Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 5 Oktober 2014

Google Street View: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Assalam...

Sekarang ni ramai yang memperkatakan berkenaan aplikasi Google Street View. Google Street View adalah teknologi yang terdapat dalam Google Maps dan Google Earth berbentuk pandangan panorama daripada posisi kita berada hingga sepanjang jalan yang terdapat di dunia. Gambar kebanyakannya diambil oleh kereta yang dipasang kamera video berteknologi tinggi tetapi ada juga yang diambil dengan berjalan kaki atau menggunakan basikal roda tiga seperti gambar di bawah.

Bagaimana gambar dirakamkan.

Street View asalnya adalah projek penyelidikan Universiti Stanford dengan nama Stanford CityBlock Project yang dibiayai oleh Google pada 2001. Projek ini berakhir pada Jun 2006 dengan memperkenalkan teknologi Street View.
Pada 25 Mei 2007 Street View telah dilancarkan di United States menggunakan teknologi Immersive Media. Dari tahun ke setahun, teknologi yang digunakan semakin berkembang dan meluas ke seluruh dunia.


Jika dulu, Google Street View hanya boleh digunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Tetapi dengan adanya teknologi ini, sedar atau tidak, kita terdedah kepada bahaya! Mana tidaknya, dah semua benda kat luar rumah tu dipertontonkan kepada satu dunia seperti jenis kereta yang kita pakai, siap dengan nombor plat lagi. Kalau masa tu kita tengah jemur kain, haaaaa dengan tuan rumah dan pakaian yang disidai tu masuk sekali dalam gambar. Glemer ko, Jah! Ini bermakna privasi kita telah dicereboh!

Tapi, jangan bimbang. Imej rumah kita boleh dipadamkan dari Google Street View dengan ikuti 4 langkah mudah di bawah:
  1. Buka Google Maps
  2. Taip alamat rumah anda dan klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
  3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
  4. Pada pilihan ReQuest Dance Crew Blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit.

Satu lagi nasihat aku untuk pengguna telefon pintar di luar sana, jangan le dok sentiasa on kan butang location tu. Bila butang tu di on kan dan disambungkan dengan internet, bermakna anda memang sengaja mendedahkan diri untuk dikesan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga keselamatan kita terjamin dan tidak mudah dicerobohi. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.