Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Umma Lacto: Dengarlah Kataku

Assalam...

"TANPA KONSEP SUPPLY & DEMAND, MILK BOOSTER ANDA TIDAK AKAN BERKESAN"

Sebelum ni aku pernah citer pasal Umma Lacto (UL) ni yg aku beli di awal tempoh berpantang tapi aku berhenti guna atas nasihat nurse sebab baby pra-matangku kuning.

Dah habis pantang, baru aku sambung balik minum UL. Masalahnya, aku dah kurang mengepam. Makanya, bekalan susuku kian merundum.

Waktu Irsyad masih di NICU, aku pam 3 kali sehari tapi bila Irsyad dah balik rumah, aku sibuk uruskan Irsyad itu dan ini, aku hanya pam sekali sehari. Susuku makin kurang. Kalau dulu, aku boleh dapat sampai 90 ml @ 3 oz tapi sekarang, nak dapat 20 ml @ 1 oz pun seksa.

Kesimpulannya, konsep supply & demand tu penting utk perbanyakkan susu. Walau banyak mana & jenis apapun milk booster yg ko ambik tapi kurang mengepam susu @ menyusu baby, ia takkan membantu. Jadi, jangan salahkan milk booster tu, ye!

Lagi satu, perlu minum air masak dgn banyak sebaiknya 3 liter @ segelas setiap jam. Kalau tidak, dikhuatiri milk booster tu pulak yg mengeringkan susu kita.

Moga perjuangan memberi susu ibu ini akan berjaya. Good Luck utk ibu-ibu di luar sana & utk aku juga. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.