Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 18 September 2014

Enzim Hati Irsyad Tinggi????

Assalam...

Ini kisah lanjutan dari penyakit kuning berpanjangan (prolonged jaundice) anakku, Irsyad.

15/9/2014 (Isnin)

Temujanji Irsyad di HSB untuk ujian ultrasound. Irsyad start puasa pukul 4 pagi. Dari pukul 8 pagi di HSB sampai pukul 9 pagi pun Irsyad belum dipanggil masuk. Dia dah nangis lapar. Aku pun nangis sama.

Aku masih boleh keras hati dengar dia nangis kena cucuk ambik darah tapi aku lemah bila dia nangis sebab lapar. Kesian dia. Aku terpaksa merayu supaya percepatkan Irsyad jalani ultrasound.

Hasil dari ujian ultrasound tu, pegawai yang scan tu kata ada salur darah tak normal tapi tak bahaya sebab kecil je. Kemudian, sesi bertemu doktor pulak. Dari pukul 10 pagi daftar, pukul 2 petang baru selesai. Kalau korang, apa rasa?

Masa jumpa doktor tadi, doktor minta ambil darah Irsyad lagi sekali. Aku dah cuak. Keputusan ujian darah waktu Irsyad di wad NICU masih belum diperolehi. Ini dah melampau. Takkan sampai hampir 3 bulan, result tak keluar lagi. Setahu aku dalam 2 minggu dah boleh dapat result tu (hasil bacaan di internet). Ni nak ambik darah lagi.

Aku tanya doktor muda yang ambik darah Irsyad tu, adakah Irsyad ada masalah. Dia kata tak de, itu prosedur untuk bayi prolonged  jaundice. Tapi aku rasa macam ada yang disembunyikan. Entah le. Habis semua urusan tu, hampir pukul 3 pm kami berlepas ke Terengganu....balik kampung.

17/9/2014 (Rabu)

Pukul 8 pagi, terima call dari HSB. Nasib aku tergerak nak jawab panggilan tu. Biasanya, aku tak jawab panggilan dari nombor yang tak dikenali.

Hasil dari ujian darah pada 15/9, terdapat peningkatan enzim dalam hati Irsyad dan diminta datang ke HSB pada 22/9/2014 untuk diberikan ubat. Huuuuaaaaa...!!!!!

Lemah lututku. Risau hatiku. Apa sakit Irsyad??? Dia ada masalah hati? Hati dia rosak? Dia kena hepatitis? Ubat apa yang doktor nak bagi? Cucuk ke, oral ke?? Semua tu hanya terjawab pada 22/9 nanti.

Aku terus google pasal peningkatan enzim di hati tu. Hasil dari google dan aku edit, dapatlah ringkasan di bawah ni.
----------------------------------------
Enzim hati terdiri dari Serum Glutamic Pyruvate Transaminase (SGPT) dan Serum Glutamic Oxaloacetic Transaminase (SGOT). Enzim-enzim ini akan meningkat jumlahnya di dalam tubuh jika hati mengalami kerosakan baik kerosakan fungsi hati secara akut mahupun kronik. 

Keterangan lanjut kedua-dua enzim adalah seperti di bawah:

SGPT merupakan  suatu enzim yang terdapat di dalam sel hati. Apabila sel hati mengalami kerosakan, enzim SGPT akan dikeluarkan dari dalam sel hati ke peredaran darah. Enzim ini dikesan dengan ujian darah.

SGOT pula merupakan enzim hati yang terdapat di dalam sel parenkim hati. SGOT akan meningkat kadarnya di dalam darah jika terdapat kerosakan sel hati. Namun SGOT tidak spesifik hanya terdapat di dalam hati. SGOT juga boleh dijumpai di sel darah, sel jantung dan sel otot, karena itu peningkatan SGOT tidak selalu menunjukkan adanya kelainan di sel hati.

Perlu diingatkan, bacaan SGOT dan SGPT yang normal belum tentu menandakan bahwa kita bebas dari penyakit hati.

Kesimpulannya, SGOT dan SGPT merupakan enzim yang terdapat pada sel-sel hati. Oleh sebab itu, jika terjadi kerosakan (nekrosis) sel-sel hati seperti yang terjadi pada infeksi akut virus hepatitis, enzim-enzim tersebut keluar dari sel hati dan masuk ke dalam darah. Semakin banyak sel-sel hati yang rosak, semakin tinggi pula kadar SGOT/SGPT di dalam darah.

http://www.klikdokter.com
---------------------------------------
Adakah anak aku juga mengalami kerosakan hati??? Ya Allah, lindungilah anak aku, Irsyad. Sembuhkanlah dia. Aamiin. Daaahhh.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ha, ha...tiada kesudahan citer, ye. Alhamdulillah, Irsyad tiada masalah hati atau tulang. Sekarang Irsyad dah 1 tahun. Dia ada masalah paru-paru. Selalu batuk, nafas berbunyi dan senang kena jangkitan kuman di paru2. Irsyad dlm rawatan dan perlu guna 2 jenis inhaler, Ventolin & Seretide. Doakan Irsyad cepat sembuh, ye.

      Padam
  2. Salam, boleh sy tahu apa rawatan yg doktor buat pada Irsyad? Anak sy mengalami masalah yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Saya dah lama tak aktif berblog. Ni pun tersinggah sekejap. Maaf, ye baru balas. Saya ada cerita lanjutan rawatan tu di sini. https://lovemybabys.blogspot.my/2014/09/riketkah-dia.html. Lain jadinya...dari hati ke tulang...akhirnya, tak ada apa2. Alhamdulillah, anak saya sihat dan dah berusia 2 tahun 5 bulan. Macam mana anak Hawe sekarang? Harap anak Hawe pun dah sihat sekarang, ye.

      Padam
  3. salam. boleh saya tahu Alt aka fungsi hati pada irsyad tuu berapa. doktor pantau mcm mn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Aisyhah. Maaf le, baru menjengah. Bacaan dah lupa, dipantau dari ujian darah je.

      Padam

Terima kasih. Moga dirahmati.