Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 21 Ogos 2014

Cara Guna Minyak Kasturi Anugerah (ubati sihir dan ilmu hitam)

Assalam...

Kali ni nak kongsi berkenaan penggunaan Minyak Kasturi Anugerah utk mengubati gangguan sihir dan ilmu hitam. Aku beli tahun lepas (2013), tapi sekarang baru releven nak pakai. 

Aku calitkan pada Irsyad yg mengamuk masa Magrib tadi. Cara pemakaiannya adalah seperti yg diterangkan di bawah. Ni aku salin dari sini: minyakanugerah.wordpress.com

Tertib Penggunaan

Menghadap ke arah kiblat / Bacakan Al-Fatihah / Bacakan Surah-surah 3 Qul.
Berselawat 3x / Sapukan sedikit Minyak Anugerah di bahagian tengkuk, kedua-dua kening, telinga dan pelipat tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT agar dijauhikan dari gangguan jin, iblis dan syaitan.

Selain itu disapu juga pada mana-mana bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan.

Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam :
Disapukan pada ubun-ubun, kening, kedua-dua cuping telinga dan buku lali anak.

Bagi gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai:
Tuang beberapa titis Minyak Anugerah ini di dalam bekas atau botol semburan untuk semburan sambil membaca Al-Fatihah. Pusing air itu mengikut tawaf (lawan arah jam) sambil bacakan 3 Qul dan selawat sebanyak 3x dan kemudian semburkan air di sekeliling tempat yang diganggu.

HARGA: RM48.00 sebotol

Pesanan penting: 
Jangan kita syirik akibat mempercayai bahawa kita sembuh oleh sebab menggunakan minyak tersebut walhal yang menyembuhkan kita adalah Allah SWT dan semuanya adalah dengan izinNya. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.