Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 20 Ogos 2014

Kerana Ia Begitu Berharga, Kugagahi Jua

Assalam...

Alhamdulillah, hari ni Irsyad dah berusia 56 hari. Pelbagai pengalaman pahit manis dah kuharungi bersama Irsyad. Malam tadi dia buat perangai tak mau tidur, tak mau diletak di tilam dan nak nangis je kerjanya. Mulut tu selalu buat signal nak menyusu. 

Kalau aku banyak susu badan, mau aku suakan je tapi nak buat camnne. Kalau aku bagi gak, sah 'berperang' le dgn Irsyad. Dah le kawan tu tengah 'hangin'. Bila dah gagal tenangkan Irsyad dan jam pun dah pukul 3 pagi, aku terpaksa kejutkan suami utk handle Irsyad. 

Bila tersedar je, jam dah pukul 5 am. Angkat dia yg dah tertidur dlm buaian, bagi susu dan tidurkan dia atas katil. Pengsan ke apa, kul 8.15 am baru aku terjaga. Ha, ha, ha...

Berbalik pada tajuk asal (panjang lak aku melalut), aku nak citer pasal penghasilan susu ibu. Alhamdulillah, aku masih ada susu dan belum kering. Masalahnya ia sedikit. Sekali perah, paling banyak pun 1 oz je. Ni le akibat malas dan tak dan nak perah. Tapi aku masih tak putus asa lagi (kekadang terniat gak nak stop dan kasi kering je tapi sayang le pulak memandangkan ini adalah pengalaman terakhir bergelar ibu. Hu, hu..).

Aku akan cuba lagi dan terus mengepam utk dapatkan susu buat Irsyad. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.