Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Isnin, 18 Ogos 2014

Cabaran Sendawakan Bayi

Assalam...

Bukan nak citer pasal cabaran utk pertandingan ke apa, tapi nak bagitau pasal susahnya nak sendawakan atau belahak atau 'burp'kan bayi serta cara-cara yg digunakan.

Di bawah ni ada ditunjukkan 3 cara utk sendawakan bayi.



Cara 1: Kedudukan Bersandar
Sandarkan bayi pada dada dengan kepala & dagu di atas bahu. Sebelah tangan ampu punggung bayi dan sebelah tangan lagi mengusap atau menepuk perlahan-lahan belakang bayi.

Cara 2: Kedudukan Menegak
Dudukkan bayi di atas riba dengan kedudukan tegak. Sebelah tangan mengampu dada bayi dan sebelah tangan lagi mengusap atau menepuk perlahan-lahan belakang bayi.

Cara 3: Kedudukan Perut
Baringkan bayi dengan perutnya di atas paha anda. Pastikan posisi kepala bayi lebih tinggi dari badan dan disengetkan sedikit. Usap atau tepuk perlahan-lahan belakang bayi.

Nampak macam senang tapi tak semudah yg disangka utk sendawakan bayi. Aku sampai buat 3 posisi tu kat Irsyad tapi sampai kesudah tak belahak pun. Yg pasti tiap kali tepuk belakang Irsyad, aku yg sendawa dulu. Hu, hu...! Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.