Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 13 Ogos 2014

Ruqyah Penyelamat

Assalam...

Alkisahnya, dari pagi sampai petang, Irsyad tidur nyenyak dan bangun untuk menyusu je. Tapi, malamnya...dia mula buat perangai.

Suamiku ke Changlun hadiri majlis tahlil. Pukul 12 am pun masih lum balik rumah. Si Ahda pulak dok sensorang kat ruang tamu tengok kartun. Adam dah tidur. Irsyad merengek dan banyak berak.

Bila suami balik dan dukung, Irsyad makin kuat nangis. Dah bubuh minyak dan bagi minum Gripe Water tapi masih nangis kuat & pejam mata. Akhirnya aku teringat nak pasang bacaan ruqyah dari Youtube. Alhamdulillah. Irsyad terus diam dan terlena sampai pagi. Pukul 4.30 am, dia bangun menyusu.

Kat bawah ni ada sikit maklumat pasal ruqyah yg aku copy dari blog Cik Laili

Definisi Ruqyah

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

Cara Menggunakan Ayat RUQYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah  di dalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Bagi mendapatkan kesembuhan yg maksimum bila mendengar bacaan RUQYAH ini, sila pejamkan mata dan mendengar sehingga tamat tanpa mengikut bacaanya di mulut atau di hati.

Ayat-Ayat Ruqyah

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas
19. Al-Falaq
20. An-Naas

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.

Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan.

Moga boleh dimanfaatkan utk kalian yg membaca. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.