Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 9 Julai 2015

2 Kali Malang

Assalam...

Belum sempat cerita pasal malang pertama, dah dapat malang ke dua. Malang pertama berlaku pada 17/6/2015 (Rabu) iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut 1 Ramadhan.

Keretaku kemalangan dengan motor Honda Wave dipandu oleh pelajar Giat Mara tanpa ada lesen motor. Alhamdulillah, tiada siapa yang cedera tapi keretaku rosak teruk.

Bapa dan datuk pelajar tersebut datang ke tempat kejadian dengan muka sedih dan minta belas kesian. Aku tahu mereka susah dan tak mampu bayar apa-apa atas kerosakan itu. Mereka juga tak mau buat laporan polis. Aku redha. Segalanya akan diuruskan oleh pihak insuransku, Takaful Malaysia.

Aku terpaksa buat laporan polis untuk membolehkan tuntutan insurans dibuat. Satu pengetahuan baru, kalau tak mau libatkan pihak satu lagi, jangan lapor nombor kenderaan mereka. Kalau tidak, mereka yang terlibat akan dipanggil oleh pihak polis untuk melengkapkan kertas siasatan.

Kereta Almeraku hingga ke hari ini masih berada di bengkel Tan Chong Motor, Alor Star menunggu giliran untuk dibaiki setelah dapat kelulusan pihak insurans.

Hari ini, 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan, kereta Estima suamiku pulak kemalangan, dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu oleh budak sekolah Tingkatan 5 yang juga tiada lesen memandu. MasyaAllah.

Maknya ada bersama dalam kereta, seorang guru. Terpaksa minta anak tak ada lesen bawa kereta sebab nak ambil abang di Hospital Jitra, suami dah meninggal. Dia kata anak dia mengantuk, baru balik sekolah. Dia minta maaf dan janji mau tanggung kerosakan kereta tu. 

Dalam kekalutan kerana berada di tengah jalan raya, lorong kanan, gambar kereta yang melanggar tu tak 'lekat' dalam tepon aku. 

Gggggrrrr.....malang lagi. Nasib aku ada ambik nombor tepon kakak tu dan dia buat missed call untuk bukti yang nombor dia bagi tu betul.

Suami hantar kami balik rumah dan keluar semula untuk uruskan kereta tu, laporan polis dan menjejaki kereta yang melanggar kereta suami tadi. 

Persoalannya sekarang, kalau Estima masuk bengkel, macam mana kami nak ke sana-sini, nak pergi kerja? Tiada lagi kenderaan. Yang paling penting, macam mana nak balik beraya ke Terengganu. Hhhuuuaaaa...!!!

Alhamdulillah, kereta suami boleh siap dalam tempoh seminggu. Dalam tempoh menunggu tu kami terpaksa menyewa kereta....kereta Perodua Axia, RM70 seminggu. Tak apalah, pihak insurans tanggung kos tu dengan bayaran RM30 sehari. 


Estima yang kemek di bumper dan body.

Almera yang tercabut bumper depan

Terima sms ni pada 7/7/2015. Lega. Dah boleh dibaiki.

"RM0.00 Your claim on vehicle no KDJ5068 has been approved. Log on to our customer portal at www.takaful-malaysia.com.my or contact the workshop for details".

Jumaat, 26 Jun 2015

Masuk Wad Lagi

Assalam...

Hari tu kata nak sambung pasal pembedahan hernia Irsyad. Sampai ke sudah tak tulis. Malasnya. Tak sempat lagi cerita pasal tu, Irsyad dah masuk wad semula pasal penat pada Sabtu 13/6/15.

12/6/15, pukul 8 pagi pergi neb, lega sat. Malam, penat balik. Pukul 1.30 pagi (13/6/15) aku dan suami bawa Irsyad neb di Unit Kecemasan Hospital Jitra. Doktor maklumkan kalau ikut prosedur, bayi bawah 1 tahun yang datang ke Unit Kecemasan selepas pukul 12 am secara automatik akan ditahan di wad. Gulp!!!

Huuuaaaa....dah le esoknya aku ada kursus iSpring. Nak kata apa lagi. Memandangkan ini kali kedua dah neb, lebih baik le masuk wad je. Selamat. Suami kemaskan barang aku mengikut senarai yg aku bagi. Dok le aku dgn Irsyad di wad. Kul 4.30 am baru dia tidur. Sebelum tu, dok nangis je. Tensen, weehhh!!

Akhirnya, 14/6/15 Irsyad dibenarkan keluar wad. Agak mengejutkan kerana begitu cepat. Antibiotik pun baru 1 hari. Balikpun tak dibekalkan antibiotik. 

Apa-apa je lah. Harap Irsyad cepat sembuh. Esok mama boleh pi kursus iSpring. Daaahhh.

Irsyad, sayang mama sedang tidur. Letih.

Khamis, 7 Mei 2015

Episod Malang Baby Irsyad

Assalam...

Nak cerita pasal Irsyad lagi. Peristiwa tertumpah kuah tomyam tu bukan kejadian malang pertama utk Irsyad di tahun 2015 ni. Pada 22/3/2015, Irsyad dah dimasukkan ke wad Hospital Jitra kerana penat dan jangkitan pada paru-paru (bronchitis).

Seksa kurasa saat itu kerana keadaan wad yg panas berkuap dan Irsyad nangis berterusan. Malamnya, Irsyad diberi oksigen bersama-sama dengan gas nabulizer setiap 2 jam sekali. Antibiotik juga diberi. Siangnya, aku bergilir dengan suami jaga Irsyad. Setiap waktu melawat, suami datang jaga Irsyad dan aku balik rumah untuk mandi puas-puas, solat dan tukar baju.

Drip di kaki. Susah le nak basuh berak.
Tengah nab.

Lena sat je ni pun.

23/3/2015 (Isnin), dalam pukul 5.00 pm, Irsyad dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana doktor khuatir hernia dia tersepit (sebab dok nangis je kerjanya). Kami pun ke HSB naik ambulans. Itu kali kedua aku naik ambulans. Kali pertama naik sebagai pesakit. Kali ni sebagai peneman. Dalam ambulans ni....masyaAllah...aku hanya doa je supaya tak de sesiapa tercedera dengan peralatan, dinding & kerusi yg uzur dan bergegar-gegar. Pukul 6.00 pm, kami sampai dengan selamatnya di HSB dan dimasukkan ke wad Kenanga 5B (Tak ambik gambor le pulak sepanjang dok di wad HSB).

Di sana lebih selesa sebab serba baru dan berhawa dingin. Tak de le nak berpeluh melengaih sepanjang hari. Alhamdulillah. Malam pertama di wad, Irsyad nangis saja. Doktor pelbagai ranking datang silih berganti menyoal perkara yang sama hingga aku cemuih nak menjawab. Hampir pukul 2 pagi baru le aman dan Irsyad boleh lelap. Aku juga boleh dinner, nasi goreng kampung. Oleh kerana di dinding terpampang larangan tidak membenarkan ibu tidur di katil anak, makanya aku hanya berteleku dibirai katil sambil menahan sakit lutut berlaga dengan pagar katil bayi tu.

Esoknya, seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan mandi. Nasih Irsyad tak bangun awal, boleh le aku pi solat Suboh di bilik hujung yang memang dikhaskan untuk solat. Alhamdulillah. Rutin biasa bila di wad ialah didatangi para jururawat dan doktor yang pelatih (aku panggil doktor kecik), sampai le doktor pakar (haaa... yang ini doktor besar). Bila doktor besar datang, mak aiihhh, susah soklan nak kujawab sebab urusan bagi anak makan ubat selalu dibuat oleh suami. Aku rasa nak nyorok je waktu ni.

Di HSB, Irsyad dimasukkan drip di kaki kerana ikut kata jururawat bayi bambam susah nak cari urat di tangan. Banyak luka bekas cucuk tak menjadi di tangan. Kesan parut lama waktu di NICU pun masih jelas. Sayup dengar dia meraung dalam bilik rawatan waktu proses tu dibuat. Sekali lagi maraung bila operasi nak ambik sampel kahak. Bertabahlah Irsyad.

Irsyad masih pakai oksigen di hari kedua. Sukar terasa nak kawal wayar yang berselirat tu. Bila dia boring dan mula nangis, aku akan minta jururawat offkan drip dan oksigen sekejap dan pi bawa dia round wad. Terhibur le kejap hati Irsyad.

26/6/2015 (Khamis), Irsayd dah boleh discharge. Alhamdulillah, lega. Tangan mama dah sakit, pecah-pecah tak tahan dengan aircond 24 jam dan sabun basuh tangan tu. Dah le mama ada eczema. Husband siap cakap dekat makcik guard tu, tak mau mai dah. Adakah??? Sebab tak de gambor waktu di wad HSB, aku jamu gambor di wad Hospital Jitra pada 18/11/2014, ye. Ni masuk pasal bronkitis jugak ni. Masa ni Irsyad 5 bulan.

Warded...18/11/2014.
Caakkk...
Irsyad dan putingnya tak dapat dipisahkan.
Tidurlah, mama nak rehat sat.
Episod malang tak berhenti di situ. Yang terbaru, Irsyad warded untuk pembedahan hernia pada 4/4/2015 di HSB. Eh...yang ni aku citer lain kali le. Aku nak pi rehat sat. Daaahhh.

Isnin, 4 Mei 2015

Berakhirnya Sumpahan Itu

Assalam...

Lama tak tulis pasal kisah Ahda. Bulan lepas, aku ada tulis pasal anak keduaku, Ahda yg suka dok rumah pengasuh hingga dalam sebulan tu hanya 2, 3 kali je balik tidur di rumah sendiri. Tapi semua tu berakhir bila adiknya, Irsyad ditimpa kemalangan.

Segalanya bermula pada 9 April 2015 (Khamis). Ahda yang susah nak balik rumah dah sedia tunggu di depan pintu pagar rumah pengasuhnya setelah balik dari ofis lebih kurang pukul 4.00 pm. Gembiranya aku. Rupa-rupanya, dia ada agenda. Dia nak ajak pergi Tesco. Ok, no hal, asal ko nak balik rumah.

Dalam pukul 5.20 pm kami keluar ke Tesco. Aku ingat husband nak pergi Tesco Jitra sebab dah lewat petang, rupa-rupanya dia lajak ke Tesco Mergong, Alor Star. Aku dah mula rasa tak puas hati tapi sebab tak mau cari gaduh, aku diamkan.

Sampai di Tesco Mergong dah lebih pukul 6 pm. Kami terus pi food court. Husband orderkan aku Tomyam Claypot & Yee Mee Hotplate untuk Adam. Ahda & suami pergi order air pulak. Aku & Adam tunggu di meja sambil pangku Irsyad. Ralit pulak tengok gelagak dua org badut sedang main tembak-tembak dengan pistol yang mereka buat dari belon. Tiba-tiba.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Irsyad menangis dan kutoleh kuah tomyam dah membasahi aku dan dia. Aku terus bawa Irsyad ke singki dah basuh tangan serta seluruh badannya. Kulihat tangan kiri Irsyad dah mengelupas. Aku basuh lagi dan berlari ke arah suami yang sedang membayar minuman.

Semua tercengang dengan apa yang berlaku. Aku & suami masih terkawal & tak panik terus tinggalkan segala makanan (tak sempat makan & minum pun) dan bawa Irsyad ke Kedah Medical Centre (KMC), pusat perubatan terdekat. Kutanggalkan baju & seluar Irsyad yang kena kuah tomyam supaya tak pedih, tinggal diaper je. Irsyad menangis sepanjang perjalanan.

Di bahagian kecemasan, KMC dia diberi rawatan awal. Badannya merah. Ada sedikit merah di celah paha. Yang paling teruk ialah tangan kiri. Kat sana baru kusedar, pergelangan tangan kiri aku juga sedikit cedera. Pedih. Aku juga minta disapu krim. Aku nangis bersama Irsyad. Aku yang kena sikitpun dah rasa pedih, inikan pulak Irsyad. Kesian dia. Maafkan, mama.

Doktor panggil aku masuk di biliknya. Masa tu aku pasrah kalau aku nak didakwa atas sebab lalai. Rupa-rupanya dia nak habaq yang kat KMC tu tak de pakar kanak-kanak untuk kes melecur tu. Dia buat surat rujukan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Aku pun syukur sangat-sangat sebab duit aku selamat. Irsyad belum ada perlindungan insurans. Masih dlm proses.

Setelah settlekan pembayaran bil, kami bergegas pula ke HSB. Irsyad dirujuk di bahagian kecemasan, merah. Dia masih nangis. Di sana seperti biasa, kecemasan yang tiada cemas. Bagus juga tu. Tak le panik kita dibuatnya. Yang tak suka tu sebab kena berdiri lama menunggu tindakan.

Balutan tangan Irsyad dibuka semula dan kemudian setelah disapu ubat, dibalut kembali. Irsyad juga turut diberi ubat tahan sakit yang dimasukkan dalam dubur. Di KMC pun dah diberi tapi jenis yang berbeza. 

Irsyad dirujuk pula ke Unit Rawatan Kebakaran (Burns Unit). Episod menunggu bermula lagi untuk dapatkan surat rujukan dari doktor di Unit Kecemasan.

Setelah lama berdiri sambil dukung Irsyad (Irsyad dah diam dan dah mula mau bergurau), barulah aku dipelawa duduk oleh doktor @ jururawat lelaki di kaunter tu. Fffuuuuhhh....lega. Terima kasih le, dik oooiii. Nak patah dah rasanya tgn & kaki akak ni. Hampir sejam di Unit Kecemasan, barulah dapat surat rujukan ke Unit Rawatan Kebakaran tu.

Nota rujukan ke Unit Rawatan Kebakaran.

Di Unit Rawatan Kebakaran, balutan tangan Irsyad dibuka sekali lagi. Irsyad dah nangis awal2 lagi. Kulihat tangan dia dah mula timbul gelembung air. Kesian dia. Setelah selesai rawatan, tangan Irsyad dibalut sekali lagi, kali ini dgn lebih kemas. Lebih kurang pukul 9.00 pm, barulah selesai segala urusan. Lega.

Selfie sejurus selepas siap tangan dibalut di Burns Unit

Selesai di Burns Unit. Dah nak balik rumah.
Irsyad perlu pergi cuci luka di Hospital Jitra (aku yang minta yang dekat) pada 12/4 & 15/4, sementara 18/4 di HSB. 

Malangnya, esok petang, kami dah menapak semula ke Unit Rawatan Kebakaran, HSB sebab ada gelembung air di jari Irsyad yang tak berbalut tu. Sekali lagi, balutan dibuka dan gelembung dipecahkan. Doktor minta pecahkan sendiri gelembung tu jika ada lagi dan sapu ubat yang diberi (ubat yang dimaksudkan dah habis, kami kena pi beli sendiri).

Balutan tangan Irsyad dibuka sepenuhnya pada 15/4. Pada 18/4 (Sabtu), tangan Irsyad dah diisytiharkan sembuh oleh doktor di Unit Rawatan Kebakaran tapi perlu ke Jabatan Rehabilitasi esoknya untuk pemulihan cara kerja. Kih, kih, kih...macam teruk bebenor tangan anak aku ni. 

Keadaan tangan Irsyad pada 15/4/15.

Selfie sementara tunggu giliran di Burns Unit pada 18/4/15.

Adam & Ahda teman adik Irsyad di Burns Unit.

Bila doktor sana tengok, Irsyad boleh buka jari, boleh pegang dgn baik dan lukapun elok, temujanji hanya tamat di situ. Alhamdulillah. Irsyad sedang tunggu panggilan untuk temujanji dengan doktor pakar di Unit Rawatan Kebakaran tu tapi sehingga kisah ini ditulis, aku masih tidak dihubungi.

Lupa lak nak habaq, selepas kejadian di Tesco tu, sekali je Ahda tak balik rumah, hari-hari lain dia dah mau balik rumah. Alhamdulillah. Itulah hikmah disebalik kejadian di Tesco tu.

Tangan Irsyad terkini pada 4/5/15. Berparut sudah.

Sabtu, 2 Mei 2015

Sakitnya Tuh Di Sini....Kisah Si Penjual Tudung

Assalam...

Lama tak menulis. Banyak cerita tapi kemalasan atasi segala. Sekarang ada sedikit kekuatan utk menulis (menaip sebenornya). Sila baca, ye.

Dalam dua minggu lepas 18/4/2015, aku terjebak untuk membeli tudung secara atas talian (online). Ini bukan kali pertama aku beli barang secara online, tau.

Segalanya berjalan lancar, walaupun ada sikit masalah pengurusan stok sebelum tu. Mula kata warna yg aku order tu ada, dah aku minta kira total RM nak bayar, dah kata tinggal warna tertentu je pulak. Aku sabor lagi, hinggalah kuterima mesej melalui aplikasi WhatsApp (WA) pada 19/4/2015.
         


                

Tertusuk sembilu di hati. Dia tak faham atau aku yg tak mengerti? Aku bukan budak hingusan yg tak tau beza instant transfer dgn normal transfer. Yg aku persoalkan ialah kenapa tak bagitau awal-awal, kalau guna normal transfer, barang aku akan diproses setelah cash received.

Sepanjang aku berurusan beli barang online, tak pernah lagi aku guna instant transfer sebab penjual sediakan 2 jenis akaun sama ada CIMB dgn Maybank atau BIMB. Sebagai pembeli, aku pun nak jimat kos.

Penjual yg sorang ni hanya sediakan satu jenis akaun sahaja....Maybank. Bank aku pulak CIMB dan aku hanya guna normal transfer. Dia hanya fikir dia sorang yg takut kena tipu. Dia tak fikir ke, pengguna pun takut ditipu penjual tak bertanggungjawab. Itu le namanya risiko berniaga. Kalau takut, tok sah berniaga le.

Sebagai orang terpelajar (terpelajar le sangat...he, he...ia benar jika dibandingkan dgn budak tu), aku ambil pendekatan diamkan sahaja. Malas nak layan budak hingusan macam dia.

23/4/2015, baru dia tanya dah terima bungkusan ke tidak. Aku diamkan juga sebab dia pun tak hantar tracking number sebagai makluman dah pos barang. Lepas tu baru dia hantar tracking number dan minta maaf. Aku tetap diamkan sampai ke hari ini.
Bagi aku, enough is enough.


Aku dah nekad, walau apa bentuk tudung pun yg dia hantar, aku terima sahaja. Malas dah nak berurusan dengan orang 'tak sekolah' ni.

Kalau ikut profile pemilik kedai tudung online tu, dia bekas pelajar politeknik. Kalau benar yg menaip mesej tu tuan empunya, malang sekali politeknik punya pelajar seperti dia. Tak tahu menghormati org lain.


Apa-apapun, aku berharap si pemilik kedai online & yg membalas mesej itu adalah org yg berbeza (Aku cuba bersangka baik). Dan itulah jualbeli antara aku dgn dia yg pertama dan terakhir.

Wahai si penjual online, silalah rajin update stok anda. Jangan minta pelanggan pilih warna baru nak pergi semak stok ada ke tidak. Nampak sangat kamu tidak berminat & tidak bersedia untuk berniaga.

Lagi satu, tolong belajar sabar dgn pelanggan anda. Jaga bahasa kerana anda tak tahu anda berurusan dengan siapa. Mungkin mereka lebih berusia dan berkedudukan dari anda.
Baru meniaga dalam Malaysia pun kecoh, tok sah berangan nak luaskan empayar perniagaan ke luar negara le, dik oooiiii. Daaahhh.

Sabtu, 14 Mac 2015

Menagih Kasih Ahda

Assalam...

Lama tak menulis. Sibuk dgn kuliah dan kerja harian. Idea nak menulis tu banyak tapi masa tak mengizinkan. Sekarang pun aku sepatutnya 'study' utk 'modal' bekalan kuliah Business Mathemathics esok. Tapi, mood belum datang, jadi aku ambil kesempatan utk menulis sekejap.

Berbalik pada tajuk kat atas tu. Dah lama sebenarnya aku tagih kasih Ahda. Dah terbalik aku ni. Patutnya anak tagih kasih mak, la ni (bahasa Kedah), mak pulak tagih kasih anak.

Beberapa minggu ni, Ahda yg kupanggil Muhammad, tak mau balik rumah. Dia nak bermalam di rumah pengasuh je. Kekadang sampai seminggu di sana tak mau balik.

Minggu ni, aku berjaya bawa balik pada petang Jumaat. Itu pun dua tiga kali dia ubah fikiran sebelum setuju ikut kami jalan-jalan. Dan sebenarnya, dia pun ada agenda iaitu menge'pau' bapak dia minta beli mainan pistol (Ahda sebut spiton).

Ke Pasaraya Yawata, tak jumpa pulak pistol yg dimaksudkan. Akhirnya, dia berkenan mainan lain, sampai buat perangai. Bapak pun terpaksa belikan mainan alat pertukangan. Senyum le, puas hati. Sampai kat rumah, main sat je. Pas tu mintak belikan pistol pulak.

Gitu le si Ahda. Tak de, sunyi. Dah ada, byk kerenah pulak sampai kita pun hilang sabar. Pagi tadi kami ke Hypermarket Giant utk cari bidai dapur. Ahda pau mainan lagi. Pistol air besar. Tu pun bapak dia yg pujuk, kalau ikut dia, dia mau beli kereta kontrol yg dah berapa biji dah ada kat rumah ni (semua kereta yg ada tu dgn seribu satu 'kecacatan').

Kemudian ikut pulak bapak dia ke kedai hardware utk cari penyumbat lubang skru bidai. Dia ungkit lagi nak beli pistol idaman asalnya. Pujuk lagi dan setuju utk main pistol air yg dah dibeli tadi. Selesai utk hari ini.

Kucuba sedaya upaya utk 'jaga hati' Ahda. Aku tak mau dia rasa tersisih dan berkecil hati. Mungkin selepas hadir adiknya Irsyad (sekarang dah berusia 8 bln setengah), aku kurang bagi perhatian pada dia. Bila dia minta susu, aku suruh Adam buatkan sebab aku sedang bagi susu kat Irsyad. Mungkin di situlah timbul rasa cemburu dan kecil hati. Agak terlambat aku sedari.

Ahda....mama sayang kamu!!!!

Aku harap dia mengerti yg aku tak pernah sisihkan dia dan tetap sayang seperti dahulu. Aku juga anak kedua dan aku mengerti perasaan dia. Harap esok dia kotakan janjinya utk tidut kat rumah mama (aku le). Nanti aku update lagi, ye. Daaahhh.