Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 24 September 2014

Jom Melancong Sambil Beramal

Assalam...

Anda minat mengembara atau melancong sambil melakukan kerja amal? Ourtouch Community (OT) menyediakan peluang tersebut.

                           

Dapat pahala, tambah kenalan dan keseronokkan. Bab pahala tu, terserah pada niat dan urusan anda dengan Allah. Yang pasti, kenalan anda akan bertambah dan memang seronok.

Secara ringkas, Ourtouch adalah pertubuhan bukan kerajaan dan tidak berlandaskan keuntungan yang dipengerusikan oleh Puan Anis Yohana Khalid dan timbalannya yang juga suaminya, iaitu Encik Erdie Nazrullah Zahar. 

The Founder

Ourtouch ditubuhkan pada  3 Oktober 2012 untuk mempromosikan dan melaksanakan kerja amal sambil melancong. Fokus group adalah kepada anak yatim dan kanak-kanak dari negara berpendapatan rendah.

Program yang pernah aku join ialah projek amal di Kemboja (Siem Reap Charity Project) pada 7 - 11 Disember 2013. Matlamat projek ni ialah untuk membantu masyarakat dan kanak-kanak Islam di sana dengan menyerahkan naskah al-Quran, sejadah, pakaian terpakai, alat tulis, beras dan gotong-royong. Kami sempat buat aqiqah seekor lembu di sana.

Gambar-gambar sekitar projek di Kemboja. Banyak lagi tapi tak dan nak buat apa, masih berkepok di dalamn memori teponku. Ni antara post tentang Siem Reap Project Hari 1, 2, 3, & 4. Hari-hari lain tak dan nak buat post, ha, ha...


Phnom Norea Mui, kampung yang terpilih untuk projek amal OT.

T-shirt rasmi untuk program amal di Kemboja.

Barangan derma dari seluruh Malaysia untuk diagihkan.

Beras yang akan disukat 2 kg sebelum diagih-agihkan kepada keluarga miskin.

Khemah untuk jamuan akikah lembu.
Di atas kapal membelah Sg. Mekong dan menyelusuri Tasik Tonle Sap. 

Antara PROJEK 2014

1. Projek Ramadhan
Antara aktivitinya ialah mengajar Quran dan Fardhu Ain (Projek Iqra'), kumpul dan edar kuih raya kepada anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan (Projek Kuih Raya), shopping keperluan raya anak yatim (Projek Baju Raya), dan buka puasa bersama tetamu istimewa (Jom Iftar).

2. Lawatan ke Yayasan Peduli Anak, Lombok, Indonesia (sepanjang Oktober 2014)

3. Jualan Amal (Charity Sale)

(banyak lagi yang tak aku senaraikan semua).


PROJEK 2015

  • Lawatan ke kem pelarian kanak-kanak Syria (Syrian Refugees) di Kem Zataari, Jordan (13/2/15 – 22/2/15). 
  • Dana sedang dikumpulkan dan sukarelawan masih diperlukan.

Anda berminat nak jadi sukarelawan Ourtouch? Boleh mendaftar di laman web ni http://www.ourtouch.org

Tak mau sertai tapi nak beramal boleh menderma di akaun rasmi OT seperti yang tertera. JOM DERMA. Moga kalian dirahmati.


Sedihnya tahun ni aku tak dapat sertai sebarang projek yang dijalankan oleh OT sebab sarat mengandung. Kini, aku ada anak kecil. Tak gamak tinggalkan untuk suamiku sorang yang jaga. Cian suamiku.  Tunggu baby besar sikit, ye. Daaahhh.

2 ulasan:

  1. Kalau masa cuti sek mungkin sy boleh join gak...menarik aktivitinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau ada projek waktu cuti sekolah, saya update.

      Padam

Terima kasih. Moga dirahmati.