Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Manfaat Lecithin E

Lecithin E, tablet wajib untuk kesejahteraan.

Satu tablet yang boleh dikunyah mengandungi 25 IU Vitamin E dan 50 mg Lesitin.
Kombinasi cemerlang vitamin E (d-alpha tocopheryl succinate) yang diambil secara semula jadi daripada minyak sayuran dan lecithin daripada minyak kacang soya.
Diperasakan dengan madu, karob, dan mapel-walnat.

Vitamin E adalah antioksidan dan larut lemak yang diperlukan untuk menentang radikal bebas dan melindungi vitamin A daripada pengoksidaan.
Lecithin adalah bahan-bahan pembaur lemak dalam tubuh dan membantu dalam penyerapan vitamin E.

Supplemen ini dapat membantu mendapatkan berat yg ideal kerana fungsi Lecithin ialah memecahkan lemak-lemak dalam salur darah dan vitamin E membantu proses penyerapan lecithin ke dalam salur darah serta membawa keluar lemak-lemak yang dipecahkan tadi. Selain dari itu kandungan vitamin  E nya turut menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat. Ia juga berupaya membantu memudarkan kesan parut di kulit/badan kita.

Apa manfaat Lecithin pada diri saya?

1. Ia membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Ia mengawal pengumpalan platlet darah/thrombosis.
3. Mencergaskan otak.
4. Mengurangkan nyanyuk pada org-org tua.
5. Ia mengekalkan kandungan air dalam kulit.
6. Mengalakkan penyerapan vitamin yang larut lemak.
7. Merupakan emulsifier yg kuat. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Membantu pengaliran lemak.
9. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan.
10. Menggalakkan metabolisme lemak dan mencegah hati berlemak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.