Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 29 September 2014

Perlu Dibedah Juga.

Assalam...

Aku baru balik dari GH bawa Irsyad jumpa pakar bedah berkenaan masalah inguinal hernia. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irsyad perlu dibedah juga untuk menutup lubang yang menyebabkan usus masuk ke kantung telurnya (scortum).

Walaupun pembedahan kecil dan mengambil masa sekitar 30 minit atau kurang, tapi risiko tetap ada (risiko penggunaan ubat bius) sebab Irsyad bayi pra-matang. Ada masalah pernafasan waktu lahir dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan berbelas-belas hari.

Tarikh, waktu masuk wad & waktu pembedahan akan diberitahu oleh HSB melalui panggilan telefon. Nampaknya, mama kena dok di wad lagi. Kali ni teman Irsyad pulak. Sabarlah wahai hati.

2 ulasan:

  1. Allah sgt sedang menguji kerana Allah sayangkan kita...ansk sakit apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah inguinal hernia (pasang surut). Usus masuk dlm kerandut zakar baby sebab ada lubang di kawasan ari2 yg tak tertutup @ ligamen di kwsn tu lemah. Tp, sampai skrg, blm ada call dari spital.

      Padam

Terima kasih. Moga dirahmati.