Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 19 Julai 2013

Sunyi....

Assalam.

Hari ni aku berbuka sensorang sebab suami aku mengajar kelas PJJ, UUM. Adam pulak dari pagi tadi bertapa di rumah pengasuhnya. Lepas berbuka baru nak balik katanya. Ahda....cian anaku Ahda ni. Kena chicken pox. Hari ni selsema dan demam sikit. Dah makan ubat selsema tu, dia masuk bilik dan tidur. Ngantuk penangan ubat selsema dan mungkin sebab sunyi seperti yang aku rasa. Dia tiada kawan untuk bergurau dan menyakat sebab abangnya tiada.

Hari ni cuti, walau sensorang, aku gagahkan juga bersilat di dapur. Hari ni masak Daging Kicap Black Pepper dan Telur Mata Lembu je. Cukup le untuk aku sorang. Sebelum ke UUM, suami ada belikan lontong dan ayam goreng untuk Adam (hantar ke rumah pengasuh bersama lontong juga). Boleh aku makan selepas solat terawih nanti. Eeerrrr....aku solat terawih di rumah je. Tak berpeluang ke surau sebab Ahda tak leh dok diam. Dia akan kacau aku dan nak dok di riba aku. Mana nak leh solat cam gitu.

Ok le. Selamat berbuka le semua.

Daging Kicap Black Pepper & Telur Mata Lembu @ Kerbau, je!

Ahda tak cihat ni...cian dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.