Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 27 Julai 2013

Sahurku

Assalam...

Anda di luar sana makan apa untuk sahur? Aku tak makan nasi dah. Nasi makan waktu berbuka je. Sahur cuma ambil oat (3 sudu besar oat + 1 sudu besar susu Omega Plus + 1 sudu besar gula perang), minuman protin soya (Energizing Soya Protein ~ ESP) jenama Shaklee (3 sudu besar ESP dengan 400 ml air kosong) dan segelas air kosong untuk makan ubat Eczemaku, he, he....kembung perut dengain air je, aku ni!! Lapar???? Sepanjang puasa aku lebih rasa dahaga dari rasa lapar.

Mana pergi protin Herba Life? Aku stop kejap, mungkin sambung lepas habis Ramadhan. Nape, ek? Sebabnya, aku rasa kandungan protinnya lebih tumpat, susah nak larut dalam air & perlu minum air kosong yang banyak. Aku tak larat nak minum air kosong banyak-banyak dalam bulan posa ni. Lepas berbuka, aku fulled. Akibatnya, aku rasa 'berat' di sekitar buah pinggang. Lain orang, lain keperluan airnya. Badan aku perlukan air yang banyak. Kulit aku pun jenis kering, kurang air.

Lepas posa, aku nak tingkatkan balik berat badan sebab aku dah ada banyak baju baru yang dah dibesarkan ukurannya, khusus untuk tampung berat badan baru nanti. Waktu ambil Herba Life, berat badan aku pernah mencecah 52 kg hingga semua orang perasan kenaikan berat badan aku. Jiran aku, dok sebatu jaraknya pun leh perasan ketembaman pipi aku. Tapi, masa tu aku rasa stress sebab baju aku jadi ketat, tiada baju baru. Aku lupa lak nak cari alternatif pakai jubah. Lagi satu, stress sebab kolestrol aku juga tinggi.

Kini aku stress lagi sebab aku nampak cengkung dan kulit kering. Dengan Herba Life, ia memaksa aku minum banyak air kosong. Aku ni susah nak minum, kecuali bila rasa betul- betul dahaga. Sebut pasal jubah, dah lama aku berangan nak beli dan pakai jubah moden, tapi tak terbeli lagi. Aku tak pernah sekalipun pakai jubah. Raya nanti, aku nak melaram dengan jubah moden lak. Peplum.....tak main le.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.