Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hernia Pada Bayi

Assslam...

Irsyad menangis sekitar pukul 1 am. Waktu salin lampin, aku perasan ada benjolan pada ari-arinya dan ruam merah pada bontotnya. Kesiannya anak mama.

Hari ni, selepas aku pergi cabut gigi geraham, terus ke klinik untuk periksa Irsyad. Doktor kata ia adalah hernia. Ekceli, benjolan Irsyad ada dua, satu di pusat dan satu lagi di ari-ari. 

Disebabkan benjolan itu masih kecil, apa yg perlu dibuat ialah cuba kurangkan tangisan dan meneran pada bayi. Kalau benjolan semakin membesar, perlu bawa segera ke hospital. Waktu tu hanya pembedahan sahaja caranya. Moga dijauhkan.

Tadi, doktor timbang Irsyad. Beratnya sekarang ialah 3.5 kg. Doktor kata dah terlebih berat berbanding usia. Rupa-rupanya, waktu penyusuan yg salah. Sepatutnya, bayi perlu disusukan setiap 3-4 jam sekali, bukannya setiap kali menangis atau setiap kali mulut bayi tercari-cari puting.

Walau bayi mencari puting, sebenarnya dia tidak lapar. Itu adalah tindakan refleksnya sama seperti akan mendepakan tangan bila terkejut. Doktor kata, bila kita bagi juga susu waktu tu, dia terlebih minum dan akan rasa mengah (letih dan sendat). 

Itu yg menyebabkan bayi menangis walau dah diberi susu. Apa yg perlu dibuat ialah tenangkan bayi dengan tepuk atau dodoikan dia. Puting juga boleh diberi tapi kalau boleh cuba elakkan.

Di bawah ni aku copy paste artikel hernia utk rujukan. Boleh rujuk url ini:


INGUINAL HERNIA (ANGIN PASANG)

Pengenalan
Inguinal hernia, atau lebih dikenali sebagai 'angin pasang' dalam Bahasa Melayu, adalah sejenis keadaan di mana usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk ke dalam sebuah kantung (pouch), dan kantung tersebut terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut di bahagian ari-ari (groin).


Keadaan ini disebabkan oleh pembukaan pada otot dinding perut (abdomen) yang dalam kebanyakan masa akan tertutup secara semula jadi sewaktu bayi dilahirkan ataupun dalam tahun pertama kehidupan.

Ia berbeza dengan kejadian 'angin pasang' di kalangan orang dewasa di mana faktor utamanya disebabkan oleh kelemahan otot dinding perut yang berpaut kepada peningkatan umur dan masalah-masalah kesihatan lain.


Inguinal hernia BUKAN disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang ibu mengandung. Ia tidak dapat dikesan sewaktu bayi berada dalam kandungan.
Demografi dan Epidemiologi.

Secara keseluruhannya, kadar masalah inguinal hernia di kalangan kanak-kanak adalah 3%. Kebanyakannya melibatkan kanak-kanak lelaki (6-10 kali ganda berbanding dengan perempuan).

Inguinal hernia adalah sejenis keadaan yang berisiko tinggi, terutamanya di kalangan bayi-bayi di bawah umur 1 tahun. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi disebabkan oleh usus yang terperangkap di dalam kantung hernia (rujuk bahagian 'Komplikasi'). Kadar ini dijangka dalam lingkungan 30%.

Tanda-tanda
Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki.

Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.


Komplikasi
Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar.


Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.

Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.

Rawatan
Tiada rawatan lain untuk masalah inguinal hernia selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.

Ia adalah sejenis prosedur yang memerlukan bius am (general anaesthesia) dan sebaik-baiknya dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Pesakit perlu dipuasakan untuk beberapa jam sebelum pembedahan ini.
Dalam keadaan yang tidak melibatkan komplikasi, pembedahan Herniotomy biasanya dibuat sebagai prosedur unit rawatan harian (Daycare Surgery). Ini bermaksud pesakit tidak perlu tinggal di dalam wad untuk semalaman.

Herniotomy melibatkan torehan kecil (biasanya 2-3cm) di bahagian ari-ari yang bermasalah. Seterusnya, kantung dijumpai di bawah lapisan otot, dan ia dipisahkan daripada saluran sperma dan saluran darah; sejurus itu, kantung dipotong dan diikat supaya ia tidak dapat membenarkan pergerakan usus atau selaput ke dalamnya lagi. 

Potongan kemudiannya dijahit dengan benang khas di bawah kulit dan akan hilang dengan sendiri dengan peredaran masa. Prosedur ini biasanya memakan masa 15-30 minit.

Selepas pembedahan ini, pesakit boleh diberi minum dan makan apabila dia sedar dengan sepenuhnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Ibu bapa akan diarah untuk mengeluarkan pembalut daripada luka 2 hari selepas pembedahan.

Sekiranya luka tidak begitu elok (iaitu merah atau bernanah), pesakit perlu dibawa balik berjumpa dengan doktornya. Biasanya, kanak-kanak yang lebih besar diberitahu untuk mengelakkan daripada aktiviti senaman yang lasak sekurang-kurangnya selama 1-2 bulan.

Rawatan Bayi Pramatang
Bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan, mempunyai insiden yang tinggi untuk mendapat inguinal hernia (sehingga 30%). Seperti yang dinyatakan, bayi-bayi ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi-komplikasi yang diterangkan. 

Oleh itu, pembedahan Herniotomy untuk kumpulan bayi ini biasa dilakukan sebelum bayi tersebut dibenarkan pulang dari Unit Rawatan Khas Bayi (Special Care Nursery, SCN) ketika berat bayi tersebut adalah diantara 1.6 - 1.8kg.

Semakan Akhir : 10 Disember 2012
Penulis : Miss (Dr.) Shona Alison Edmon

Doakan Irsyad sembuh tanpa perlu jalani pembedahan, ye! Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.