Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 30 November 2013

Bila Adam Berkhatan

Assalam....

Musim cuti sekolah ni, bukan sahaja ramai yg naik pelamin, yg 'turun pelamin' pun ada....eeerrr...maksud aku org yg berkhatan @ sinonim dgn bersunat. Yg berkhatan pun, kenduri mengalahkan org kahwin. Hebat sungguh org Kedah ni.

Adam juga dah selamat menempuh hari yg menakutkan itu dlm zaman kanak-kanak. Pada Jumaat lepas (22/11/2013). Alamak, baru aku teringat....tarikh tu birthday mak aku, tapi aku lupa wish. Huuuaaaa.....
Kini, dah  seminggu berlalu. Adam pun dah boleh pakai seluar (walau jln masih kengkang).

Masa Adam bersunat, aku tak buat kenduri pun. Aku cakap kat Adam, "Nanti Adam kahwin, baru Mama buat kenduri kat Adam". Adam baru 8 tahun 5 bulan. Jenuh nak menunggu kenduri kahwin Adam ni. Hu, hu, hu.....!!!! Daaahhh.

Tempat Adam berkhatan

Wajah cuak seorang Adam

Adam tunggu giliran sebelum masuk bilik utk dikhatankan. Kelihatan, suami pengasuh (Abah Munar) tunggu Adam utk bg semangat.

Selesai sudah. Masa ni ubat tahan sakit masih ada. Masih berlagak bagus. He, he.. 

Isnin, 25 November 2013

Kulat Sisir Goreng Kering

Assalam...

Nak jadi rezeki aku, aku terjumpa le kulat sisir di pasar Jitra. Aku beli le satu bekas RM3.00. Konon nak buat masak lemak cili api, pastu tak jadi le pulok, takut tak sedap sebab aku tak reti buat, kih, kih...

Aku google kat internet, makanya aku putuskan utk goreng saja. Biasa le, kalau tak derhaka, tak sah. Aku cedok resepi dr blog Cik Mat Gebu dan blog Yan's Cottage.

Resepi aku sendiri macam ni:

Bahan-bahanya:
1 gelas kulat sisir (buang hujung yg keras & rendam 10 minit dlm air)
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sebiji bawang besar yg bersaiz kecil (dihiris)
1 biji telur
2 sudu besar udang geragau @ boleh ganti dgn udang kering
5 ekor udang basah (tak nak letak pun boleh)
2 biji cili api (dihiris)

Cara-caranya:
1.  Goreng udang geragau dgn sedikit        minyak hingga garing.
2. Dlm kuali yg sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & cili api.
3. Masukkan udang basah. Goreng hingga udang kemerahan & masukkan cendawan. Goreng hingga cendawan agak2 masak.
4. Ketepikan campuran cendawan tadi di sudut kuali. Pecahkan telur & hancurkan. Bila telur dah jadi ketul-ketul kecil, gaulkan bersama campuran cendawan yg diketepikan tadi.
5. Tambahkan garam & serbuk perasa. Goreng sebentar.
6. Daaahhhhh siap. Sedap dimakan panas-panas.

Ahad, 24 November 2013

Mistik....Telur & Jarum

Assalam...

Ingat lagi dak citer pasal suamiku yg sakit belakang hingga ditahan di wad KMC. Selain dari berikhtiar di Darul Syifa, suami juga berubat dgn seorang pengamal perubatan di Padang Besar, Perlis.

Suami mula berubat pada Selasa, 19/11/2013. Pagi esoknya aku rasa sakit di bahagian belakang bwh tulang belikat. Aku anggap ia kesan dari menjahit hari tu.

Kesakitan itu masih kurasa hingga kini terutama apabila berdiri lama. Sakit mencucuk, pedih, senak & kekadang rasa sejuk. Aku biarkan.

Pada Sabtu, aku prepare bahan utk buat Laksa Johor sampai sanggup ke Pasar Jitra sendirian. Masa dok rebus spageti, barulah aku tahu bahawa akan ada tetamu yg nak dtg. Tetamu tersebut adalah pengamal perubatan yg mengubat suami aku tempoh hari.

Tunggu dari pukul 4.30 pm, hampir pukul 6.00 pm barulah tetamu yg seramai 6 org (termasuk 2 org si cilik)  tu muncul. Pukul 6.30 pm pengubatan dimulakan. Bahan yg digunakan ialah telur ayam, beras, bijan hitam, garam kasar, kunyit, air, sejenis kulit pokok & tanah belakang rumah aku.

Ada bacaan ayat Quran digunakan tapi betul atau tidak, tak pastilah aku. Dua, tiga biji telur ayam dialin di badan suami. Bila telur dipecahkan, keluarlah sebatang jarum jahit yg masih berkilat yg menandakan ia masih baru. Telur lain kosong.

Telur dan pinggan yg digunakan utk pecahkan telur tadi dibungkus dlm plastik dan diminta dibuang ke dalam sungai yg mengalir deras. Makanya, Sungai Jerlun menjadi mangsanya. Sebab tu le org tua-tua pesan, kalau jumpa apa-apa bekas atau botol, jgn sesekali dibuka penutupnya. Dikhuatiri apa yg 'dipenjarakan' di dalam tu, terlepas keluar.

Kini, aku diselubungi tanda tanya. Apa yg mencucuk pedih di bawah tulang belikatku ini? Perlukah aku buat MRI?
Tolonglah, ya Allah. Sihatkanlah aku sebab tarikh utk ke Kemboja dah semakin hampir. Daaahhh.

Lebih kurang gini le grupanya. Gambor sebenor, idok le aku ambik.

Rabu, 20 November 2013

Bila Cik Moose Menjahit

Assalam...

Dengan beraninya sambil melupakan kenangan gagal kali pertama, aku nekadkan diri menyertai Kursus Jahitan Baju Kurung Moden pada 17 -19 November 2013 di Kolej Komuniti Bandar Datul Aman ( KKBDA).

Setelah gagal belajar menjahit baju kebaya, aku terus tak guna dah mesin jahit mudah alih (portable) tu. Suami aku yg rajin guna utk jahit & ubahsuai baju dia.

Memandangkan punya masa terluang sebab student poli belum masuk, aku korbankan RM70 utk belajar buat kurung moden.

Hari pertama pun aku rasa dah nak surrender. Lambat betul aku nak fahamkan cara melukis dasar tu. Kemudian,  nak 'menggelek' dgn kertas karbon pun satu hal. Nak jahit tepi, nak jahit guna mesin industri (heavy duty) tu, segalanya mengharukan.

Selama 3 hari di KKBDA Banyak yg aku minta tolong org. Jahit tepi, cikgu & Izah, jahit pinggang pun aku minta tolong Izah, utk sambung  lapik leher aku minta tolong Kak Lia & utk jahit bawah baju dan hujung tangan, cikgu yg tolongkan. Ha, ha, ha....

Akhirnya, siap le jugak baju aku yg tak seberapa. Janji bercantum je. Tapi, ia bisa menyemarakkan senangat & mencelik akalku bagaimana nak jahit baju.

Minggu depan ada lagi kelas menjahit.  Kali ni jahit baju kurung anjuran PUSPANITA, POLIMAS. Aku dah tak larat bak join. Aku rasa jahit baju kurung ni senang sikit cuma part leher tu yg aku tak reti. Tak pe le. Nanti aku rujuk kat blog ni http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/09/pola-kurung-moden.html?m=0.

Daaahhh.

Baju yg berjaya disiapkan 

Kain duyung yg berjaya disiapkan
Bukti dah tamat kursus jahitan.

Chan Rak Ter

Assalam.

Aku Cinta Kamu. Itulah tajuk terjemahan dari Bahasa Thainya, Chan Rak Ter. Itu novel yg aku sedang mentelaah. Awalnya terasa 'berat' dgn cerita tembak menembak, penculikan & bekasahan. Tp, selepas bab ke 20 (berjaya gak aku paksa diri utk baca), sedikit demi sedikit baru timbul rasa seronok.

Novel ni aku pinjam dari kawan aku. Kami selalu bertukar-tukar novel. Cuma, beberapa minggu ni je aku dah tak beli novel baru. Novel terakhir yg aku beli ialah Bidadari Salju. Ada 2 biji lagi novel yg menanti utk dibaca. Tp, kuliah dah nak start. Kembali sibuk le aku. Daaahhh.

Sabtu, 16 November 2013

Upah Kena Tinggal

Assalam...

Ni pun citer lama tapi baru nak citer. Seminggu selepas sambutan Hati Raya AidilAdha, suami berlepas ke Sarawak untuk melawat pelajar yg menjalani latihan praktikal di beberapa daerah di Sarawak selama seminggu.

Makanya, selama seminggu le aku jadi iron mama (mama kental). Kental le sangat. Bab hantar & ambik Adam dari sekolah & tempat mengaji Quran, mungkin tiada masalah, tapi bab nak beli makanan utk dinner itu yg jadi masalah. Sebabnya, aku tak suka menyinggah bila ada Adam & Ahda. Entahlah.

Selepas seminggu, suami balik dan belikan ole-ole utk kami yg ditinggalkan. Kat bawah ni ole-ole utk mama merangkap hadiah birthday in advance.


Yg kat bawah ni pulak ole-ole untuk Adam.


Yg kat bawah sekali ni ole-ole untuk Ahda.


Jumaat, 15 November 2013

Ulat Bulu daaaa....

Assalam.

Pernah diserang ulat bulu? Ke ko sendiri pernah jadi ulat bulu. Hu, hu...

Aish...merepek je aku ni. Ni kisah benar le. Runah aku diserang ukat bulu, sampsi ada yg dah masuk sampai dlm rumah. Besar pulak tu, siap ada belalai atas kepala dia. Goli den.

Jiran-jiran aku tak de le pulak merungut pasal ulat bulu tu. Agaknya, dia hanya serang rumah aku je. Pokok mempelam kat belakang runah aku tu pun habis mati pucuknya. Kat situ kot puncanya.

Kalau benar, maka terpaksalah ditebang pokok yg dah berumur 8 tahun tu (sebaya dgn anak sulongku, Adam). Tak sedihpun, sebab buahnya teramatlah masam & cepat merekah. Tapi, saiznya besar & ada rasa seperti kuinin.

Apa-apapun, kita tengoklah kesudahannya nanti. Daaahhh. 

Pertama Kali Masuk Wad

Assalam...

Ni citer lama, tapi baru nak tulis. Hu, hu. Ni kisah suamiku warded di Kedah Medical Centre (KMC/KPJ) pada 6 November 2013 (Rabu) sebab sakit belakang & kencing keruh. Dikhuatiri sakit buah pinggang.

Aku cemas le jugak sebab suamiku sebelum ni tak pernah ada sakit teruk dan tak pernah warded. Selepas ambik Adam dari sekolah pukul 1.45 pm, aku terus balik rumah utk packing baju & keperluan asas.

Tiba di wad 706, aku pun buka le polisterin makanan tengah hariku. Belum sempat melantak, nurse datang utk bawa suami buat MRI. Walaupun aku lapar sebab dah hampir pukul 3.00 pm tapi aku lum lunch, tapi mengenangkan suamiku tak sihat, aku ikut temani dia ke bilik MRI tu.

Setelah 1 jam di sana, suamiku ditolak keluar dgn kerusi roda dgn wajah ceria. Kembali semula ke bilik 706 & dapatkah aku makan bekal yg kubawa. Memandangkan result MRI tak tau bila nak keluar, aku minta diri balik dulu.

Suami tak benarkan aku & anak-anak temankan dia di wad sebab katanya banyak kuman.

Selapas pukul 5.00 pm, suami tepon bagitau result MRI tu tiada menunjukkan apa-apa penyakit serius. Alhamdulillah. Maknanya, esok dah boleh discharge.

Disebabkan kunci kereta suami, aku terbawa balik rumah, kenalah aku ke KMC esoknya utk hantar kunci semula. Padan muka. Tapi, sekurang-kurangnya, segalanya berakhir dgn baik-baik saja. Alhamdulillah. Daaahhh.


Kat bawah ni gambar hiasan di depan wad dan dinding & lelangit berhadapan lif. Cantik kalau buat kat rumah aku. Hu, hu...



Selasa, 5 November 2013

OurTouch Charity Project

Assalam...

Anda di luar sana berminat tak dgn projek amal. kalau berminat, boleh le sertai sebagai sukarelawan dgn mendaftar di website www.OurTouch.org & isi borang yg disediakan secara online. Yuran pendaftaran RM30 + t-shirt RM10. Ingat, tiada apa yg percuma sekarang ni.

Projek terdekat (November) ni ialah Broga Charity. Tapi aku tak join sebab akan join projek pd Disember nanti di Kemboja. InsyaAllah.

Jangan lupa, ye! Sertai Our Touch sebagai sukarelawan, ye ! Daaahhh....

Sabtu, 2 November 2013

Saya Sayangkan Mamee

Assalam...

Sayang le sangat. Tak sayang manapun, he,he...

Lama dah cari mee segera yg diilhamkan oleh Chef Ismail ni. Bila dah jumpa, aku terus beli dua jenis, perasa Kari Lemak & ayam Shitake Pedas. Yg kari tu rasa ala-ala kuah Laksa Sarawak le pulak. Rasa asam tumis (asam pedas) pun ada sebab cam ada rasa daun kesum.

Yg ayam shitake tu tak cuba lagi. Takkan le aku nak melantak mee segera hari-hari pulak. Tak baik utk kesihatan. Daaahhh.