Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 28 Mei 2014

Cadbury Punya Pasal, Babi Yg Dapat Nama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dari Cadbury, berkait kepada produk lain. Kesimpulannya, sebahagian besar produk yg menjadi makanan rutin kita, dikhuatiri ada unsur-unsur ini. MasyAllah. Mana yg disahkan, elak le makan. Mana yg hanya khabar angin tanpa pengesahan dari KKM @ JAKIM, dan kita tak was-was, makan le & guna le. 

Terbaru isu kod E. Berikut senarai Kod E utk rujukan kawan2 dan aku sendiri.


Datuk Othman Mustapha, Pengarah JAKIM mengatakan bahawa produk tempatan yg mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun tertera kod E pd bungkusan produk berkenaan (Harian Metro, 28 Mei 2014) Wallahu'alam. Daaahhh.

Akukah Yg Bersalah...???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Harap kalian semua baik2 saje. Tak mau cakap pasal kisah Panda atau binatang yg kini dah mengatasi panda dari segi populariti, tapi aku nak perkatakan pasal cara mendidik anak-anak.

Aku ada 2 org anak lelaki. Yg sulung agak lembut tapi suka 'menjawab' dan melawan aku. Yg kedua, agak keras sikit tapi buat masa ni masih ngam dgn aku. Aku nak cerita pasal anak sulung aku...Adam.

Dia selalu menjawab dan melawan aku, makanya aku mohon bantuan suami utk 'menegur' Adam dgn berkata "Cuba tampar sikit mulut Adam tu". Aku bukanlah bermaksud suruh suami tampar betul2 sampai berdarah tapi sekadar peringatan utk maklumkan yg perbuatan dia tu salah. Tau, apa yg suami aku buat?????

Bukan Adam yg kena marah @ ditegur. Sebaliknya aku. Katanya, aku yg bermasalah dgn Adam, jadi aku yg selesaikan sendiri. Suami minta aku sendiri yg 'tampar' Adam bukan dia. Suami kata perangai aku pelik & bla, bla, bla....

Tahukah kau wahai suami, perbuatanmu itu seperti membina tembok kebal utk Adam. Adam akan makin tidak hormati aku sebagai ibunya. Apa lagi yg boleh aku buat utk betulkan keadaan dlm keadaan suami yg dah tengking-tengking aku begitu??? Aku hanya biarkan air mata mengalir laju...dan laju.....tapi masih cuba kawal diri utk tidak tinggalkan rumah.

Akhirnya, lepas marah aku, dia bagi amaran pada Adam supaya jgn 'menjawab' depan aku sebagai ibunya. Itulah yg aku nak suami buat dari awal, bukannya tengking aku. Memang aku terluka sangat, tapi aku tahankan dan masih dapat keluar bersama suami & bersarapan bersama, cuma aku minta Adam duduk dgn pengasuhnya walaupun aku bercuti hari ini. Kerana aku rasa, aku dah 'surrender' dgn Adam. Biarlah. Aku tak mau buka mulut lagi. Aku tak mau, kerana Adam, aku dan suami bermasam muka. 

Maafkan dgn luahan ini. Daaahhh.






Sabtu, 24 Mei 2014

Lagi Kisah Anak Hilang.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kali ni bukan anak aku yg hilang, tapi anak remaja jiran aku. Remaja perempuan lepasan SPM. Hilang dari rumah jam 12.40 pagi, ketika mak bapak sedang lena diulit mimpi. Anak ini tega buat wayang sendiri.

Remaja ini dilihat keluar dari rumah dan membonceng motor dgn jantan yg sedia menunggu di luar rumah. Perbuatan tersebut kebetulan dilihat oleh jiran sebelah rumah aku yg sedang memunggah barang niaga dari vannya. Terus dia tepon suami aku. Aku pulak baru nak tidur balik selepas ke toilet. Apa lagi, misipun bermula.

Sebelum ni, jiran selang beberapa buah rumah dah nampak kelibat jantan bermotor ni dok mai sembang tgh mlm buta dpn rumah budak pompuan  tu. Suami aku pun pernah terserempak tapi budak jantan tu terus pecut motor, blah. Tapi, mlm tadi adalah mlm kantoi utk diorang.

Suami & jiran tepon bapak budak pompuan tu minta check anak ada tak dlm bilik. Memang terkejut badak le mak bapak tu bila sedar anak pompuannya tak de. Maknya call budak pompuan tu & dia berada di rumah kawannya di Kepala Batas, Alor Star. Tak pasti le kwn pompuan ke jantan. 

Bapaknya nak pergi ambik anaknya. Dan citer habis di situ. Kesian betul dgn mak bapak budak pompuan tu. Tak sangka anak kembarnya buat perangai cam gitu. Maknya adalah seorang guru. Malu aaiiihhh....bertuah punya anak. Semua anaknya perempuan. Kesian betul le. Ya, Allah, lindungilah anak-anakku dari berperangai tak senonoh, bawa anak dara orang dan macam-macam le. Takutnya aku dgn situasi remaja sekarang.

Makanya, kawan-kawan kat luar sana yg ada anak remaja, selalu-selalu le check bilik anak di tengah malam. Pastikan anak ada & juga pastikan tak bawa masuk jantan & betina dlm bilik. MasyaAllah. Rasanya, perlu pasang mangga keselamatan yg kuncinya hanya dipegang oleh mak bapak. Boleh gitu? Fikir-fikirkan. Daaahhh.

Khamis, 22 Mei 2014

Wahai Guru.....Kasihanilah Anak-Anak Kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku nak sambung rentetan citer kehilangan anakku kelmarin. Semuanya berpunca dari pengumuman cuti umum mengejut dgn kemangkatan Pemangku Sultan Kedah.

Murid-murid dibenarkan balik seawal jam 8 pagi. Mak bapak masih di pejabat. Aku balik lewat sikit sebab pejabat lambat umumkan cuti dgn alasan tunggu surat rasmi yg bertandatangan. Nasib baik suami blm ke ofis. Dia yg bergegas ke sekolah. Tunggu punya tunggu, Adam tak muncul.

Suami aku dah cari di bilik darjah, tandas & bertanya guru tapi Adam tak ditemui. Waktu terima berita Adam 'hilang' aku masih di ofis. Perasaan aku masa tu masih 'cool' sebab dia pernah lewat keluar.

Bila Adam masih belum ditemui, aku ke sekolah utk bertemu suami tapi yg buat aku 'bara' (tadi aku cool je), ialah dia tak tunggu aku tapi blah utk hantar anak pengasuh balik rumah. Yg aku ni terkontang-kanting kat sekolah.

Nasib ada 2 org cikgu tunggu di luar pagar & dah maklum dgn berita 'kehilangan' Adam. Cikgu tu tenang je & aku pun cool semula. Aku dapat maklumat baru dari kawan sekelas Adam. Adam dilihat berjalan kaki bersama 2 rakan yg lain, Izham & Bala.

Aku baru je nak tepon suami suruh cari sekitar Tmn Bersatu (rumah Izham), kot2 dia ke rumah Izham. Tapi, belum sempat tepon laki aku, mak Izham dtg dgn Myvi cari Izham.

MasyaAllah.....mrk berdua tak balik rumah. Aku dah 'hangin' sebab suami aku teruskan pencarian sendiri tanpa maklumkan berita terkini & tanpa pedulikan aku yg masih di sekolah. Call pun cakap dlm keadaan panik, satu apapun aku tak dengar.

Aku ambik keputusan utk balik dan tunggu di rumah sahaja memandangkan aku dah sarat & tak larat. Seperti yg aku cerita, akhirnya Adam ditemui, hasil dari keperihatinan seorang ahli bomba yg kebetulan nak ambik anaknya dari tadika berhampiran taman permainan tempat Adam & rakan bermain tu.

Rupanya ada 2 org rakan ofis aku yg perasan tentang 3 org kanak-kanak ni yg berjalan menghala ke TNB. Tapi, manalah mrk tahu itu anak aku yg hilang dari sekolah. Hu, hu....

Aku rasa, cikgu sepatutnya tak membenarkan murid-murid keluar dari pagar sekolah sehingga ibubapa/penjaga datang ambil sebab cuti yg diumumkan tu cuti tergempar. Ada ibubapa yg lambat tahu tentang tu. Bukan anak aku je yg hilang, tapi ada anak org lain juga. Tapi 'hilang' mereka sebab dibawa pulang oleh jiran & pengasuh tanpa memberitahu ibubapa terlebih dahulu. Haru punya citer.

Di sekolah lain pun ada berlaku situasi serupa. Kalau le aku ni jenis ibubapa yg nak panjangkan cerita, mau aku SAMAN pihak sekolah atas kelalaian mereka. Tapi, aku tak mau menyusahkan sesiapa. Moga jadi pengajaran utk semua, termasuk aku & Adam.

Daaahhh.

Rabu, 21 Mei 2014

Separuh Nyawaku Pergi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Isnin, 19 Mei 2014

Bila Tiada Hala Tuju

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bertemu lagi. Harap sihat le kalian di luar sana. Kali ni nak membebel pasal Gen Y yg tiada hala tuju selepas SPM @ STPM. 

Aku heran kenapa sampai kursus yg nak diambil & IPT yg nak dipohon pun perlu ditentukan oleh org lain. Tak pernah merencana masa depan ke? Sebelum ni, cikgu tak pernah cerita ke IPT apa & kursus apa yg bersesuaian, laman sesawang mana yg perlu dirujuk??? Main fb, Twitter, google Youtube, pandai lak korang, ye!!

Sampai laki aku pulak yg kena tolong uruskan dari A sampai Z. Dari beli nombor pin, pilih kursus, pilih IPT, print borang mohon, semak status permohonan, print borang jwpn jika berjaya, bla, bla, bla....

Bila dah setiap tahun, dari mula aku kahwin sampai anak nak masuk tiga ni, itu le benda yg kena hadap bila result SPM, STPM keluar. Aku bosan, tau!!!

Bosan mendengar kebodohan & sikap lepas tangan Gen Y. Yg Gen X pun satu, bagi muka sangat. Dah macam YB pulak. Dah berjaya, lupa segala. Tak kenang budi. Tak boleh harap pun utk tolong generasi lain. Alih-alih, Gen X ni gak yg dicari. Aku dah betul-betul bosan. BOSAN sesangat dgn keadaan cam gini. 



Ok le. Dah tak mau bebel. Nak tidur. Esok nak kena melangut kat klinik kesihatan utk check perut. Rutin check up. Daaahhh. 

Sabtu, 10 Mei 2014

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bertemu lagi kita. Alhamdulillah, aku masih diberi kesihatan yg baik. Minggu ni, usia kehamilanku 28 minggu @ 7 bulan. InsyaAllah, bulan depan aku akan dibersalinkan. Tarikh caesar blm ditetapkan. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Walaupun usia kandungan baru nak masuk 7 bulan tapi, masyaAllah aku rasa 'berat' sangat. Tak larat nak berdiri lama, tak larat nak berjalan jauh, dah duduk susah nak bangun. Hingga kekadang tu, solat pun kena sambil duduk. Tapi, masa takbirratul ikram tu kena berdiri le. Aku cuma berdiri masa takbir tu, fatihah & rukuk pertama je. Pas tu duduk sepenuhnya. Ada yg kata kena solat atas kerusi & duduk waktu nak rukuk @ sujud je. Ada yg kata leh buat ikut keupayaan wanita mengandung. Wallahu'alam. Nanti aku tanya ustazah kat ofis aku.

Kelmarin, aku start minum susu kambing Higoat keluaran HR Marketing. Ada offer dgn harga RM26.50. Harga asal RM36.00. Aku minum ni sebab pil kalsium Ostematrix keluaran Shaklee aku dah habis. Tak pi beli lagi. Harap dapat le ganti kalsium yg kurang. Ngandung kali ni, aku tak de motivasi nak minum susu utk ibu hamil spt Anmum Materna dll tu. Tah le. Pembawakan budak agaknya. Baby ni gak yg disalahkan. Hu, hu...


Daaahhh le ye.



Ahad, 4 Mei 2014

Burrrppp....

Assalam...

Hari ni hari tak sihatku. Perut tak selesa & badan masuk angin. Hari ni gak aku ke klinik kesihatan utk periksa kandungan. Alhamdulillah, aku dah 27 minggu. Berat badan aku tak naik. Tapi, tak de sape yg bising, kira normal le tu.

Hampir pukul 12 pm baru habis segala urusan di klinik. Tarikh lawatan seterusnya ialah pada 12/5, 14/5 & 20/5. Ambik, ko! Aku dah pening kepala, terus drive balik rumah. Kul 1.15 pm pergi ambik Adam dari sekolah dan terus balik rumah. Aku hanya mampu baring & tidur.

Lepas solat, perut masih tak selesa & kepala masih sakit. Aku ambik keputusan masak nasi dan makan panas-panas. Lauknya ialah ikan bilis goreng campur bawang putih, halia & daun kunyit serta telur mata lembu dgn kicap. Tapi, tak hilang gak rasa kembung tu.

Sabar aja le. Harap esok dah ok. Daaahhh.