Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 5 Julai 2013

Menunggu Ia Tiba

Alhamdulillah, tahniah untuk kawan-kawanku yg sedang berbadan dua, yg menunggu waktu & yg sedang berpantang. Nikmatilah saat terindah dalam hidup kalian. Ingatlah bahawa di luar sana ramai yg menantikan saat itu. Termasuk le aku. Tp, aku ni kes tak tragis sebab dah ada 2 cahaya mata lelaki.

Aku sedang menunggu 'hari cuti' ku tiba. Rasanya, tak sempat le aku nak nyambut posa pd 1 Ramadhan ni. Yg tak bestnya, walau aku tak leh posa, aku tetap dikira 'posa' (posa makan), lebih-lebih lg kalau kat ofis. Tak gamak aku nak makan, walau sorok-sorok (sembunyi).

Yg tak best keduanya ialah aku akan dapat 'cuti' lagi beberapa hari sebelum raya. Aduuuuusss....!! Tak de feel raya le cam ni sebab dah tak posa & tak solat sunat raya & tak selesa.

Kalau le Allah bagi aku 'rezeki' yg membolehkan aku posa penuh.....alangkah bertuahnya. Tapi, kalau ikut logik, tak le. Di sisi Allah, tiada yg mustahil. Tunggu je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.