Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 12 Julai 2013

Kaca Mata Baruku

Assalam.
Ini le yg aku tunggu selain Encik Es. Ini lagi penting. Dia boleh menerangkan pandanganku yg kekaburan ini. Aku tukar yg baru bukan pasal pandangan kabur, tapi sebab lensanya dah calar-balar yang amat. Dan lagi, sebab framenya dah senget-benget dan longgar gitu (cam laki bagi alasan nak tukar bini baru je. He, he...!!!).
Istimewanya bukan pada framenya tapi lensanya. Lebih nipis dan lebih mahal, berbanding spek aku yg terdahulu, framenya yg mahal tapi lensanya tebal & berat nak habaq mai. Lensa kali ni guna jenis Hyper Index 1.74AS Super Hydrophobic. Ambik ko. Ok le tu ngn power spek aku 725 & 800 (Tak tau mana satu yg belah kiri kanan). Itu yg melayakkan aku pakai lensa nipis yg mahal tu & juga telah melanyakkan dompetku. Huuuwaaaa....banyak lagi yg aku nak shopping & bayor bil. Bil tempah baju, bil tempah biskut raya. Semput poket den.

Spek baruku...
 
Spek lamaku
 Macam yg lama tu lebih menarik dari yg baru, kan. Tak pe le. Aku 'tak lalu' nak ikut trend terkini pakai spek bingkai tebal kaler hitam cam zaman P Ramlee. Tak pe kot tak ikut trend, nooo!! Ok, sampai sini dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.