Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Episod Debar Bersama Periuk Tekananku

Cerita ditulis pada 9 Oktiber 2015. Baru nak publish.

Assalam...

Lama tak ketuk keyboard di sini. Malaih. Tara rajin ni, aku nak citer sikit pengalaman aku bersama periuk tersebut. Aku mula beli pada awal Ogos tapi baru start guna malam ni. Lauk pertama aku masak dgn periuk ni ialah Sup Ayam Bogel sebab tak ada daun sup dan daun bawang. Masak sekadar nak test periuk. Esok aku cadang nak buat sup tulang. Tengok le rupa kejadiannya nanti.

Sebagai pengguna kali pertama, aku ikut langkah seperti yg disarankan. Boh 3/4 air dan stim 15 minit. Episod mendebarkan aku bermula apabila pemasaannya tak bergerak, dok kat 15 tu le dari aku belum mandi, sampai habis mandi. Lebih tambah berdebor bila ada bunyi berdesir dan bau plastik. Huuuwaaaa....aku ketaq dah ni. Apa aku buat ialah tekan butang off pada periuk dan tutup suis pada plug.

Aku biarkan sebentar beberapa minit untuk periuk tu dan aku sendiri bertenang. Aku sedang kumpul kekuatan ni. Aku tetap beranikan diri tuailkan punat pressure kpd steam untuk keluarkan wap dia. Fuuuhhhh....ini pun menakutkan, dgn bunyinya dan percikannya di awal mula. Gggrrr...

Selepas selesai keluarkan wap, aku pun mula hebahkan kejadian dalam group whatsapp utk dapatkan penjelasan dan mencari resolusi. Ada yg kata aku tak tutup tudung periuk dengan rapat le, ada kata getah keliling periuk tu tak pasang dgn betul le, boh air banyak sangat le. Tapi, aku pasti aku dah tutup periuk rapat-rapat dan pasang getah dengan betul. Yg jelas....aku memang boh air banyak (salah kiraan pecahan, daaaaaaa).

Oleh kerana ayam dah terendam, aku gagahkan juga diri untuk masak guna periuk tu. Mcm biasa, aku tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan guna fungsi stir fry sampai kekuningan. Masukkan air, rempah bunjut, garam dan perasa. Tutup penutup periuk dan high pressure utk 18 minit. Waahhhh...kali ni pemasaannya dah bergerak. Tepuk tangan...tepuk tangan...Alhamdulillah.
Mendebarkan tak citer aku (sambil tutup muka). Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.