Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 29 September 2014

Perlu Dibedah Juga.

Assalam...

Aku baru balik dari GH bawa Irsyad jumpa pakar bedah berkenaan masalah inguinal hernia. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irsyad perlu dibedah juga untuk menutup lubang yang menyebabkan usus masuk ke kantung telurnya (scortum).

Walaupun pembedahan kecil dan mengambil masa sekitar 30 minit atau kurang, tapi risiko tetap ada (risiko penggunaan ubat bius) sebab Irsyad bayi pra-matang. Ada masalah pernafasan waktu lahir dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan berbelas-belas hari.

Tarikh, waktu masuk wad & waktu pembedahan akan diberitahu oleh HSB melalui panggilan telefon. Nampaknya, mama kena dok di wad lagi. Kali ni teman Irsyad pulak. Sabarlah wahai hati.

Sabtu, 27 September 2014

Riketkah Dia?

Assalam...

Nak update pasal result darah yang diambil pada 15/9/2014 dan ubat anakku, Irsyad. Aku ada citer pasal kena pergi spital untuk start ubat Irsyad sebelum ni. Leh klik sini.

Result darah waktu dalam wad NICU (Julai) masih gagal diperolehi hingga kini. Pada 22/9/14 sekali lagi aku ke hospital untuk mendengar keterangan doktor tentang ubat yang perlu Irsyad ambil. Setelah menunggu berjam-jam, giliran kami tiba

Doktor muda tu kata anakku menunjukkan tanda masalah tulang dan bukan hati. Tulang??? Dia dikhuatiri mengalami penyakit riket atau tulang lembut. Biar benar. Doktor tu nak buat ujian darah sekali lagi untuk pastikan jenis ubat yang sesuai. Ambik darah lagi??

Tulang kaki yang melengkung keluar tanda riket.

Anatomi tulang kaki.

Aku mula tak puas hati sebab ubat belum boleh mula dan kena datang lagi minggu depan untuk ambil keputusan. 

Weeeiii....kalau dah nak kena ambik darah lagi sebab tak pasti jenis penyakit dan ubat, nape tak suruh aku datang ambik darah baby je di bilik 5 tu. Tak yah le aku menunggu giliran berjam-jam untuk jumpa doktor ( yg ni aku jerit dalam ati je...ha, ha...).

Dan lagi satu, kalau cam ni le punya lama nak diagnosis penyakit, yang sakit tenat, makin tenat jadinya (ayat ni aku cakap kat doktor tu (Ampuunnn..mama teremosi saat itu). Agaknya, dia pergi tanya doktor pakar kanak-kanak dan akhirnya Irsyad tak perlu ambil darah. Doktor bagi ubat Alfacalcidol iaitu sejenis vitamin D yang berfungsi mempercepatkan penyerapan kalsium oleh tulang. 2 titik sahaja untuk sekali sehari.

Bulan depan datang lagi untuk buat ujian darah. Nak tengok berkesan ke tidak ubat tu dan untuk tengok bacaan salah satu enzim hati Irsyad yang tinggi tu dah berkurang ke tidak.

29/9/14 aku pergi lagi ke spital tapi kali ni bertemu dengan doktor di unit pembedahan untuk periksa hernia pulak. Kalau semakin membesar, tiada jalan lain yang boleh diambil kecuali pembedahan. Cian baby Irsyadku.
30/9/14 ke klinik kesihatan pulak untuk check up bulanan. Haissshh...berulang-alik le kita ke spital dan klinik.

Sebelum aku tamatkan ngomel petang Jumaat, mai citer sikit apa itu penyakit riket. Riket adalah ketidaknormalan tulang yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang fungsinya mempercepatkan penyerapan kalsium.

Bayi atau kanak-kanak yang menderita riket biasanya menunjukan perubahan fizikal seperti berikut:
  • Kepalanya lama kelamaan akan berbentuk segi empat
  • Ubun-ubunnya akan tetap terbuka (lembut) dalam waktu yang lama
  • Sendi tulang pergelangan tangan dan kaki lebih lembut dan lebih besar dari biasa.
  • Kaki akan berbentuk cekung atau cembung (ini berlaku kerana tulang kaki terlalu lembut untuk menampung beban anggota badan yang lain)
  • Perut menonjol
  • Mengalami sembelit

Aku hairan sebenarnya tapi apakan daya, Allah jua yang berkuasa. Tunggu je lah result sebulan dari sekarang. Daaahhh.

Rabu, 24 September 2014

Kalam Terhebat

Assalam...

Hayati ucapan ulamak hebat ini.
Kalimat indah dari Dr. Aid Al-Qarni yang saya salin dari rakan group WhatsApp.

Kita tidak boleh merubah yang telah terjadi
Juga tidak boleh menggariskan masa depan
Lalu mengapa kita bunuh diri kita dengan penyesalan?
Atas apa yang sudah tidak boleh kita ubah

Hidup itu singkat, sementara matlamatnya banyak
Maka, tataplah awan dan jangan lihat ke tanah

Kalau merasa jalan sudah sempit, kembalilah ke Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib!
Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja.

Kapal Titanic dibuat oleh ratusan orang
Sedang kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang
Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

Taufik hanya dari Allah swt
Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah syurga
Tempat, di mana org tua kita, Adam tinggal di permulaan. 
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara
Untuk mengikuti ujian lalu segera 
kembali
Maka berusahalah semampumu
Untuk mengejar kafilah orang-orang sholeh, 
Yang akan kembali ke tanah air yang sangat luas
Jangan sia-siakan waktumu di planet kecil ini

Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh
Atau kerana ditinggal orang tercinta
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat

Perpisahan itu adalah
Jika salah satu di antara kita di syurga dan yg lain di neraka
Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah
Lalu hisab (yang hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau siksa

Maka, hiduplah untuk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yang paling bahagia
Ya Rabb untuk-Mu segala puji yang layak untuk kemuliaan wajah-Mu da
keagungan kekuasan-Mu!

Kalam hebat seorang yang dikurniakan mata hati yang terang dan jernih....semoga Allah merahmati.


Jom Melancong Sambil Beramal

Assalam...

Anda minat mengembara atau melancong sambil melakukan kerja amal? Ourtouch Community (OT) menyediakan peluang tersebut.

                           

Dapat pahala, tambah kenalan dan keseronokkan. Bab pahala tu, terserah pada niat dan urusan anda dengan Allah. Yang pasti, kenalan anda akan bertambah dan memang seronok.

Secara ringkas, Ourtouch adalah pertubuhan bukan kerajaan dan tidak berlandaskan keuntungan yang dipengerusikan oleh Puan Anis Yohana Khalid dan timbalannya yang juga suaminya, iaitu Encik Erdie Nazrullah Zahar. 

The Founder

Ourtouch ditubuhkan pada  3 Oktober 2012 untuk mempromosikan dan melaksanakan kerja amal sambil melancong. Fokus group adalah kepada anak yatim dan kanak-kanak dari negara berpendapatan rendah.

Program yang pernah aku join ialah projek amal di Kemboja (Siem Reap Charity Project) pada 7 - 11 Disember 2013. Matlamat projek ni ialah untuk membantu masyarakat dan kanak-kanak Islam di sana dengan menyerahkan naskah al-Quran, sejadah, pakaian terpakai, alat tulis, beras dan gotong-royong. Kami sempat buat aqiqah seekor lembu di sana.

Gambar-gambar sekitar projek di Kemboja. Banyak lagi tapi tak dan nak buat apa, masih berkepok di dalamn memori teponku. Ni antara post tentang Siem Reap Project Hari 1, 2, 3, & 4. Hari-hari lain tak dan nak buat post, ha, ha...


Phnom Norea Mui, kampung yang terpilih untuk projek amal OT.

T-shirt rasmi untuk program amal di Kemboja.

Barangan derma dari seluruh Malaysia untuk diagihkan.

Beras yang akan disukat 2 kg sebelum diagih-agihkan kepada keluarga miskin.

Khemah untuk jamuan akikah lembu.
Di atas kapal membelah Sg. Mekong dan menyelusuri Tasik Tonle Sap. 

Antara PROJEK 2014

1. Projek Ramadhan
Antara aktivitinya ialah mengajar Quran dan Fardhu Ain (Projek Iqra'), kumpul dan edar kuih raya kepada anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan (Projek Kuih Raya), shopping keperluan raya anak yatim (Projek Baju Raya), dan buka puasa bersama tetamu istimewa (Jom Iftar).

2. Lawatan ke Yayasan Peduli Anak, Lombok, Indonesia (sepanjang Oktober 2014)

3. Jualan Amal (Charity Sale)

(banyak lagi yang tak aku senaraikan semua).


PROJEK 2015

  • Lawatan ke kem pelarian kanak-kanak Syria (Syrian Refugees) di Kem Zataari, Jordan (13/2/15 – 22/2/15). 
  • Dana sedang dikumpulkan dan sukarelawan masih diperlukan.

Anda berminat nak jadi sukarelawan Ourtouch? Boleh mendaftar di laman web ni http://www.ourtouch.org

Tak mau sertai tapi nak beramal boleh menderma di akaun rasmi OT seperti yang tertera. JOM DERMA. Moga kalian dirahmati.


Sedihnya tahun ni aku tak dapat sertai sebarang projek yang dijalankan oleh OT sebab sarat mengandung. Kini, aku ada anak kecil. Tak gamak tinggalkan untuk suamiku sorang yang jaga. Cian suamiku.  Tunggu baby besar sikit, ye. Daaahhh.