Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Selasa, 2 Julai 2013

Mana Nak Ku Letak Muka??????

Kehidupan di rumahku dah kembali seperti biasa. Dah tiada habuk & bau racun anai-anai lagi. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan aku jadi terkilan sangat, sekembali aku dari ofis petang tadi. Suamiku memberitahu orang yang uruskan pembelian kereta baru kami ada menelefonnya petang tadi & marah-marah kerana suamiku belum bank in baki duit pembelian kereta itu. Oleh kerana sebelum ni dah memang ada kes tak berpuas hati, maka ibarat bara disiram minyak gas le. Hangus terbakar. Suami maki balik kawan tu. Aku diam terkedu. Dalam hati, aku cukup kesali sikap suami kerana bertindak begitu terhadap orang yang telah menolong dalam urusan penjualan kereta lama dan pembelian kereta baru (tarik nafas dalam-dalam).

Kawan tu pun satu, macam terdesak pulak. Kami baru tandatangan perjanjian pinjaman dengan Maybank pada Jumaat baru-baru ni di pejabatnya di AutoCity, Penang. Sampai rumah pun dah habis office hour. Sabtu dan Ahad, bank cuti. Hari ni (Isnin) telefon tanya pasal duit tu (mungkin dengan nada tak puas hati, kot & suamiku anggap kawan tu marah dia. Lagipun suami baru balik kerja....masih penat). Itu yang buatkan serba tak kena. Aku tak berada di saat 'perang' itu tercetus, so tak leh nak menghakimi. Nampak gayanya tak jadi le nak penuhi pelawaan kawan tu untuk hadiri jamuan di syarikatnya (tebai muka weh....laki aku dah marah kawan tu).

Esok (Selasa), lepas habis kelas (tengah hari), aku akan settlekan baki tertunggak tu. Nak je aku call atau sms untuk minta maaf dan pulangkan paku buah keras sekali (eh...apa kena aku ni?). Good night. Mimpi yang indah-indah.


Mood tak bagus....uwwwaaaaaaa!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.