Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 21 Ogos 2014

Hadiah Kelahiran, Murah Rezeki Irsyad

Assalam...

Hari ni baru ada mood nak kongsi gambar hadiah yg Irsyad dapat dari kawan-kawan, jiran & persatuan. Hari ni juga semua gambar-gambar tu baru diambil. Bermakna, hadiah tu belum dirasmikan lagi.

Kat bawah ni hadiah pertama yg aku terima dari satu-satunya adik aku (Terima kasih adik Muslinawati). Dia datang melawat dari Langkawi sebelum Irsyad keluar NICU. Hingga citer ni ditulispun dia masih belum tengok Irsyad.


Yang ni hadiah dari kawan-kawan ofis JP1. Terima kasih K. Is, Ckin, Huda M, K. Sal, Husna, K. Lia, & K. Faridah.


Yang ni juga hadiah dari kawan-kawan ofis JP1. Terima kasih Suriani, Zurina, K. Mieza, Shuriyani, K. Ton, & Faizatul.


Lagi hadiah dari kawan-kawan ofis JP1. Terima kasih Onie, Kinah, K. Naqiah, K. Aziah, Fizawati, & Mastura.


Ada 2 hadiah dari kawan ofis JP1 tapi aku tak pasti pulak sape yg bagi. Apa-apapun terima kasih banyak-banyak untuk yg memberi.




Yang ni pulak dari isteri kawan suami yg juga satu tempat kerja dgn aku tapi lain jabatan. Dia bagi melalui suamiku sebelum berlepas ke Sarawak berhari raya. Suamiku menghantar mereka sekeluarga ke airport.



Selepas pulang dari berhari raya, suami dan seorang anak dia je yg datang ke rumah. Dia tak datangpun melawat atau berhari raya. Why? Malas aku nak pikir & persoalkan.

Dan hadiah terakhir ini diberi oleh persatuan kakitangan ofis/jabatan suamiku. Terima kasih COLGIS, UUM.
Inilah pertama kali aku dapat hadiah yg banyak sempena kelahiran anak. Inilah yg dikatakan rezeki Irsyad. 


Sekali lagi, terima kasih kepada semua yg memberi. Moga kalian diberkati. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.