Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 11 Ogos 2014

Umma Lacto: Dengarlah Kataku

Assalam...

"TANPA KONSEP SUPPLY & DEMAND, UMMA LACTO @ APA2 MILK BOOSTER TAK AKAN BERKESAN"

Waktu dlm pantang, aku beli  Umma Lacto (UL) ni tapi baru makan 2 sachets dah stop atas nasihat nurse sebab anak pra-matang aku kena kuning (jaundice). Disebabkab kuningnya lama (lebih dari sebulan), aku hanya sambung ambil UL ni selepas habis pantang. 

Sebelum Irsyad keluar NICU, aku perah susu 3 kali sehari. Paling banyak yg berjaya aku dapat utk sekali perah ialah 90 ml @ 3 oz. Tapi, sejak Irsyad balik rumah, aku dah tak sempat nak perah sebab uruskan dia dan itu ini. 

Aku hanya perah sekali sehari. Sudahnya, bekalan susu aku semakin berkurang. Sekarang ni, paling banyak yg mampu aku dapat utk sekali perah ialah 20 ml @ 1 oz. Sedih sungguh. 

UL dah kotak yg kedua. Kesimpulan yg aku boleh buat ialah pentingnya konsep supply & demand. Walau banyak mana dan berapa jenis penggalak susu (milk booster) yg ko telan tapi tak kerap memerah atau susukan anak, maka tak de maknanya. Tak berkesan. Tak berjaya tingkatkan penghasilan susu malah, mungkin akan lebih mengeringkan susu jika air kosong pun ko kurang minum.

Jadi utk yg di luar sana (termasuk aku le jugak), sila  tingkatkan kekerapan memerah & susukan bayi serta tak lupa juga, minum air kosong dgn banyak iaitu 3 liter atau segelas utk setiap jam. Itu yg aku usahakan sekarang. Ya Allah, perbanyakkanlah air susuku untuk Irsyad minum. Kuatkanlah semangatku untuk terus memerah susuku.

Untuk makluman, selain dari UL, aku juga telan ESP dan Alfalfa dari Shaklee. Alfalfa tu (5 biji) aku hancurkan dan campur dlm ESP. Nak tambah perisa, aku letak Sunquick sikit. Aku juga ada telan Ephyra. Yg ni nanti aku review lain kali. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.