Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 26 Jun 2013

Keranamu Si Anai-Anai

Rumah diserang anai-anai. Terpaksa panggil Pest Killer. Lantai rumah ditebuk utk masukkan racun & bumbung juga disembur racun. Berhabuk & berbau racun satu rumah. Makanya, malam tadi aku terpaksa bermalam di hotel berhampiran rumah.

Tiba di bilik hotel.......ya Allah, sempitnya bilik. Langkah setapak dah meja solek, 3 tapak dah jumpa bilik air. Ahda sampai boleh loncat dari katil ke katil (ada 2 katil bujang). Pendingin hawa lak tak berapa sejuk. Kalau belah petang, 'hangin' gak aku...panas, weeeiiii!!! Belah malam, ia jadi just nice.

Hari ni, masihkah di hotel? Kalau terpaksa di hotel lg, yg pastinya bukan di hotel yg sama. Disebabkan bilik yg kecil, almari baju pun tak ada. Tiada tub mandi & water heater pun tak berfungsi. Nasib baik ada Wifi, kalau idok, boring keras aku dlm bilik ni. Terkilan tak leh tgk final Master Chef. No Astro, maaaaa!!! Malas nak ambik gambar bilik hotel tu.

Kembara ni teruskan lagi. Berpindah ke Homestay Amirina milik kawan ofis. Baru le puas hati. TQ, Izah. Tp, malas gak nak ambil gambar.

Aku selalu update guna tepon je. Bils nak boh gambar asyik leh boh tang bawah je. Tu le pasal....dah malas nak buka notebook, terima je le teknologi android ni.

Isnin, 24 Jun 2013

Mengapa????

Assalam... 

Bangun pagi ni aku rasa sakit @ senak di ari-ari. Pinggang dan peha aku juga senggal sgt. Aku mula cuak sebab pagi kelmarin aku dah rasa ketat di bahagian tengah dada. Malam tadi aku lengguh di kaki, hilang kejap, lenguh pulak di tangan, paha. Kawasan tengah tapak kaki ku juga dah seminggu sakit bila berjalan. Pagi ni pulak sakit di ari-ari. Angin ke? Sakit jantung ke?


Aku buat keputusan untuk ke klinik & ambik MC sebab aku rasa letih sangat. Masa di klinik, perasaan aku lain macam...rasa nak nangis. Aku pun tak tau nape berperasaan begitu. Doktor scan perut aku. Rahim aku ok & kosong & tiada benda pelik. Alhamdulillah.

Keluar je dari klinik aku tak leh control lagi perasaan aku. Terus je air mata keluar....lebat sekali. Nape aku nangis? Tah le, aku pun konfius.
Doktor bagi aku ubat angin, ubat gastrik & ubat tahan sakit. Yg paling penting Surat Cuti Sakit. Hari ni je. Esok aku kena kerja. Jenuh nak ganti kelas. 

Lagi satu, batu di hempedu juga makin besar. Doktor kata biar je. Nanti sakit pergi buang....operation, you! Senang citernya, kan! Doktor pakar di KMC suruh aku buang sebelum sakit supaya kadar penyembuhan selepas operation lebih cepat. Dan juga utk elak hempedu tu terlepas ke tempat lain & alami jangkitan. Tapi, aku ni tak mau le 'serah diri' dalam keadaan masih sihat gini. Degil betul budak ini.


Ahad, 23 Jun 2013

Kuliah Pertama, Hari Pertama Sesi Jun 2013

Tamat le sudah zaman 'bulan maduku'. Kini tiba le masa untuk bersedia dengan nota kuliah (bukan aku pun yg ngajar, aku cuma jadi fasilitator je sebab aku dah bagi tajuk ikut silibus & pelajar yang bentangkan). Bukan kerja senang tau, sebab pensyarah kena dengar dengan teliti apa yang dibentangkan oleh pelajar. Kalau ada salah, pensyarah kena betulkan. Masalah kedua ialah pengurusan waktu. Bila pelajar yang bentang, topik yang boleh habis dalam 1 jam pun boleh jadi 2 jam. He, he, he...bukan pasal terror berhujah, tapi pasal salah di sana sini & gagal menjawab soalan dari pensyarah.



Semester ni, aku nak kurangkan bagi tekanan pada pelajar. Tak mau garang-garang dah. Tapi, biasanya harapan tinggal harapan je le. Sukar nak kawal baran aku ni. Nak naik angin je. Tapi, tak de le apa yang melayang & pelajar pun tak pernah le kena penampor aku. Aku garang di mulut je, hati aku baik, pe!!!

Hari ni aku ada kelas kul 11.15 - 1.15 pm tapi kul 12. 15 pm dah tamat. Sebab pe? Biasa le, hari pertama, kita bagi intro dulu, gear 1. Kalau terus masuk gear 5, mau terjun bagunan bebudak tu. Hu, hu!!! Kan aku dah berazam tak mau bagi tekanan kat pelajar-pelajar aku. Harap semester ni aku boleh jadi pensyarah yang baik-baik saja. Garang-garang sangat, nanti pelajar benci. Nanti pelajar bagi markah teruk untuk Penilaian  Pensyarah Oleh Pelajar. Tak mau, tak mau!!!

Kelas kedua aku bermula kul 3.15 - 5.15 pm. Tapi, cam tadi gak, habis awal. Apa-apapun aku tetap balik lewat iaitu 5.30 pm dari ofis untuk siapkan kehadiran pelajar & solat Asar dulu. Esok kelas aku bermula kul 10.15 - 12.15 pm. Kul 12.40 pm bergegas untuk ambil Adam dari sekolah. Kelas kedua aku bermula pukul 3.15 - 5.15 pm. Balik lewat lagi aku petang esok. 


Cam gini ke pelajar aku?......


Sabtu, 22 Jun 2013

Emas 916 Dengan Diskaun RM24

Selama ni aku tak kisah pun emas naik harga @ turun harga. Aku tak berminat nak melabur ke situ. Sudahnya, 'lebur' kat benda lain. Tp, Khamis baru-baru ni, kawan ofis ni ada syorkan aku pergi beli sebab minggu lepas harga emas 916 ialah RM136. Aku dgn nada bersahaja cakap yg aku akan pergi beli pd Jumaat @ Sabtu ni.
Jumaat tak pergi mana-mana sebab suami ada kelas dgn student  PJJ pukul 8 pm. Kul 5 pm dia dah keluar rumah. Sabtu, kami pergi beli baju raya untuk anak-anak. Senang beli awal sebelum puasa. Org tak ramai & tak letih. Tapi, aku letih le sebab aku puasa ganti.
Kat Kedai Emas Poh Kong, tertera atas mejanya harga emas 916 ialah RM155. Aku mula cuak, sebab harga dah naik. Balik rumah, tergerak hati minta suami pergi tengok kedai emas di Jitra. Aku kata aku nak yg dlm harga RM5,000. Minta suami pergi sensorang & pilih le yg berkenan di hati (ni beli guna duit aku, tau! Aku tak habiskan rete suami. He, he...).
Lebih setengah jam, suami tepon minta aku bersiap-siap utk kuar. 'Suspek' ditemui & dah bayar down payment. Nak ambik aku utk pergi 'fitting'. Rupanya kat kedai tu ada diskaun RM24, makanya harga satu gram ialah RM131. Oleh kerana tangan aku kecil macam saiz kanak- kanak, dapat le aku beli seperti harga yg dikehendaki (sebab emas tu kena potong banyak inci).
Makanya, dapat le aku gelang baru. Kira untuk raya le ni. Tapi, ada aku kesah semua tu. Tak de nya nak simpan-simpan, dari kedai lagi aku dah terus pakai. Dah dapat gelang baru, tapi masih tak de mood utk kerja esok. Kuliah dah bermula. Aku tak prepare apapun utk mengajar. Huwaaaaaaaa....!!!!

Emas 916, berat 35.7 g.

Jumaat, 21 Jun 2013

Puding Mangga

Assalam...

Dah lama buat. Dah habis makan pun. Saja nak tunjuk kejadiannya.

Puri mangga...mangga yang dikisar
Ni kejadian setelah diproses.

Taraaaa....Puding Mangga!
Tak yah le aku citer cara pembuatannya . Aku ambik resepinya kat blog K Nor Pergi le melawat, ye! Bye, nak pi angau ngn drama sat.

Berbuka puasa sensorang

Alhamdulillah, ada satu hari lagi untuk ganti puasa. InsyaAllah, esok habis le. Berblog sebentar sementara tunggu drama "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Sweeeeeetkan, hero heroinnya.  Indahnya saat bercinta. Dah kahwin ni, dah tak sama dah masa bercinta sebelum kahwin. Kenapa? Sebab dah kurang setan tolong 'hangat'kan perasaan tu. Ha, ha, ha....betul apa yang aku cakap ni.

Ni menu berbuka puasa aku tadi. Cam sarapan pagi lak. Eeeehhh....betul le tu, menu berbuka tadi!. Aku tak saraopan & tak sediakan sarapan kat suami aku pagi tadi sebab aku berpuasa & sebab suami serta anak-anak pergi berenang le.

Ayam goreng, roti bakar, telur 3 suku & milo ais.

Waweeiiiii.....!!!
Kenyang ke makan cam gitu? Alhamdulillah, kenyang sesangat dengan hanya seketul ayam, 2 keping roti bakar, 2 biji telur tiga suku & sejag milo ais. Muahahaha....itu yang mengenyangkan tu. Untuk menambahkan tenaga & kesihatan, aku makan segala mak nenek macam dalam gambar kat bawah ni. Kamu ada?

Habbatus Sauda', Fish Oil, EPO & Folic Acid.

"Kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit, kecuali mati"
                                                                                                                               Riwayat Al-Bukhari.


Khamis, 20 Jun 2013

Air Hujan Untuk Masak

Assalam...

Harian Metro, 15/06/2013
Mungkin ia bukan sesuatu yang menghairankan atau menyedihkan untuk mereka yang tinggal di beberapa tempat di Sarawak khususnya buat keluarga suami aku di Kampung Debak, Sri Aman, Sarawak. Kalau keluarga dalam berita disiarkan oleh Harian Metro tu derita terpaksa guna air hujan untuk memasak dan urusan harian lain kerana bekalan air paip dipotong sebab tak mampu bayar bil, tapi di kampung suami aku memang dari mula suami dilahirkan sampai sekarang pun guna air hujan sebagai sumber air bersih utama kerana tiada bekalan air paip. Kenapa? Dulu masalah jalan raya, so kerajaan tak boleh buat saluran paip besar, sekarang dah ada jalan dah.Mungkin tak lama lagi le tu. Bekalan elektrik ada, alhamdulillah.

Masa memula ke kampung suami, seksa gak aku rasa, lebih-lebih lagi waktu musim kemarau. Tiada hujan, maka kurang le bekalan air bersih. Air telaga hanya boleh guna untuk buat basuhan sahaja kerana airnya masin. Napa lak masin? Dekat pantai ke? Idok le kampung tu dekat pantai tapi khabarnya sungai kat kampung tu bertembung dengan air laut so, bila air pasang, banjir le kampung tu dan masuk dalam telaga. Masin le. Telaga kat kampung suami ni tak macam kat Semenanjung. Telaga kat sana macam lubang je. Tak de lak gambar nak tunjuk.

Kalau hujan kat kampung, itu satu rahmat. Masing-masing sibuk le buka tong simpanan masing-masing untuk tadah hujan. Ko bayangkan le, hujan atas atap rumah dibiarkan turun lama sikit, untuk cuci atap (praktisnya gitu), kemudian baru ditadah. Kalau bayangkan yang macam-macam, mesti ko tak 'lalu' nak guna air tu. Tapi, aku relaks je. Redha. Kat bawah ni aku tunjukkan bekas yang digunakan untuk tadah hujan. Bukan calang-calang bekas, tau!

Bekas menyimpan air hujan...besar tak? Ko ada?
Pandangan dari bawah. Tinggi tak?
    Ini bekas biru di rumah jiran. Tiada perparitan yang teratur.

 
Pemandangan depan rumah...waweeee!!!

Anakku Ahda main tadahan hujan depan rumah.

Dah le tu. Hingga jumpa lagi. Kalau aku ke Sarawak untuk sambut Raya Aidiladha, akan ku citer lagi. Ada orang baca ke ni. Tak pe,  nama pun diari aku. Hu, hu !!!

Jumaat, 14 Jun 2013

Sendiri

Selamat pagi. Pagi yang sejuk sebab hujan semalaman. Tah muncul ke idok matahari nanti. Nak jemur baju. Kalau idok, kena le guna dryer. Tak suka, tak suka....melambung bil letrik den (walaupun bukan aku yang bayar..he, he!).

Aku sengsorang kat rumah. Yang lain dah blah pi berenang. Apake he' nya pi berenang dalam keadaan cuaca yang sejuk muram ni!!!! Tak paham, tak paham...Kalau bawa aku pi shopping kan syok.Shopping raya? Hoooiiii, ganti posa pun lum habis, lagi  mau shopping raya. Sebonar eh, aku dah salah kira date period, aku ingat istihadah, aku pulun gak posa & solat, bila dah habis ganti posa, tergerak hati nak kira balik bila sebenarnya tarikh period, huuwaaaaaaaaaaaaaa....period le tu!!! Aku dah posa 2 hari dengan sia-sia. Ganti, jangan tak ganti.
Huwaaaaa....!!!



Khamis, 13 Jun 2013

Sesekali Kurasa Teringin


Gambar ehsan Google
Masih ingat kali pertama anda guna alat ni (Urine Pregnancy Test - UPT) & dapat result 2 garisan? Seronok, kan saat itu. Untuk yang tidak pernah hamil, InsyaAllah, kelak giliran anda akan menyusul. Tapi, pastikan anda sudah berkahwin, jangan sesekali mencuba sebelum kahwin. Nahas!

Kat ofis silih berganti kengkawan yang bersalin dan mengandung. Pas sorang, sorang tapi bukan aku. Bila le pulak giliran aku ni. Sekarang ni ada 6 orang yang sedang mengandung di jabatan aku. 3 sedang cuti bersalin. Seronok pulak bila diorang bersembang tentang hal kehamilan masing-masing.

Bulan ni aku dah 'keguguran', kena cuba lagi untuk bulan depan. Mencuba ke aku ni? Sebenarnya lum buat persediaan apa pun. Cuba main-main je. Cam orang kata, nak tapi tak nak. Gitu le. Dalam minggu ni aku nak cuba serius sikit pasal ni. Nak kena beli Folic Asid, nak start makan buah-buahan, minum susu & hentikan makan makanan yang tajam seperti nenas, asam, jeruk dll.

Walaupun aku pernah mengandung dua kali, tapi aku tak pernah ada baju mengandung. Pasal pe? Pasal aku tak mahu terlalu berharap dengan kandungan yang berisiko tinggi ni. Masa mengandung yang anak pertama (acctually yang kedua, sebab masa mengandung yang pertama, rahimku pecah & baby meninggal dalam perut waktu kandungan 5 bulan), waktu kandungan 20 minggu, aku dah direhatkan di wad sehingga bersalin pada usia kandungan 28 minggu. Masa tu, usahkan baju mengandung aku, baju baby sehelaipun aku tak beli sehinggalah baby balik ke rumah setelah sebulan dilahirkan. 

Waktu mengandung anak kedua lak, aku masih tak de baju mengandung walaupun aku tak dok di wad. Sepanjang mengandung, aku diselubungi oleh perasaan takut, takut jika rahimku pecah lagi. Takut setiap kali baby menendang & berpusing, khuatir akan mengoyakkan parut pada koyakan terdahulu. MasyaAllah. Tapi, kini aku teringin lagi......walau menggadai nyawa kerana anak adalah suatu kurniaan terindah dari Ilahi. Moga Kau selalu lindungi aku, ya Allah!

Comel tak Kak Ton...!!!







Rabu, 12 Jun 2013

Abakus

Tau apa tu abakus aka sampoa? 


Abakus ialah suatu alat komunikasi bermanik yang digunakan untuk mengira. Abakus juga 
merupakan suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik. Abakus juga boleh digunakan 
untuk membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan.

Ni le rupanya. Dah biasa tengok, kan!
 
Walaupun dah biasa aku nengok, tapi tak pernah le aku ambik tau cam ne nak guna, sehingga le malam tadi bila  Adam minta tolong tengokkan kerja sekolahnya. Alamak, satu haram pun aku tak tau. Nak buka internet, KO le pulak malam tu. Pergi tanya anak jiran sebelah pun tak dapat nak menolong. Akhirnya, Adam 'main belasah' aja le. Petang tadi, balik dari ofis, aku usaha le google pasal abakus ni. Hok alooooh....mudoh jah (sleng Kelantan).




Gini caranya:


Cara mengira....ada paham tak?



















Aku dah paham cam ne nak kira guna abakus ni tapi tak de le terror bebenor. Masih terkial-kial gak. Yang pentingnya aku dah berhijrah dari tak tau langsung kepada tau le sikit. Untuk anda yang dah lammmmaaaaaa dah tau, tok sah le gelakkan aku. Aku tau le, aku yang tertinggal. Huwaaaaaa...!!!

Isnin, 10 Jun 2013

Dan Akhirnya....

Taraaaaaa.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Gambar ehsan Google

Nasi Goreng Ikan Masin, masih yang segar dari dapur.....dapur Restoren Family berhampiran tempat mengaji anak aku. Huwaaaaaa....gagal lagi. Aku dah rendam ayam itik & daging, tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Aku kena ikut hubby hantar Adam mengaji sebab hubby nak ambik kereta dia kat workshop...tukar cermin kereta yang pecah. Balik rumah dah kul 6.30 pm, sebab itu aku order je dari restoren. Sekurang-kurangnya aku dah usaha & dah pasang niat pun nak masak, kan, kan, kan!!!!

Ok, itu je. Ini entry terakhir untuk malam ini. Esok, InsyaAllah, aku merapu lagi. Good night. Jgn lupa tonton rancangan Master Chef Selebriti, tau!


Nak Masak Apa..?????

Gini le gamoknya perasaanku kala berposa ganti ni...

Masih ada 2 hari lagi untukku habiskan ganti puasa. Ramadhan dah tak lama dah. Kelmarin berbuka dengan Nasi Goreng Paprik, dibungkus segar dari kedai depan rumah. Tak larat nak masak, sakit kepala berdenyut-denyut. Gitu le aku pada hari pertama berpuasa, mesti nak sakit kepala. Hari ni, alhamdulillah, rasa ok kot. Dah kuarkan ayam & daging dari peti es. Tapi, nak ku apakan dengan ayam & daging tu? Baratkan dia atau timurkan dia atau fusionkan dia?

Untuk memasak, perlukan idea. Untuk dapatkan idea, perlu jalan-jalan ke dapur kengkawan. Blog walking je, ko! Aku suka ke dapur Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan) & Kak Jee (FauziahSamad.com) untuk geledah resepi masakan Melayu. Untuk buat kek atau puding, aku suka ke dapur Kak Azlita (Masam Manis), Kak Nor (Secubit Garam), dan banyak lagi le. Ni bukan nak promo, tak yah promo bagai sebab diorang ni blogger otai, memang dah terkenal seantaro alam maya.

Aishhhh...kemana dah aku?? Soalan aku sendiri belum terjawab. Aku nak masak apa??? Tunggu sat lagi noooooo...selepas aku balik dari jalan-jalan.

Tunggu sat noooo...aku dok tengah perah otak ni..he,he..!!!

Ahad, 9 Jun 2013

Cahaya Mata Mama

 Gambar waktu baru dilahirkan 3/11/2010

Alhamdulillah, genap 3 tahun usia baby Muhammad Ahda Rusyaidi pada 3 November 2013 nanti. Sekejap je masa berlalu. Pada awalnya nak letak nama Addar Quthni, tapi tukar di saat akhir.

Masih segar diingatanku, saat kelahiran baby Ahda di waktu banjir besar melanda Kedah. Terpaksa tumpang kereta Hilux jiran untuk meredah banjir. Tapi, aku relaks je sebab baby Ahda akan keluar melalui pembedahan, so pada masa tu tak de rasa sakit apapun.

Baby Ahda ni dilahirkan dengan berat 2.2 kg pada usia kandungan 32 minggu....bayi pramatang. 2 minggu baby di wad, baru le boleh balik rumah denganku (syoknya aku leh rehat dengan aman di rumah).

Apakan daya, baby terpaksa dikeluarkan awal kerana rahimku pernah pecah sebelum ni waktu mengandungkan arwah kakak sulungnya. Waktu mengandungkan abang Adam, aku terpaksa bermukim di hospital seawal usia kandungan 5 bulan.

Abg Adam dilahirkan dengan berat hanya 1.45 kg pada usia kandungan 28 minggu. Serik? Kalau serik, tak de le dapat baby Ahda. Lepas bersalinkan Ahda, doktor kata masih boleh beranak sorang lagi...he,he...ada berani?

Takut le ko, mana lak tak takutnya. Rahim aku bukan sihat sangat macam orang lain. Masa tengah operation baby kedua, berlaku pendarahan & hilang darah lebih 2 liter.

Tapi, semua ni kuasa Allah. Tiada yang mustahil dengan kekuasaannya. Saat rahimku pecah (tanpa sebab), aku mengandungkan baby sulung dgn usia kandungan 5 bulan.

Waktu tu, aku bagai putus asa....seperti tiada peluang untukku punya anak sendiri. Tapi, siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah. Satu demi satu & pelbagai pahit maung kulalui saat mengandung & melahirkan. Kini aku punya 2 cahaya mata lelaki berumur 8 tahun & 3 tahun. Alhamdulillah.

Bila tengok kawan-kawan ada baby baru, teringin jugak aku nak punya baby. Perempuan @ lelaki tak kisah.

Walaupun aku tak punya baby perempuan, tapi keinginan untuk dapat baby perempuan tak de le membuak-buak. Aku percaya pada kuasa Allah. Aku cuma berdoa, kalau baby perempuan itu terbaik untuk aku, kurniakanlah dia kepadaku.

 Ahda ketika berusia kurang dari setahun. Berapa bulan, ntah!

Seronok bila punya baby. Tapi tang berjaga malam tu yang makcik tak gemor tu. He, he, he...!!! Sekarang semua anak-anak dah besar. Penat lak memekak larang itu ini. Nakal sangat.

Baru setahun jagung dah ada hati buat aksi willy, koooo!!


Mama, Adam & Ahda

Moga kalian jadi anak-anak yang soleh, berbakti pada agama, bangsa dan negara.


Sabtu, 8 Jun 2013

My New Collection...Almera

Harta pertama ku. Yang lain-lain adalah harta laki aku. Ni je yang mampu.Sebenarnya dah beli lama dah...28 November 2012, tp baru publish kat sini. He, he, he...(gara-gara malas nak buka laptop).

Kumenantimu...Mr Es


                                                       Gambar ehsan Google.

Sedang dalam proses order dari Jepun. Diuruskan oleh Syarikat Iktikad Raya Sdn Bhd di AutoCity, Pulau Pinang.

Spec 2008, 8 seater, high spec.Harap En. Ruslan tiada masalah untuk dapatkannya di Jepun, ye!
Kena beli yang besar & luas untuk kemudahan bawa keluarga yang ramai (maksud aku sekali dengan ibu bapa, adik beradik & sedara mara yang lain. Jiran-jiran kalau nak tumpang, apa salahnya).
Sekarang ni kena guna kereta kecik le dulu. Cuti sekolah baru-baru ni, balik ke Terengganu dengan Almera je. Cian mak bapak aku berhimpit dalam kereta. Nasib adik aku balik gak. Leh le abang aku tumpang Grand Lavina.
Raya nanti tah le kami beraya di mana. Hubby ada sebut nak beraya di Terengganu, tapi anak sulung aku, Adam gatal lak nak beraya di kampung bapak dia di Sarawak, sebab dia kata asyik-asyik Terengganu je. Rasa nak aku silambam je budak ni. Tapi, aku redha je kalau hubby aku nak raya ke Sarawak sebab memang dah lama saaaaannnngat pun tak balik raya di Sarawak. Tunggu je le keputusan muktamad dari my hubby.