Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Februari 2014

Nasi Lemak di Pagi Sabtu

Assalam....

Dah lama teringin nak makan nasi lemak waktu cuti tapi dari minggu lepas tak dapat-dapat lagi. Encik Bos lupa beli. Dia belikan roti canai. Makan je le. Minggu ni, Jumaat pula, kami sekeluarga bermalas-malasan di tempat tidur. Makanya, nasi lemak habis sudah. Sebagai edisi membalas dendam, aku buat nasi lemak sendiri.

Nasi lemak siap dgn pappadom lagi...

RESEPI NASI LEMAK

BAHAN-BAHANNYA
Utk nasi:
2 cawan beras
1 biji bawang merah
1 inci halia
1 helai daun pandan
1 gelas air
1 gelas santan
Garam
Gula perang
Serbuk perasa (aku guna Secukup Rasa Maggi)

Utk Sambal:
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang Holland
3 biji bawang merah
8 biji cili kering
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis goreng
Sedikit pes asam jawa (aku guna Adabi)
Gula, garam, serbuk perasa
Sedikit minyak utk menumis
Air utk ditambah jika kuah pekat

Pelakon tambahan:
Pappadom
Timun
Ayam goreng

CARA SEDIAKAN NASI:
  1. Basuh beras hingga bersih.
  2. Masukkan 1 gelas air & 1 gelas santan.
  3. Masukkan daun pandan yg tlh dikoyak dan disimpulkan.
  4. Masukkan juga halia yg telah dipotong kasar & bawang yg telah dipotong halus.
  5. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula perang & sedikit perasa.
  6. Masak seperti biasa guna periuk nasi elektrik @ manual.


CARA SEDIAKAN SAMBAL:

  1. Potong cili kering & rendam dlm air panas hingga lembut. Toskan airnya.
  2. Sambil tunggu cili kering lembut, sediakan telur goreng. 
  3. Dgn minyak yg sama, goreng separuh dari ikan bilis tadi dan ketepikan.
  4. Tambahkan minyak dan goreng ayam (jika pelakon tambahan ini digunakan).
  5. Kisar semua bawang, cili kering, halia, belacan & separuh dari ikan bilis goreng tadi.
  6. Masih menggunakan minyak yg sama, tumiskan bahan kisar tadi hingga garing. Jika agak kering masukkan air.
  7. Kemudia boleh masukkan ikan bilis mentah & baki ikan bilis goreng tadi. Kacau rata.
  8. Perasakan dgn gula, garam, serbuk perasa & pes asam jawa.
  9. Jika dah sesuai rasanya, boleh tutup api dan angkat.

Bila sambal dah selesai, baru aku goreng pappadom & potong timun tu. Dah boleh hidangkan nasi lemak tu. Encik Bos makan bertambah. Sedap le tu.

Nak jadi cerita, bila sambal dah siap, ayam goreng dah tinggal 2 ketul sebab Adam dah kebas. Utk elakkan dia makan semua, aku humbankan ayam tu dlm sambal ikan bilis. Boleh tambah lauk. Kejam dak mama Adam ni. He, he...Tu je le nak citer pagi ni. Nak pi caj bateri note sat. Daaahhh.


Selasa, 14 Januari 2014

Jemput-Jemput Jagung Harmoni

Assalam...

Lama tak bersiaran. Malas mok cik ni. Hari ni nak citer pasal jemput-jemput jagung harmoni yg special ni. Special le sangat. Harmoni ni sebab ada macam-macam kat dalamnya hasil lebihan aksesori utk nasi bubur (moi) beberapa hari lepas.

Jemput-jemput ni dah dibuat pada malam Ahad lepas sambil menonton rancangan Masterchef Allstars.


Ranggup di luar, lembut di dalam. Sedia di makan. Nyum, nyum.

Mari kita tengok resepinya:

BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung gandum
1 biji bawang holland yg kecil (didadu)
1/2 biji cili merah (dicincang)
Udang basah saiz kecil (suka byk letaklah byk. Udang dipotong kecil)
Daun kucai @ daun bawang
1 sudu kecil bawang goreng (yg digoreng sendiri bkn yg segera)
3 sudu besar aksesori nasi bubur **
1 tin kecil jagung dlm tin
Air jagung dlm tin tadi utk bancuhan tepung
Sedikit air
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
Minyak utk menggoreng

CARA-CARANYA:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air) ke dalam satu bekas dan gaul rata.
  2. Masukkan air jagung dlm tin dan kacau.
  3. Jika bancuhan masih pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit hingga bancuhan yg sedang elok pekatnya (tak cair sgt, tak pekat sgt).
  4. Masukkan, garam, gula & serbuk perasa (masukkan sikit-sikit & rasa dulu bancuhan tu).
  5. Bancuhan sedia utk digoreng.

Oleh kerana resepi ini tidak letak serbuk penaik, makanya ia leper sahaja. Aku memang suka kejadiannya macam ni sebab lebih ranggup. He, he...

Ini cara utk buat aksesori nasi bubur yg aku citer kat atas tadi.

BAHAN-BAHAN AKSESORI NASI BUBUR:
3 sudu besar udang geragau kering (dibasuh & ditoskan).
1 biji telur ayam
3 ulas bawang merah (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (dipotong halus)
1 sudu kecil cili boh (nak pedas boleh tambah)
Minyak masak

CARA-CARANYA:
  1. Masukkan sedikit minyak & goreng udang geragau tadi hingga garing (jgn sampai hangit). Angkat dan toskan.
  2. Dlm kuali yg sama pecahkan telur dan goreng hingga jadi scramble egg. Angkat dan toskan.
  3. Masih dlm kuali yg sama, tambahkan sedikit minyak dan tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih & cili boh.
  4. Bila bawang dah layu, masukkan udang geragau dan telur tadi. Kacau sebentar hingga sebati dan diangkat.

Ni rupa udang geragau.


Selamat mencuba resepi yg diperbaharui ini. Rasanya tak akan mengecewakan kalian. Daaahhh.

Isnin, 25 November 2013

Kulat Sisir Goreng Kering

Assalam...

Nak jadi rezeki aku, aku terjumpa le kulat sisir di pasar Jitra. Aku beli le satu bekas RM3.00. Konon nak buat masak lemak cili api, pastu tak jadi le pulok, takut tak sedap sebab aku tak reti buat, kih, kih...

Aku google kat internet, makanya aku putuskan utk goreng saja. Biasa le, kalau tak derhaka, tak sah. Aku cedok resepi dr blog Cik Mat Gebu dan blog Yan's Cottage.

Resepi aku sendiri macam ni:

Bahan-bahanya:
1 gelas kulat sisir (buang hujung yg keras & rendam 10 minit dlm air)
1 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Sebiji bawang besar yg bersaiz kecil (dihiris)
1 biji telur
2 sudu besar udang geragau @ boleh ganti dgn udang kering
5 ekor udang basah (tak nak letak pun boleh)
2 biji cili api (dihiris)

Cara-caranya:
1.  Goreng udang geragau dgn sedikit        minyak hingga garing.
2. Dlm kuali yg sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & cili api.
3. Masukkan udang basah. Goreng hingga udang kemerahan & masukkan cendawan. Goreng hingga cendawan agak2 masak.
4. Ketepikan campuran cendawan tadi di sudut kuali. Pecahkan telur & hancurkan. Bila telur dah jadi ketul-ketul kecil, gaulkan bersama campuran cendawan yg diketepikan tadi.
5. Tambahkan garam & serbuk perasa. Goreng sebentar.
6. Daaahhhhh siap. Sedap dimakan panas-panas.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Cucur Pulut Sarawak

Assalam...

Cucur pulut ni seperti pisang goreng, cuba lapisan kulitnya dibuat dari tepung pulut, dibalut pada pisang & digoreng. Aku mula kenal cucur ni setelah kahwin dgn suami aku ni. Tapi, baru kali inilah aku cuba membuatnya sendiri.

Sabtu lepas kan aku dah citer yg aku pergi rumah sepupu suami di Parit Buntar. Mak kpd sepupu suami tu tengah buat cucur pulut ni. Sambil tolong dia balutkan pisang, aku tanya le resepinya. Katanya, cucur ni hanya terdapat di kampung Debak sahaja di Sarawak tu. Setelah aku olah, begini le citer & kejadiannya:

BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1sudu kecil gula kastor
1 - 2 sudu kecil minyak (aku guna mentega)
Sedikit air (utk bancuh hingga boleh dikepal)
1sudu besar susu tepung (aku tambah. Aku nak guna susu cair, tp nak kena tebuk tin baru. Malas weeiihh!!)
4 - 5 biji pisang awak @ pisang emas @ apa2 pisang yg anda suka).

CARA-CARANYA:
1.  Campurkan tepung pulut,     tepung gandum, gula, garam & susu & minyak ke dalam bekas bersih.
2. Tambahkan air sedikit & gaulkan semua bahan sehingga ia boleh dikepal. Kalau adunan berderai tambah sikit air @ minyak. Kalau cair, tambah sedikit tepung pulut.Bila adunan boleh dikepal, ketepikan.


3. Pisang dibuang kulit & dibelah dua (sebab pisang panjang, slps belah 2, aku potong lak 2 supaya senang nak balut dgn adunan tepung tadi). Kalau nak senang, guna pisang emas yg kecik comel gitu.



4. Ambil sedikit adunan tepung, gentelkan jadi bulat dan leperkan seperti gambar di bawah. Jgn tebal sgt & jgn nipis sgt. Kalau nipis, nanti bocor.


5. Letak sekeping pisang tadi atas lapisan tepung tadi dan balutkan dia hingga menutupi keseluruhan pisang. Susun pisang atas pinggan yg telah dileserakan dgn sedikit minyak supaya tak melekat. (Tang balut pisang ni le yg buat aku tensen. Tarik sini, bocor sana, makanya adalah adegan tampal menampal).

          

6. Panaskan minyak dgn api sederhana & goreng hingga keperangan. Tadaaaa...dah siap.
Biarkan sejuk sikit sebelum di makan. Hati-hati dgn isi dalamnya yg panas.
Selamat Mencuba!!! Daaahhh.