Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 27 Julai 2013

Khamis Yang Dinanti

Assalam...

 Aku dah tulis lama dah, pada khamis lagi tapi dok peram sebagai draf, malas nak edit. Sabtu baru ada kesempatan untuk buka lappy.

Apa ada dengan Khamis? Banyak pengertiannya. Khamis malam Jumaat penuh barakah. Bukan pasal nak ehem, ehem...itu fikiran budak tak cukup ilmu tu. Malam Khamis, orang baca Yassin sedekah pada yang tiada dan seluruh umat Islam. Malam Khamis boleh bersantai kerana Jumaatnya cuti. Seronokknya cuti.
Tentang baju raya lak....waweiiiiii, banyak weh baju rayaku tahun ni....7 pasang. Seminggu raya, ko! Ha, ha, ha....idok le aku segila itu. Aku tempah tu bukan untuk raya. Aku kan kerja, tu baju pergi ofis le. Aku tak beli kain tu serentak. Beli satu, dua pasang, peram. Sebulan dua kemudian beli lagi satu, dua pasang dan peram. Gitu le, sampai le 7 pasang. Sebelum puasa, aku dah hantar untuk tempahan. 

Kos baju termasuk baju melayu Adam & Ahda ( ala-ala Upin Ipin lak bunyinya) ialah RM555. Murah dak? Tukang jahit ni, perempuan Cina, umur dalam 50an gitu. Kira murah le tu tapi mahal le kalau banding dengan tukang jahit Melayu.

Khamis juga dapat gaji, ambik baju raya yang dah siap dijahit & pembukaan Pasaraya Borong C Mart yang dimiliki oleh Chin Hin Sdn Bhd, jutawan Jitra. Boleh kata. Jitra ni milik dia le, sebab pe? Sebab kebanyakan bangunan kedai di Jitra ni adalah milik Chin Hin Sdn Bhd. Setuju?

Lepas Asar aku, suami & Ahda ke pasaraya yang baru dibuka secara rasmi. Besar weeeiii, penat nak jalan (tak de le besau cam Queensbay, tu. Melampau tul). Beli pe? Kopiah Ahda, seluar panjang abg ipar, buah-buahan & sayur-sayuran. Balik pukul 7 pm. Menu berbuka nanti cuma salad campur dan mertabak daging dgn minuman teh panas & Tropicana Twister sejuk. Agak-agak, bergelora dak perut aku ni.
Pukul 10.00 pm, aku start masak. Baru start masak? Lapar lagi le sebab berbuka tadi tak makan nasi. Aku masak yang ringkas je ~ ikan kerisi goreng, ayam goreng serta sayur taugeh cina campur baby tomato, cendawan & timun. Pukul 11.15 pm aku sekeluarga makan nasi. Pertama kali dalam sejarah berpuasaku, makan nasi  pukul 11.15 malam.

Abaikan meja yang tak berlapik & pinggan hadiah beli sabun tu. Hu, hu...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.