Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 6 Julai 2013

Asam Pedas Punya Pasal

Assalam.
Dari Jumaat hingga Sabtu, komuniti taman perumahan aku ni sibuk dengan aktiviti sempena Program I Want! Gaya Hidup Sihat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Aku terlibat sebagai pemeriah sahaja, tolong kupas bawang & cili kering (berangat tangan, ooooii). Sabtunya pulak aku terlibat sebagai pemotong timun untuk ulam-ulaman dan tolong makan durian. Hu, hu, hu....

Dalam program tu juga ada pemeriksaan kesihatan percuma. Aku check tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan tahap kolestrol. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja...normal. Agaknya sebab aku selalu makan oat untuk sarapan pagi dan kurangkan minum minuman bergula.

BP: 123/65
BMI: 20.8
RBS: 6.3 mmol/L
Cholestrol: 5.0
Ini semua bacaan selepas makan (tak berpuasa). Kalau berpuasa, mungkin lagi rendah.

Di penghujung majlis, ada jamuan makan tengah hari. Lauk yang disajikan semuanya berasaskan menu sihat iaitu Asam Pedas Ikan Kembung bersama Kacang Bendi,  Ikan Kembung Kukus dan Ulam-ulaman. Mungkin kerana malu, aku ambik sikit je. Tapi....mak oooiiii, sedap pulak bila makan di tengah padang, di bawah khemah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Sudahnya aku teringat-ingat sampai kena masak sendiri di rumah. Inilah hasilnya...

Asam Pedas Anak Ikan Selar...hu, hu!!!

Ni tak de kena mengena dengan kes mengidam ada hasil. Ni kes ngidam tak de hasil. Muahaha...!!! Tapi masa dok menaip ni aku lum makan lagi sebab dah kenyang makan Laksa Kedah yang dikirim oleh pengasuh Adam. TQ, Kak Ana. Ok, selamat menjamu selera semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.