Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Aku Sudah Berjaya

Cerita ditulis pada 11 Mei 2016. Baru nak publish.

Assalam & selamat pagi.

Lama tak merapu di blog sendiri. Nak cerita tentang kejayaan aku. Bukan ini pertama kali aku berjaya, dah banyak kejayaan aku kecapi sebenarnya, alhamdulillah. Tapi kali ni berbeza sikit. Kurasakan ini satu perjuangan dan kejayaan yang paling besar dalam hidup. Sebab apa? Sebab berjaya mengalahkan ketakutan dalam diri.

Takut? Yup...takut untuk bagi ucapan dan buat pembentangan di hadapan khalayak. Herankan...masih takut walau dah berbelas tahun menjadi pensyarah yang saban hari berdepan dengan pelajar dan dipantau pengajaran oleh orang atasan. Takut dan gementar adalah musuhku yang paling besar.

Ceritanya, aku telah didaftarkan oleh suamiku...haaa...(suami yang daftarkan aku tau, bukan aku sendiri yang daftar, ha, ha..) untuk turut serta dalam persidangan antarabangsa berkenaan pendidikan, ekonomi, politik, seni (iCDETAH 2015) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), (Persatuan Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama kalinya diadakan di negeri kelahiranku, Terengganu Darul Iman...negeri anjung ilmu, negeri cantik budaya menarik.

Kertas kerja untuk perbentangan disediakan oleh suami. Aku hanya sediakan power point dan bentang sahaja. Senang? Senang dan susah. Senang sebab tak perlu perah otak buat kertas kerja tapi susah sebab bidang berbeza dan aku perlu faham sebelum dapat buat power point dan bentang. Ko ingat macam bentang tikor ke?

Beberapa hari sebelum bentang, aku dapat tahu dari email yang aku terpilih sebagai salah seorang moderator dalam satu sesi pembentangan nanti. Terus naik semangat. Sebelum ni 50-50 je nak bentang atau tidak. Suami aku tak kisah, dia boleh tolong bentangkan untuk aku. Tapi, aku tak nak ulang kegagalan dulu. Aku perlu usaha sendiri dan rasai kepuasan. Peringkat antarabangsa tu. Ko ada? Ha, ha...
Tapi bila tau aku jadi moderator sebelum bentang, terus aku buat keputusan untuk bentang sendiri kertas kerjaku.

Aku minat untuk jadi pengacara walau penakut gila. Pernah dah dilantik jadi moderator untuk pembentangan peringkat kebangsaan di iCompEx 2015 tetapi di saat akhir terpaksa ganti dengan orang lain sebab Irsyad masuk wad. Huuaaaa....melepas peluang untuk glamor sekejap. Ahaks.

Bila dapat lagi peluang seterusnya, aku bertekad untuk go for it. Tak mau gagal lagi. Walau kertas kerja tu berbeza dari bidang aku (aku bidang kewangan, bentang pasal politik) tapi aku tak mau fikir tentang valid tak valid untuk urusan naik pangkat. Yang penting, aku ada produk, dan nama aku tercatat dalam prosiding antarabangsa. Dua artikel lagi, tau sebab dua-dua suami boh nama aku. Terima kasih, ye encik suami tersayang. Dan satu lagi, aku yang bentang sendiri artikel tu di hadapan khalayak. Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Aku jadi moderator pada 24/11/2015 (Selasa) pukul 2 - 3.30 pm. Aku bentang kertas kerja pada hari yang sama pukul 3.30 - 5.00 pm. Itu yang menyebabkan aku kuat semangat untuk bentang. Syukur, alhamdulillah. Allah dah bantu aku. Alhamdulillah, walau tak berapa lancar waktu bentang tapi aku boleh kawal gemuruh dan suaraku tak mengeletar. Itulah kejayaan terbesar aku untuk 24/11/2015. Aku dapat dua sijil hari ni, sebagai pembentang dan sebagai moderator.

Moga Allah terus melancarkan urusan aku selepas ini. Dan InsyaAllah, untuk pembentangan akan datang, aku akan sediakan kertas kerja sendiri atau suruh suami tulis bidang aku pulak. Muahaha...nak ngelat jugak tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.