Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 25 November 2014

Misi Mencari Buzz

Assalam...

Lama tak bersiaran. Bukan tak ada idea. Banyak yang hendak ditulis hingga satu pun tak tertulis. Benar, aku tak tipu.

Buzz??? (Ahda sebut sebagai Buz, sebutan omputihnya ialah Bez). Apa kebenda tu? Aku dah lama pening dgn Buzz ni. Ia bermula waktu kami balik kampung di Terengganu. Setelah pulang ke Kedah, Ahda asyik sebut nak Buzz sambil tunjuk kat tangan dia. 

Mak bapak ni dok ingat Buzz tu macam jam Ben 10 tu. Bapaknya pergilah beli. Di kedai dia kata betul itu Buzz, sampai di rumah dah tukar fikiran. Maka, pening lagilah mak bapaknya meneka apa itu Buzz. Sehinggalah Ahda terjumpa gambar benda alah tu dalam majalah. 

Ooopppss.....!! Di luar jangka. Tak tercapai akal mama yang Ahda boleh tahu figura itu ialah Buzz. Nak tahu apa itu Buzz? Jeng, jeng, jeng.....diperkenalkan:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ini le Buzz......Buzz Lightyear, salah satu figura Toys Story. Maka, bermulalah pencarian si Buzz ni. Dari satu kedai ke satu kedai di Jitra dan Alor Setar, tak jumpa jugak. Sampai ke Toys "R" us di KLCC. Figura Toys Story lain ada tapi Buzz tak ada. Harga lebih tiga ratus ringgit. Kami pergi ke Toys "R" Us di Alamanda pulak. Jumpa jugak Buzz ni di Toys "R" Us Alamanda rapi cinonet je. Walau cinonet, rega hampir RM20 jugak.

Sebesar tudung botol susu Comotomo.

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk beli secara atas talian, online kata omputih. Aku beli di Amazon.com hasil dari komentar negatif tentang Buzz yang sampai tak sama dengan yang dipesan seperti dalam website tu. Tapi, aku yakin yang aku tak akan terima nasib sebegitu. Aku order jugak. Terdesak sangatkah aku??? Ahhhh, tak kisah le.

Buzz yang dijual bersaiz 12 inci dengan pelbagai fungsi. Kira, kalau Ahda dapat mesti syok habis. Aku tak kisah walau terpaksa membayar RM221.40 ($62.75):

Harga Buzz             $34.49
Kos penghantaran $28.26
JUMLAH                   $62.75

Aku kesian kat Ahda. Aku bahagia bila anak aku gembira. Duit boleh dicari. Lagipun memang mainan ni susah nak dapat dan mungkin tiada dijual di Malaysia.

Pagi tadi aku terima email dari Amazon.com mengatakan yang barang telah diposkan. Tapi tiba-tiba aku tersedar ada satu kesilapan ...................... alamat rumah aku patutnya Fasa 2, tapi aku taip Fasa 1. Nasib dok dekat je. Laki aku pi deal dengan jiran Fasa 1 tu jika barang tu sampai agar dia tak terkejut.

Tak sabar tunggu barang tu sampai. Tak sabar nak tengok reaksi Ahda. Pasti Adam pun tompang seronok jugak tu nak main Buzz Lightyear. Dah sampai nanti aku citer lagi, ek! Daaahhh.

Khamis, 20 November 2014

Puting Beliung Ke-4 di Kedah

Assalam...

Sewaktu aku ke KL minggu lepas, ada 2 orang pemandu teksi yang aku naiki bertanya tentang kebenaran cerita puting beliung di Kedah. Nampaknya, mereka masih tak boleh terima kenyataan tentang puting beliung dah sampai ke Malaysia.

Kini, puting beliung tu dah kali ke empat datang ke Kedah tapi alhamdulillah, tiada kecederaan jiwa dilaporkan walau berlaku kerosakan teruk.

Yang terkini, kejadian berlaku di Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah pada 12 November 2014, pukul 3.00 petang. Masa ni, aku masih di ofis dan cuaca mendung.

Waktu balik kerja, awan hitam pekat dengan bentuk yang agak pelik. Memang terlintas juga pasal puting beliung dan benar ia dah berlaku pun sebenarnya. MasyaAllah. Apa yang Allah nak tunjukkan pada kita semua?
Di bawah ni sebahagian gambar yang aku perolehi dari khidmat WhatsApp.













Ya Allah, selamatkanlah kami. Ampunkan dosa-dosa kami.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Sana, Sini...Duit

Assalam...

Hari ni nak cerita pasal duit. Duit (money) ada pelbagai nama panggilan bergantung di mana dan situasi duit tu berada.


Gambar ehsan Google

Kalau di masjid, dipanggil DERMA (donation);

Kalau di sekolah, dipanggil YURAN (fee);

Dalam perkahwinan dipanggil MAHAR (dowry);

Bila bercerai dipanggil duit NAFKAH (alimony);

Bila meminjam, dipanggil HUTANG (debt);

Bila bayar kepada kerajaan, dipanggil CUKAI (tax);

Di mahkamah, dipanggil DENDA (fines);

Bila bersara, dipanggil duit PENCEN (pension);

Dari majikan kepada pekerja, dipanggil GAJI (salary);

Penyelia kepada orang bawahan di panggil UPAH (wages);

Kepada anak-anak, dipanggil NAFKAH (maintenance);

Pinjam dengan bank, dipanggil PINJAMAN (loan);

Bayaran selepas perkhidmatan, dipanggil TIP (tips);

Kepada penculik, dipanggil wang TEBUSAN (ransom);

Pemberian dengan maksud, sebelum atau selepas perkhidmatan, dipanggil RASUAH (bribe).

Persoalannya, "Apabila suami memberi wang kepada isteri dipanggil apa??"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jawapannya:
It is called 'duty' and every man has to do his duty coz wives are not 'duty free'. 


Boleh gitu? Daaahhh.

Rabu, 29 Oktober 2014

Detoks Dengan Cuka Kurma (Khal)

Assalam...

Dah lama tak minum cuka kurma atau khal ni. Sejak mengandung hingga nak masuk 4 bulan lepas bersalin baru nak mula balik. Anda pernah minum tak?

Khal bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. Khal adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. Khal dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq & Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, Juzuk I, Darul Fikri, Beirut 1414H, m/s 908-909: menyenaraikan beberapa kebaikan khal iaitu:

  • mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
  • menyucikan darah
  • membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, 
  • batuk yang berpanjangan
  • menjaga kulit daripada kepanasan matahari
  • mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol)
  • menstabilkan asid dan garam di badan
  • membuang keracunan badan (toksik)
  • masalah rahim
  • menguatkan gigi, mata, telinga, serta 
  • mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.


Bersabda Rasulullah S.A.W., "Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).



(Sumber: www.khaltamarplus.com)

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). 

Beberapa hari lepas, waktu beli barang runcit kat pasaraya, terjumpa cuka kurma keluaran Yusuf Taiyoob. Aku terus beli. Sebelum ni, aku minum cuka kurma keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd.

Cuka Kurma keluaran Yusuf Taiyoob

Khal Tamar Plus keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd

Mengikut phamplet dari produk Perniagaan Qurba Sdn Bhd ni, khal (Khal Tamar Plus, merujuk kepada produknya) adalah jawapan kepada rahsia kenapa orang Arab dapat makan kambing seekor untuk dua tiga orang sahaja. Bayangkan banyak mana seorang makan. 

Aku beli 1/2 kilo daging kambing yang dah siap perap, 2 orang makan dengan 2 kali makan pun aku rasa 'bersalah' pada diri bila tengok lemak yang timbul selepas Airfryer tu dah sejuk. Takutnya. Bayangkan bagaimana lemak tu melekat di usus dan organ-organ lain. Aku dah le lama tak makan oat. Semua tu menambah takut terhadap pengumpulan lemak dan kolestrol.

Dah habis cuka tu, aku beli pula cuka kurma yang dijual di pasar tani. Sikit lagi nak habis, aku mengandung pulak. Terus berhenti. Ni lah baru nak mula balik.

Cuka Kurma dari Arab. Tulisan pun sepenuhnya bahasa Arab.

Cara aku minum cuka ni ialah:
Campurkan 1 sudu teh cuka kurma dan 1 sudu teh madu dengan segelas air suam. Minum waktu pagi sebelum makan dan waktu malam sebelum tidur. 

Aku minum dengan niat untuk sembuhkan batu karang pada hempedu dan buang segala lemak jahat dalam usus dan di organ-organ lain. Juga untuk sihat satu badan. InsyaAllah. Daaahhh.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalam...

Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru hijrah. Moga kita berhijrah dari kurang baik kepada yang lebih baik. Pesanan untuk diriku jua.

InsyaAllah, di tahun baru ni, aku niat dalam hati untuk perbanyakkan amalan sunat. Nak solat sunat setiap  5 waktu, nak bangun solat tahajjud, perbanyakkan baca Quran dan terjemahannya sekali, buat puasa sunat Isnin & Khamis, perbanyakkan derma dan kutip sebanyak pahala yang dapat walau sekadar tolong tutup kipas angin yang berpusing atau tutup lampu yang menyala tanpa ada yang perlu khidmatnya.

Kalau merenung kembali perjalanan hidup aku, terasa banyak yang berlalu dengan sia-sia. Kalau ibarat fail untuk minta kenaikan pangkat tu, kira fail tak banyak isi, tak lengkap kriteria kecemerlangan. Malu, weehhh!!

Aku sedaya upaya kejar hal dunia tetapi lupa hal akhirat. Lupa destinasi sebenar. MasyaAllah. Aku banyak dosa dan kurang pahala. Ya Allah, Kau ampunilah hambamu ini. Kasihanilah aku.