Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 9 Ogos 2014

45 Hari Sudah

Assalam...

Lihat le dunia...aku dah habis pantang. Muahahaha....merdeka sudah. Benarkah? Tidak pada erti sebenar kerana cabaran sebenar baru bermula. Merdeka aku cuma sebab dah tak pakai stokin. Tang makan, aku masih pantang benda-benda yg sah berangin. Irsyad dah macam-macam sekarang. 2, 3 hari ni dia berubah perangai.

Pukul 12 pm ke atas, dia akan merengek dan susah nak tidur. Kalau tidur pun, mau didakap. Letak je di tilam, dia mula merengek dan nangis.

Malam pulak, pukul 10 pm ke atas pun dia buat perangai yg sama. Kelmarin, kul 3.30 am baru dia tidur lena. Aku sangat letih kerana terpaksa uruskan sorang diri tanpa sokongan moral. Suami dok bilik lain. Rasa mau je aku tinggalkan Irsyad bersama suamiku. Aku dah letih nak tidur.

Tengah hari tadi dari kul 12 pm dia jaga, pukul 4 pm baru dia tidur lena. Aku nak masak utk lunch pun tak sempat. Sempat masak nasi je. Nasib baik suami belikan lauk.

Yg merisaukan aku ialah dua kali dia minum susu dan muntah memancut. Yg pertama tak byk sangat. Setengah jam kemudian, muntah yg kedua selepas minum susu sampai keluar ikut hidung. Aku terus bagi Gripe Water dan tukar botol susu dgn lubang puting X.

Suami kata, mungkin botol susu Mam tu lubang puting dia aliran susu laju (walaupun puting nombor 1) iaitu lubang bulat yg susu tetap menitik walau tak hisap. Lubang puting X, susu tak menitik kalau tak hisap. Lebih selamat dan tidak menyebabkan tersedak susu. Tapi, Irsyad tersedak juga apabila gelojoh. Kena hati-hati.

Hari ni aku dah sms suami minta dia temankan Irsyad tidur. He, he...sekurang-kurangnya boleh jadi penguat semangat, walau dia hanya terbongkang tidur kat tilam bawah. Harap malam ni Irsyad tak buat perangai. Daaahhh.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.