Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 29 Oktober 2014

Detoks Dengan Cuka Kurma (Khal)

Assalam...

Dah lama tak minum cuka kurma atau khal ni. Sejak mengandung hingga nak masuk 4 bulan lepas bersalin baru nak mula balik. Anda pernah minum tak?

Khal bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. Khal adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. Khal dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq & Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, Juzuk I, Darul Fikri, Beirut 1414H, m/s 908-909: menyenaraikan beberapa kebaikan khal iaitu:

  • mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser)
  • menyucikan darah
  • membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, 
  • batuk yang berpanjangan
  • menjaga kulit daripada kepanasan matahari
  • mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol)
  • menstabilkan asid dan garam di badan
  • membuang keracunan badan (toksik)
  • masalah rahim
  • menguatkan gigi, mata, telinga, serta 
  • mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.


Bersabda Rasulullah S.A.W., "Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).



(Sumber: www.khaltamarplus.com)

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). 

Beberapa hari lepas, waktu beli barang runcit kat pasaraya, terjumpa cuka kurma keluaran Yusuf Taiyoob. Aku terus beli. Sebelum ni, aku minum cuka kurma keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd.

Cuka Kurma keluaran Yusuf Taiyoob

Khal Tamar Plus keluaran Perniagaan Qurba Sdn Bhd

Mengikut phamplet dari produk Perniagaan Qurba Sdn Bhd ni, khal (Khal Tamar Plus, merujuk kepada produknya) adalah jawapan kepada rahsia kenapa orang Arab dapat makan kambing seekor untuk dua tiga orang sahaja. Bayangkan banyak mana seorang makan. 

Aku beli 1/2 kilo daging kambing yang dah siap perap, 2 orang makan dengan 2 kali makan pun aku rasa 'bersalah' pada diri bila tengok lemak yang timbul selepas Airfryer tu dah sejuk. Takutnya. Bayangkan bagaimana lemak tu melekat di usus dan organ-organ lain. Aku dah le lama tak makan oat. Semua tu menambah takut terhadap pengumpulan lemak dan kolestrol.

Dah habis cuka tu, aku beli pula cuka kurma yang dijual di pasar tani. Sikit lagi nak habis, aku mengandung pulak. Terus berhenti. Ni lah baru nak mula balik.

Cuka Kurma dari Arab. Tulisan pun sepenuhnya bahasa Arab.

Cara aku minum cuka ni ialah:
Campurkan 1 sudu teh cuka kurma dan 1 sudu teh madu dengan segelas air suam. Minum waktu pagi sebelum makan dan waktu malam sebelum tidur. 

Aku minum dengan niat untuk sembuhkan batu karang pada hempedu dan buang segala lemak jahat dalam usus dan di organ-organ lain. Juga untuk sihat satu badan. InsyaAllah. Daaahhh.


4 ulasan:

  1. sy nk tye, jenis cuka yg mana yg lagi baek??sebab harga antara psar tani tu jauh lebih murah daripade cuka qurba??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang saya beli apa-apa je jenama cuka kurma asalkan packagingnya cantik dan ada nama pengeluar. Perbezaan harga tu disebabkan oleh nama jenama dan packaging.

      Padam
  2. kalau x d campur madu boleh ke? tq

    BalasPadam
  3. Boleh je, Ubeidillah. Masih amalkan ke? Kak lama dah terhenti. Sekarang dok makan supplement Omega, Calsium Magnesium, Vitamin C, dan Lecitin + Vit E dan juga Vivix (keluaran Shaklee). Pagi sarapan dengan instant oat dan di kala rajin overnight rolled oat. Kak letak kismis @ kurma je, tanpa susu @ gula. Cubalah.

    BalasPadam

Terima kasih. Moga dirahmati.