Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 29 Mac 2014

Malasnya Akuuuuuu....

Assalam....

Kelmarin aku dah balik ke 'sarang' di Jitra ni. Sampai tengah hari ni keadaan masih belum pulih. Masih bagai tongkang pecah. Aku baru je settle sidai pakaian. Pakaian yg dlm bakul belum berlipat, yg dlm beg balik kampung belum dikeluarkan lagi. Belum menyapu, belum mengemop lantai, belum sediakan makan tengah hari. Huuuwaaa.....aku penat dah.



Bab makan tengah hari, aku tak perlu masak sebab suami outstation & anak-anakku jenis tak makan nasi. Jadi, aku makan je le baki nasi lemak yg suami belikan pagi tadi sebelum keluar kerja.

Esok dah start kerja. Banyak benda nak buat. First, nak sediakan soalan utk Kuiz, buat skema jawapan latihan pelajar utk dibincangkan esok & baru sediakan report pemantauan P&P. Apa-apapun, harap Allah berikan aku kesihatan yg baik & umur yg panjang utk aku selesaikan semua kerja rumah & kerja ofis.


Kerja hari ni ialah utk habiskan kemas kain baju & barang-barang yg masih berlonggok di dapur tu sebelum bos besar balik. Daaahhh.


Rabu, 26 Mac 2014

Kehadiran Tak Bererti

Assalam...


Bila hati tersentuh, mula le nak bermelankolia. Izinkan aku, ye.

Terang-terang dikatakan kalau adik aku ada, best....sebab boleh & senang bawa dia berjalan ke mana-mana. Aku ni jenis penakut nak bawa kerete ke tempat yg aku tak biasa. Kat Terengganu ni, tak pernah lagi aku drive jauh-jauh dari kawasan taman ni. Nak ke mana-mana, kena harap kat suami aku. Itu yg bagi dia, aku ni tak best.

Dlm keadaan aku ngandung ni, langsung aku tak berjalan ke mana-mana, termasuk le bawa dia jalan-jalan. Lagipun, suami sibuk kendalikan sesi interview dgn bekas pelajarnya utk tujuan CQI silibus pengajian.

Dah banyak aku buat, 'melabur' itu ini. Tapi, bila dah org tak suka, buat apa pun org tak pandang. Lagipun, aku ni kasar sikit berbanding adik aku. Lagi le jauh panggang dari api. Aku selalu rasa disisih dari dulu hingga sekarang. Tak apalah. Kau kuatkanlah hati aku ini, ya Allah. Aku tak berdaya utk menyenangkan hati semua org. Agaknya, bila aku dah tiada, baru dia nampak kebaikan & ke'best'san aku. Heeemmmm....

Sampai sini dulu. Daaahhh.

Tragedi MH370

Assalam....

Kedukaan rakyat Malaysia. Biar gambar berbicara.










Jom Cuti Rehatkan Minda

Assalam...

Lama hilang, tetiba muncul balik. Aku bersiaran di Terengganu. Cuti sekolah, aku pun mohon cuti juga, walau paper yg belum marking bertimbun. Ada aku kesah. Ngeh, ngeh....



Relaks le, beb. Minggu depan settle le tu. Tak pun, minggu lagi depan. Yg penting bukan tahun depan. Ha, ha...

Di Terengganu, aku tak ke mana. Rumah mak aku je. Lepak-lepak bila perut penuh & berat. Bila aku terlebih makan, cam tu le. Solat pun kena duduk. Mengah, weeeiii walau baru 5 bulan. 1 April nanti aku berappointment ngn doktor pakar di GH. Bersedia le utk melepak berjam2 lamanya, ye!

Aku rasa kandungan kali ni agak kecil. Mungkin sebab aku kurang sangat minum susu. Vitamin pun kekadang ter miss gak. Cian baby. Cuma, aku rasa aku lebih kuat makan kali ni. Jantina??? Aku lum scan masa 5 bulan ni. 1 April nanti kot baru tau.

Suami aku ni pi cari kain batik Terengganu, kakak ipar kirim dari Sarawak. Aku tak ikut. Tak larat nak jenjalan & berdiri lama-lama. Landing time, sambil layan Ahda tgk citer Upin Ipin, Ultraman, Boboiboy & Ranggo. Hu, hu... Beshnya santai gini. Tak yah fikir benda kat opis yg menyerabutkan kepala (ko tunggu le balik opis nanti, tgk atas meja apa kerja yg menanti).



Daaahhhh.



Sabtu, 15 Mac 2014

Potato Gratin Caraku Step by Step


Assalam...

Baru timbul. Kali ni muncul dgn Western recipe. Pernah dgr Potato Gratin dak sebelum ni? Ni kali kedua aku buat tapi baru berani nak boh gambor & tunjuk step by step sbb yg pertama kali buat tu ada masalah teknikal sikit. Ngeh, ngeh....ngok nye pasal.

Pertama kali aku kenal Potato Gratin ni dari blog Ana Suzana ~ Cahaya Cintaku. Resepi dia ringkas je. Yg kali kedua aku buat ni, aku derhaka sikit dgn memasukkan pelbagai elemen. Bak kata org dlm dunia masakan...difusionkan sikit.

Banyak sebenarnya cara masak Potato Gratin ni tapi kebanyakannya dari resepi omputih. Ni org tak berapa nak putih ni tunjukkan cara memasaknya setelah tgk pelbagai gaya omputih masak. Cuba le nanti. Menyesal, tanggung sendiri. Muahaha....

Tak mo byk songgeh, mai kita terus ke resepinya.

BAHAN YG DIPERLUKAN:

1 biji kentang Russet @ 4 biji kentang biasa
1 biji bawang Holland
4 ulas bawang putih
Sedikit potongan lada Capsicum
1 tin sup Campbell's (aku guna perisa Ayam & Cendawan. Resepi asal guna Whipping Cream)
1/2 btg lobak merah (optional)
1 biji tomato (optional)
Sedikit daun bawang & daun sup (optional)
Beberapa ekor udang segar (optional)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak utk menumis
Mentega utk  dilenser pd loyang pembakar (guna minyak masak pun boleh, weeehh)

CARA PENYEDIAANNYA:


Bersihkan kentang & kupas kulitnya.


Hiris nipis-nipis (nak senang citer, sila guna slicer, ye!)


Semua bawang & Capsicum dihiris nipis. Gaya bebas, wokey!!!!


Lobak merah dihiris nipis & tomato didadukan (bukan dimadukan, tau. Gggrrrrr!!)


Bersihkan udang & dipotong kecil.


Tumis bawang besar, bawang putih & capsicum hingga layu.


Masukkan udang & tomato. Perisakan dgn garam (sikit je sbb sup dah sedia masin. Tak tambah garam dah pun, ok) & serbuk lada hitam.


Sblm tutup api, boh daun bwg & daun sup. Kacau sebentar & ketepikan. 


Masak sup ni dgn ditambah 1 tin air (guna tin sup ni gak) hg pekat.


Bila dah menggelegak, ketepikan. Sup ni dah tak perlu tambah garam sebab dah cukup masin. 


Lenserkan loyang dgn mentega/minyak, susun kentang (2 lapis) & lobak (1 lapis). Letak 2 senduk kecil sup tadi.


Lapiskan pula dgn geng tumisan tadi.


Habiskan susunan lobak & kentang tadi. Kmd, tuangkan sup hingga menutupi kentang. Tak perlu habiskan semua sup, nnt byk sgt kuahnya, tak jadi potato gratin tp jadi potato sup lak. Sape nak menjawab nanti???? Sup yg berbaki tu, korang leh tlg 'selesai'kan. 

 
Sebelum bakor, boh leh keju atas tu. Aku guna Cheddar Cheesedale je. Kalau ada keju parmesan ke, apa ke, boleh leh boh. Kalau yg seketul tu, korang parut le dulu. Jgn le ko boh bedebab cam gitu. Nangis cek yg ngajor ni, kang!


Panaskan oven dan bakar dlm suhu 170°C ke 180°C, selama 1 jam (bergantung pd oven masing2) hingga keperangan (cam terlebih perang lak gratinku, he, he).


Potato Gratin ni biasanya disudukan je sebab dia lembik. Tapi, ada gak aku tgk resepi omputih yg boleh dipotong. Korang google & bereksperimen le sendiri, ek! Eden dah tak kose nak study.

 Resepi asalnya, menggunakan whipping cream & susu segar tapi utk senang citer, aku shortcut pakai Sup Campbell's je. Tak yah nak tambah susu atau apa2 perasa. Semua dah ada dlm sup tu. Tinggal korang pilih je nak perisa apa. Yg aku tau, dia ada perisa ayam, kentang, cendawan, ayam & jagung. Pilih le.

Dan suka juga diingatkan, resepi ni sebagai panduan je. Tak usah le rigid sgt. Boleh tambah dan kurangkan bahan apa yg patut. Buat ikut kreativiti sendiri, ok.

Sebelum mengakhiri, aku nak sisipkan ingatan supaya terus mendoakan utk keselamatan anak kapal & penumpang MH370. Sabtu (8/3/14) bertemu Sabtu (15/3/14), tapi masih tiada khabar berita. Moga mrk selamat. Apa2 pun pengakhirannya, redhakan saja. Daaahhh.