu ambil lagi ubat Alfacalcidol (hanya habiskan yang sedia ada). Cuma keputusan untuk ujian darah waktu dalam wad je masih belum diterima.

Doktor kata, itu ujian untuk paru-paru. Pulak. Aku ingat ujian hati. Doktor tu juga kata, keputusan tu lambat sebab ujian tersebut jarang dibuat. Aku malas nak pertikaikan apa-apa. Tapi, aku berani isytiharkan anak aku dah sihat sepenuhnya sekarang kecuali....

Hernia. Pusat dia dah tak menonjol lagi tapi kantung telurnya kekadang bengkak sikit. Bermakna, masih ada lubang dan usus masih boleh turun. Doktor kata, kebarangkalian untuk lubang itu tertutup adalah tipis. Tapi, tak mustahil, kan!

Aku masih menyimpan harapan untuk Irsyad tidak dibedah. Hingga ke hari ini pun, aku masih belum menerima panggilan dari Klinik Pembedahan, HSB. Legakah? Entahlah. Aku mengharapkan yang terbaik untuk Irsyad. Kalau bedah itu baik, aku redhakan aja.

Berat Irsyad hari ini ialah 5.7 kg. Haaaa...tang berat tu tak ikut adjusted age, lak! Alhamdulillah.
Hari ni jugs, abah mama cari pasal dengan beli susu formula baru untuk Irsyad...Friso Step 1 menggantikan Enfalac A+ Gentle Ease (langkah penjimatan menangani kenaikan harga minyak dan barangan runcit...ngeh, ngeh!!). Tak cuba lagi susu tu. Harap sesuai le dengan Irsyad.....tak cirit, tak sembelit.

Tarikh temujanji Irsyad seterusnya di HSB ialah 3 bulan lagi iaitu pada 26/1/2015. Birthday Irsyad yang ke 7 bulan (mengikut umur kronologi). Itu saja. Daaahhh.

Hari ke 20, 1.96 kg












Terkini, selepas balik dari HSB, 5.7 kg

Rabu, 15 Oktober 2014

Aku Rasa Sangat Tertekan

Assalam...

Sebelum tu aku nak beristighfar dulu.

             

Dah le dalam beberapa hari ni aku rasa serba tak kena. Badan sekejap panas berbahang dan sekejap sejuk berdiri bulu roma. Di ofis pun lagi le. Sejuk aircond sampai tapak tangan pun sejuk. Sebelum ni tak pernah rasa sejuk sebegini teruk. Cuma di rumah le, masa nak mandi tengah hari ke, petang ke, aku masih rasa sejuk sampai ke tulang. Masih perlu guna air panas dari water heater.

Hari ni dan esok (15 - 16/10/14) adalah hari Surveillance Audit oleh SIRIM. Fail Rekod Pensyarah (FRP) aku masih belum lengkap. Lompang sana sini. Gini le jadinya bila berkongsi dengan pensyarah lain. Kalau pensyarah yang pertama tu tak siap, jawabnya kita pun sama naik cam dia le. Sabor je le.

Aku tak mau minta banyak kali. Dah tak ada tu, buat cara tak ada. Bila diaudit nanti, pandai-pandai le jawab. Jangan marah aku pulak bila aku babitkan nama-nama korang, ye!

Itu salah satu perkara yang buat aku tertekan. Tensen kata orang. Perkara lain ialah haidku yang tak teratur dan risau pasal pil hormon yang kumakan ni tak berkesan. Lagi pasal tensen ialah bila rasa 'dimarahi' oleh rakan sekerja kerana membenarkan orang lain pinjam Surat Penangguhan Pelajar. Yang orang tu pun kata nak pergi fotostet tapi tak hantar balik atas meja. Tak pasal-pasal, aku pulak yang kena.

Tapi, aku sabor je dan positifkan minda dengan beranggapan dia tak bermaksud untuk marah aku. Seterusnya, nak cetak Borang Markah Penilaian Berterusan Pelajar (PB) tapi partner aku tak habis key in lagi. Haaiiihhh...!! Tertangguh lagi.

Lain-lain bab tensen ialah pasal Jadual Peperiksaan. Aku dah tukar tarikh jaga exam dengan pensyarah lain. Maka, aku nak betulkan di jadual partner aku (Si A) supaya dia tau yang partnernya dah bertukar. Si B pun ada gak nak berurusan tukar-tukar waktu ni. Si B kata Si A nak jaga pada tarikh-tarikh awal sebab takut terbersalin.

Aku tanya le, "......nak bersalin bila?" Maksudnya, dia kan due bulan 12. Dia jaga exam dlm bulan 10. Sebelum ni,  kandungan dia tak de masalah.

Dah tu dalam satu hari Si A nak jaga pagi petang. Aku tanya le, larat ke dia. Yang Si B ni pulak kata jangan melezer. Heaaaa....niat aku baguih pe. Aku kesian kat Si A nak jaga exam pagi petang, yang ko kata aku melezer tu pe hal?

Kalau Si A ada masalah kandungan dan tak nak bagitahu, itu dia punya pasal. Tapi, nak marah aku yang tak tahu hujung pangkal tu kira dah melampau. Aku tak tahu le ko ada rasa nak beranak awal ke atau apa masalah ko. Yang pasti aku tak ada pulak rasa nak berdengki apa dengan ko. Dan persoalan seterusnya, bila masa pulak aku melazer???

Aku memang terasa kali kedua dengan minah ni hari ni. Aku cukup sedih bila orang salah anggap apa yang aku cakap. Dalam hati aku ni, baik-baik sahaja tapi disalah erti oleh orang lain. Aku dah tak dapat tahan beban perasaan ini lagi.

Dengan kerja yang tak boleh disiapkan, dengan masalah kesihatan dan kini ditambah pulak dengan masalah perasaan. Aku memang SANGAT tertekan. Sebelum aku gila, baik aku balik berehat dan nangis di rumah. Kini, aku dah rasa lega sikit. Kalau tak kerana esok SIRIM nak datang audit jabatan, malas rasanya nak masuk ofis semula.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menghadapi cabaran hidup ini. Permudahkanlah segala urusan hidupku dunia akhirat. Aamiiin. Daaahhh.





Isnin, 13 Oktober 2014

Ko Nak Orang Baca Citer Ko Atau Tengok Iklan???


Assalam...

Ganaih dak tajuk entry aku kali ni??? Sakit hati betul bila baca entry yang dihalang oleh iklan-iklan yang terpampang tu. 

Kalau ye pun nak buat duit, jangan le lupa dengan hati pembaca. Sekali dua aku bior je. Bila dah selalu gitu, terasa bodoh dan diperbodohkan le pulak. Aku ni belajor tinggi tau, naik tangga naik lif lagi. Ha, ha...!!!


Aku tak mo dah baca entry ko, walau hebat cam ne pun ko goda aku dengan tajuk entry ko tu. Putus. Daaahhh.

Baca la, weeeeii!!! Lawak ni.

Assalam...

Aku nak kongsi citer lawak yang disebar melalui WhatsApp. Tah sape penulis asalnya. Aku ada jumpa gak citer ni dipos pada 2013 dlm blog ni. Terima kasih le ye, menceriakan kami semua. Kira aku mempopularkan balik le citer ni. Yang dah pernah baca, dok diam-diam, ye! 

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.


*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk lakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita nonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."


*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: 

"Tunggu. Mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".


*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya. 
Nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil  menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain! Merompak hanya contoh sahaja. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar. Ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT".

Eeeerrrr....apakah? Sakit hati punya pasal, lupa pulak tindakan memakan diri. Tapi, puas hati, kan! Pegawai bank pun masuk lokap dan hilang pekerjaan. Muahaha....(gelak jahat).

Sabtu, 11 Oktober 2014

Strategi Isi Minyak Selepas Harga Naik 20 Sen

Assalam...

Baru-baru ni, kerajaan kurangkan subsidi minyak 20 sen. Banyak tu. Selepas ni, semua harga barang akan naik dan tak turun-turun lagi. Kita yang tiap bulan ada gaji ni, mungkin tak kisah sangat. Tapi, bagaimana yang tiada pendapatan tetap tu? Minyak kereta dan motor kena isi tiap-tiap hari. Kesian, kan!

Kita perlu berjimat dari sekarang. Nak ikat perut? Tak payah le. Lagi boleh makan, makan le untuk kumpul tenaga kerja hari esok. Satu cara berjimat ialah dengan amalkan pengisian minyak ikut jumlah liter, bukannya ringgit.

Contoh:
Kalau nak isi 20 liter, pergi ke kaunter dan bayar RM46. ini lbh baik drpd isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.


Maknanya, kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40. Bayangkan, kalau setiap hari ada 1,000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. Itu kalau 1,000 orang, kalau 1 hari? sebulan? Itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. Bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dgn pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bkn ikut nilai liter.
Mulai hari ini, isi dalam liter, ye kawan-kawan.

1 liter harga RM2.30
Isi RM23 jadi 10 liter
Isi RM46 jadi 20 liter 
Isi RM69 jadi 30 liter
Kalau isi 35 liter darab dgn RM2.30.


Kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
Contoh 31.777 liter. Rugi sikit, tapi kalau tiap-tiap hari macam tu, sapa yang untung? Pemilik stesen minyak le yang untung. Eerrr....ko pemilik stesen minyak ke???


Cubalah, ye! Jimat sikit-sikit, lama-lama penuh gak tabung tu. Selamat mencuba. Daaahhh.




Selasa, 7 Oktober 2014

Jika Tibanya Kiamat, Bersediakah Kita?

Assalam...

Aku begitu tersentuh dengan bingkisan dari seorang kenalan menerusi WhatsApp. Siapa penulis asalnya, tidaklah aku ketahui kerana ia sampai menyampai. Harap penulis asal halalkan perkongsian ini kerana ia begitu menginsafkan.

Bukan sebelum ini aku tak pernah terima pesanan keagamaan sebegini. Pernah, banyak dan panjang. Tapi, pesanan ini aku rasa lain macam...tersentuh gitu. 

Harap keinsafan aku ini akan berterusan. Moga dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog sekalian. Untuk makluman, teks di bawah telah diedit dari segi ejaan, tanda bacaan dan bahasa tapi tidak mengubah maksudnya.

6.00 am, kita bangun solat Subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Sampai ofis jam 7.00 am, hari masih gelap.

Mungkin kita anggap hari nak hujan, maka abaikan sahaja. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut dan kita tengok jam 9.00 am, sudah sampai masa nak pergi breakfast. Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam. Mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. Maka, abaikan juga.

Tapi, kalau jam 12.00 pm pun hari masih gelap, apakah petanda itu? Keesokannya pun sama. Buka TV semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya dan begitu juga dengan lusa, masih tiada lagi matahari.


Pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!


Maka, telah tertutuplah pintu taubat.  
Orang yang telah bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubatnya.


Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta untuk diinfakkan; golongan yang tidak pernah baca Quran, 24 jam baca Quran; golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara  berjemaah. Tapi sayang, segalanya sudah tidak berguna lagi.


🎶 Starts from now on..

      Let's turn to Allah..

     He's never far away..

     Keep your trust in Him..
    Raise ur hands and pray. 🎶


Kenapa kita tidur masa Allah memanggil (azan berkumandang)? 
Tapi, kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam.

Kenapa kita bosan saat baca Quran? Sebaliknya kita lebih rela membaca timeline twitter, status di wall facebook, novel atau buku lain?

Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? 
Sedangkan kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?


Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan kelab semakin besar?

Kenapa kita sangat senang menyembah (memuja sebagai idola) ARTIS? 
Tapi, sangat susah untuk menyembah ALLAH (solat)? Fikirkanlah.

Aku rasa, pesanan ini ditulis hasil dari video ceramah seorang ustaz ni tentang laporan NASA yang Kutub Utara telah berganjak dari kedudukan asal dengan cepat. Juga ada melaporkan kemungkinan matahari terbit dari barat dan fenomena ini dijangka berlaku pada 2015. Apakah???

Apa-apapun, pengetahuan kita sangat terbatas. Hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. Yang penting, bertaubatlah dari sekarang dan beristikhamah dalam melakukan kebaikan. InsyaAllah. Daaahhh.

Ahad, 5 Oktober 2014

Awas Jika Haid Tidak Teratur

Assalam...

Bagaimana corak kedatangan haid anda. Biasa atau luar biasa? Luar biasa ialah bila ia datang di luar tempoh haid, dalam jumlah yang banyak atau jumlah yang sedikit tapi berpanjangan (melebihi tempoh biasa haid anda atau lebih 15 hari, berbau busuk dan senggugut teruk).

Sekiranya berlaku tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor O&G anda. Jangan ambil ringan. Kenapa? Bacalah kisahku ini.

Aku baru 3 bulan lepas bersalin. Waktu dalam pantang, nifasku datang sedikit-sedikit, sekejap ada, sekejap kering. Aku siap mandi wajib dan solat tapi lepas dua, tiga hari, nifas datang lagi. Begitulah sehingga 60 hari....tempoh maksimum nifas.

Beberapa hari kemudian, (tak sampai 15 hari iaitu tempoh yang diperlukan untuk dikira sebagai haid), darah datang lagi. Kali ni banyak dan siap dengan senggugut ringan...macam haid tapi sebab datang di luar tempoh, maka ia dikira darah istihadhah atau darah kotor (Selepas nifas, perlu ada selang 15 hari sebelum boleh dikira sebagai haid).
Ia berlarutan hampir 2 minggu. 

Aku pergi jumpa doktor biasa untuk dapatkan ubat berhenti darah. Aku ada citer kat sini. Bila darah dah berhenti, masalah keputihan pulak datang. Mulanya hanya kekuningan tanpa gatal, tapi kemudiannya gatal le pulak.
Aku jumpa lagi doktor klinik biasa untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi 2 jenis ubat antibiotik (Ciprofloxacin Hydrocloride dan Metronidazole BP) dan 1 ubat alahan (Cetirizin) untuk kurangkan gatal yang dimakan selama 2 minggu. Bila habis ubat, baru gatal hilang.

Malang datang lagi kerana selang 2, 3 hari darah turun lagi tapi di luar tempoh haid. Haaaiiissshhhh....aku terus ke KMC untuk bertemu doktor pakar O&G. Aku buat ujian ultrasound, diperiksa pangkal rahim dengan menggunakan spekulum dan jari (ni doktor pompuan, tau!). Aku tak buat Pap-smear sebab tengah turun darah. Sel darah tersebut akan menganggu bacaan, menjadikannya tidak tepat.

Hasil dari pemeriksaan pangkal rahim, rahimku normal dan tiada tanda-tanda luar biasa. Dari ujian ultrasound pulak, terdapat tompokan putih dan dinding rahimku tebal seperti orang mengandung. Dikhuatiri terdapat sisa uri yang tertinggal dan dikhuatiri berkembang menjadi molar. Molar adalah bila sel-sel tubuh berkembang secara tidak normal dan boleh bertukar menjadi barah.

Oleh kerana aku bersalin secara pembedahan, kebarangkalian sisa uri tertinggal adalah sangat rendah tetapi ia tidak mustahil. Aku diminta untuk buat ujian darah untuk tahu bacaan hormon HCG. Jika hormon HCG tinggi, andaian sisa uri tertinggal adalah benar dan aku perlu menjalani prosedur cuci rahim atau D&C (dilation and curettage).

Spakulum

Prosedur D&C

Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari. Doktor yang merawat aku kata yang dia akan telefon aku segera jika ada masalah. Waktu aku menulis ni dah masuk hari ke 5 selepas ujian darah. Aku masih belum terima panggilan dari KMC. Aku harap semuanya baik-baik saja.

Masa rawatan tersebut, aku diberi sejenis ubat hormon iaitu Norethisterone yang perlu diambil 2 biji sehari selama 3 minggu. Ia bertujuan mengatur semula kitaran haid aku. Katanya, ubat ini akan menghentikan darah kotor aku ni. Selepas aku berhenti makan ubat ini, haid aku akan kembali.

Norethisterone

Allah menduga aku. Moga aku tabah hadapi segala kemungkinan. Ya Allah, sembuhkanlah aku. Aamiin. Daaahhh.

Google Street View: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Assalam...

Sekarang ni ramai yang memperkatakan berkenaan aplikasi Google Street View. Google Street View adalah teknologi yang terdapat dalam Google Maps dan Google Earth berbentuk pandangan panorama daripada posisi kita berada hingga sepanjang jalan yang terdapat di dunia. Gambar kebanyakannya diambil oleh kereta yang dipasang kamera video berteknologi tinggi tetapi ada juga yang diambil dengan berjalan kaki atau menggunakan basikal roda tiga seperti gambar di bawah.

Bagaimana gambar dirakamkan.

Street View asalnya adalah projek penyelidikan Universiti Stanford dengan nama Stanford CityBlock Project yang dibiayai oleh Google pada 2001. Projek ini berakhir pada Jun 2006 dengan memperkenalkan teknologi Street View.
Pada 25 Mei 2007 Street View telah dilancarkan di United States menggunakan teknologi Immersive Media. Dari tahun ke setahun, teknologi yang digunakan semakin berkembang dan meluas ke seluruh dunia.


Jika dulu, Google Street View hanya boleh digunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Tetapi dengan adanya teknologi ini, sedar atau tidak, kita terdedah kepada bahaya! Mana tidaknya, dah semua benda kat luar rumah tu dipertontonkan kepada satu dunia seperti jenis kereta yang kita pakai, siap dengan nombor plat lagi. Kalau masa tu kita tengah jemur kain, haaaaa dengan tuan rumah dan pakaian yang disidai tu masuk sekali dalam gambar. Glemer ko, Jah! Ini bermakna privasi kita telah dicereboh!

Tapi, jangan bimbang. Imej rumah kita boleh dipadamkan dari Google Street View dengan ikuti 4 langkah mudah di bawah:
  1. Buka Google Maps
  2. Taip alamat rumah anda dan klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
  3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
  4. Pada pilihan ReQuest Dance Crew Blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit.

Satu lagi nasihat aku untuk pengguna telefon pintar di luar sana, jangan le dok sentiasa on kan butang location tu. Bila butang tu di on kan dan disambungkan dengan internet, bermakna anda memang sengaja mendedahkan diri untuk dikesan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga keselamatan kita terjamin dan tidak mudah dicerobohi. Daaahhh.