Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 9 Julai 2015

2 Kali Malang

Assalam...

Belum sempat cerita pasal malang pertama, dah dapat malang ke dua. Malang pertama berlaku pada 17/6/2015 (Rabu) iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan.

Keretaku kemalangan dengan motor Honda Wave dipandu oleh pelajar Giat Mara tanpa ada lesen motor. Alhamdulillah, tiada siapa yang cedera tapi keretaku rosak teruk.

Bapa dan datuk pelajar tersebut datang ke tempat kejadian dengan muka sedih dan minta belas kesian. Aku tahu mereka susah dan tak mampu bayar apa-apa atas kerosakan itu. Mereka juga tak mau buat laporan polis. Aku redha. Segalanya akan diuruskan oleh pihak insuransku, Takaful Malaysia.

Aku terpaksa buat laporan polis untuk membolehkan tuntutan insurans dibuat. Satu pengetahuan baru, kalau tak mau libatkan pihak satu lagi, jangan lapor nombor kenderaan mereka. Kalau tidak, mereka yang terlibat akan dipanggil oleh pihak polis untuk melengkapkan kertas siasatan.

Kereta Almeraku hingga ke hari ini masih berada di bengkel Tan Chong Motor, Alor Star menunggu giliran untuk dibaiki setelah dapat kelulusan pihak insurans.

Hari ini, 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan, kereta Estima suamiku pulak kemalangan, dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu oleh budak sekolah Tingkatan 5 yang juga tiada lesen memandu. MasyaAllah.

Maknya ada bersama dalam kereta, seorang guru. Terpaksa minta anak tak ada lesen bawa kereta sebab nak ambil abang di Hospital Jitra, suami dah meninggal. Dia kata anak dia mengantuk, baru balik sekolah. Dia minta maaf dan janji mau tanggung kerosakan kereta tu. 

Dalam kekalutan kerana berada di tengah jalan raya, lorong kanan, gambar kereta yang melanggar tu tak 'lekat' dalam tepon aku. 

Gggggrrrr.....malang lagi. Nasib aku ada ambik nombor tepon kakak tu dan dia buat missed call untuk bukti yang nombor dia bagi tu betul.

Suami hantar kami balik rumah dan keluar semula untuk uruskan kereta tu, laporan polis dan menjejaki kereta yang melanggar kereta suami tadi. 

Persoalannya sekarang, kalau Estima masuk bengkel, macam mana kami nak ke sana-sini, nak pergi kerja? Tiada lagi kenderaan. Yang paling penting, macam mana nak balik beraya ke Terengganu. Hhhuuuaaaa...!!!

Alhamdulillah, kereta suami boleh siap dalam tempoh seminggu. Dalam tempoh menunggu tu kami terpaksa menyewa kereta....kereta Perodua Axia, RM70 seminggu. Tak apalah, pihak insurans tanggung kos tu dengan bayaran RM30 sehari. 


Estima yang kemek di bumper dan body.

Almera yang tercabut bumper depan

Terima sms ni pada 7/7/2015. Lega. Dah boleh dibaiki.

"RM0.00 Your claim on vehicle no KDJ5068 has been approved. Log on to our customer portal at www.takaful-malaysia.com.my or contact the workshop for details".