Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 25 Julai 2013

Anak-anak Rumah Gemilang

Assalam...

Mulanya rancang nak bertolak ke Sik selepas Subuh sebab kena berkumpul pukul 8 am. Yup...memang kami bertolak selepas Subuh...7.15 am. He, he...!!! Singgah rumah pengasuh Adam untuk ambil beras fidyah untuk sedekah pada anak-anak yatim di sana. Hantar Ahda ke rumah pengasuh. Dalam perjalanan singgah isi minyak & ambil duit di ATM, Gurun. Kami sampai di Rumah Gemilang lebih kurang 8.30 am. Tak ramai pun lagi.

Taklimat bermula, beberapa minit kemudian. Kehadiran sukarelawan diambil. Sukaelawan terdiri daripada individu berkereta dan pelajar MRSM, Baling. Anak-anak yatim mula diagihkan kepada yang akan dijaga sewaktu aktiviti membeli-belah di Mydin, Taman Saga, Alor Star dan anak-anak yang menumpang kenderaan sukarelawan sahaja.

Oleh kerana kami bawa "Encik Es", maka anak yatim yang menumpang kenderaan kami adalah seramai 6 orang. Jumlah keseluruhan adalah 9 orang. Aik, nape ada 3 orang lagi? Yang 3 orang lagi tu tentulah pilotnya (suamiku), co-pilotnya (aku le) dan sorang lagi???? Ha, ha, ha.....Adam Harith Haikal le. Nape le dia ni ikut sekali dalam program ni???

Setelah anak-anak yatim diagihkan, aktiviti seterusnya ialah penyerahan sampul berisi wang belanja RM150 seorang dan sesi bergambar. Kalau ikut tentatif program, kami akan bertolak pukul 9.30 am, tapi pukul 11 lebih baru bertolak ke Alor Star. Berkonvoi le kami menuju Pasaraya Mydin. Khabarnya, kelewatan aktiviti ini adalah disebabkan oleh ramai sukarelawan yang bagi nama untuk sertai program ini tidak hadir, maka terpaksa rombak semula pembahagian anak-anak yatim dan sukarelawan.

Sampai di Mydin, kami terpaksa pulak berkumpul di lobi Mydin untuk menunggu 2 orang lagi anak-anak yatim yang akan kami tolong pilihkan barang keperluan raya. Dah cukup 3 orang tu, kami bergegas pergi cari baju melayu, sampin, kasut, sandal, t-shirt, songkok, jam, seluar dalam & lain-lain. Semuanya selesai lebih pukul 3 pm. Seperti yang aku duga dari awal, Adam mintak buka puasa. Suamiku yang tak tahan dengan Adam yang dah mula buat perangai, terus belikan air soya dalam tin. Selamat le kawan tu. Geramnya aku!!!!!!!

Akhirnya, kami selamat sampai ke Rumah Gemilang semula dan turunkan anak-anak tu. Tamatlah sudah aktiviti amal kami menemani mereka shopping keperluan raya. Cian, ada yang tak dapat track suit sebab tiada saiz. Acik dah bagi duit raya setiap sorang. Lebih dari cukup untuk beli seluar tu. Nanti cari sendiri, ye!
Kami bertolak ke Jitra dan sampai dalam pukul 6.00 pm. Letihnya. Kami berbuka puasa dengan mee goreng yang dimasak oleh suamiku. Dia juga sempat keluar ke Pasar Ramadhan beli murtabak. Tak letih ke? Apa-apapun, terima kasih le kerana sudi jadi 'pilot' dan sediakan makanan untuk berbuka tadi.
Taklimat nak bermula....

Anak-anak sementaraku.....Shahrul, Sofian & Saiful.
 Dalam kesibukan mencari itu ini, aku lupa nak snap gambor. Boleh gitu. Hu, hu, hu...so ini je le yang aku ada. Sebenarnya ada le 2 lagi gambor, tapi dalam hp suami. Malas lak den nak "gigi biru"kannya. Kih, kih, kih!!!!! Dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.