Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 19 Julai 2013

CSR Rumah Anak YaTim



Boleh jengok di sini.
Assalam..

InsyaAllah, esok aku & suami akan menyertai Program Shopping Raya dgn anak-anak yatim Rumah Gemilang, Sik, Kedah di bawah Projek Iqra'. Seawal pagi, selepas Suboh aku akan bertolak ke Sik dan membawa anak-anak yatim tersebut ke Mydin, Alor Setar untuk membeli keperluan raya diorang.
Anak-anak aku lak terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh masing-masing. Aci gitu? Takkan nak usung lak sebab Ahda kena 'jintungan'. Dalam bahasa orang putihnya, "chickenpox". Adam lak berpuasa, takut dia letih & boring, tak pasal-pasal dia mintak berbuka lak. Elok-elok nak buat amal, aku tambah dosa lak dgn amarah aku. Hu, hu...aku ni garang cam Kak Ros, tau!

Tak tau jalan ke Rumah Gemilang tu. Urusetia pun bukan orang Kedah. Mereka pesan kalau sesat, tepon Rumah Gemilang, ye! Heran sebenarnya. Cam ne leh buat projek amal dengan Rumah Gemilang, tapi tak pernah jejakkan kaki ke situ. Ada sape-sape leh perjelaskan, dak?

Nanti aku citer lagi tentang perjalanan program tu beserta gambor-gambornya. Eeerrr....rajin ke aku jadi jurufoto esok? He, he...tungguuuuuuu!!!

Daaaahh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.