Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 7 September 2014

Tranexamic Acid: Serampang Dua Mata

Assalam...

Pernah dengar atau telan pil Tranexamic Acid (TA)? Ada dua golongan pengguna TA ni iaitu guna kerana sakit dan guna kerana nak cantik. Aku guna sebab sakit. Sakit apa? Nanti kucerita.

Sebelum tu mari kita tengok apa fungsi utama ubat ni. Untuk bacaan lanjut, boleh layari laman sesawang
chealth.canoe.ca. Yang aku tulis kat bawah ni, aku terjemah ke dalam Bahasa Melayu dan telah diringkaskan.

..........................

Bagaimana Tranexamic Acid Berfungsi dan Apa Kesannya?

Tranexamic acid adalah ubat dalam katogeri agen antifibrinolitik. Ia digunakan untuk menghalang atau mengurangkan pendarahan dalam keadaan tertentu seperti pembedahan gigi, pendarahan haid yang banyak, pendarahan hidung dan pendarahan di dalam mata.

Dalam sesetangah keadaan, badan akan memecahkan darah beku dengan cepat yang menjadikan berlakunya pendarahan berterusan dan luka tidak sembuh. Tranexamic acid bertindak  dengan menghalang pemecahan darah beku  dalam badan.

TA terdapat dalam pelbagai jenama. Salah satunya ialah Tren.


                     

Anda dilarang memberikan ubat ini kepada orang lain walaupun dia mempunyai simptom yang sama dengan anda. Ubat ini merbahaya jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Bentuk  Tranexamic Acid
Ia boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul dan cecair suntikan.

Siapa Yang Dilarang Mengambil Tranexamic Acid?

  • Mereka yang dikenalpasti alah kepada tranexamic acid
  • Pernah mengalami atau berisiko terjadi darah beku
  • Menghidap deep vein thrombosis, pulmonary embolism and cerebral thrombosis
  • Mengalami pendarahan pada lapisan sekeliling otak
  • Mengalami kencing berdarah
  • Menghadapi masalah membezakan warna
Kesan Dari Penggunaan Tranexamic Acid

Antara kesan pengambilan TA ialah:

  • Cirit-birit (diarrhea)
  • Pening (dizziness)
  • (nausea)
  • Muntah (vomiting)
Kesan yang dinyatakan di atas ini tidak dialami oleh semua orang yang menggunakan TA. Berdasarkan laporan, sekurang-kurangnya 1% sahaja akan mengalami kesan sampingan dari pengambilan TA.

Walau bagaimanapun, kesan ini boleh diatasi dan sesetengahnya sembuh dengan sendiri. Hubungi doktor anda sekiranya kesan sampingan tersebut semakin teruk.

Pastikan anda tidak mengandung dan tidak mengambil ubat atau bahan berikut:

  • fibrinogen
  • hormonal birth control (estrogens and progesterones)
  • tretinoin
Tranexamic Acid dan Kecantikan

Untuk tujuan kecantikan pulak, TA ni  merupakan perencat melanin kulit gelap yang paling terkenal di dunia.

Selain memutihkan kulit, TA juga berupaya menghilangkan parut, jeragat, mengatasi masalah jerawat serius serta menghaluskan kulit. Ia juga mampu memulihkan kulit akibat
ekzema.

TA juga adalah bebas radikal, tidak mudah terurai, bertindak dengan sangat berkesan dan pantas, serta menyerap dengan sangat cepat dan mudah.

Apa lak kaitannya TA ni dengan aku?? Sebenarnya, aku ambil TA ni untuk hentikan darah istihadah iaitu darah yang keluar selepas tamat tempoh nifas 60 hari dan belum sampai masa untuk haid. Darah ini dikira darah haid pada hari ke 16 selepas tamat nifas 60 hari.

Oleh kerana ia darah istihadah, aku masih boleh solat dan puasa. Aku dah puasa ganti 5 hari. Ada 24 hari lagi untuk dihabiskan. Huuaaaaaa!!!!

20 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. sy baru je 2 hr consume TA disebabkan prolonged period.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Harap dah pulih dari masalah prolonged period tu, ye.

      Padam
  2. Salam...sis adakah ubat ini berkesan pd sis utk prolonged period tu. Tq

    BalasPadam
  3. Tahap keberkesanan mengikut badan individu. Pada bulan ni sy telah mengambil TA due to excessive bleeding. And it works.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun ade masalah sama prolong period... hri ni dh 16 hari. Semlm jumpe doktor dan doktor bagi unat Tren ni... esok pun sy start puasa... boleh ker ubat tren ni di ambil berlarutan yerk?...

      Padam
    2. Saya pun mengalami prolong period doctor bg tau due to monopous so doctor pun bg ubat Tren untuk saya makan selama 5 hari sahaja...untuk 2 biji 3x sehari...saya belum makan lg

      Padam
  4. Balasan
    1. Ada jer. Sy beli Kat farmasi utk prolonged period.. Dah sllu sgt sampai malas nak jumpa doktor sebab tau TA jgk yg akan d bagi

      Padam
    2. Samalala tapi dah tnya farmasi ini ubat terkawal biasa kalau jmpa doc ubat yg die akan bagi iberet 500 mg transamine acid 250 mg lg satu ubat tahan sakit Lupe plak nama nya. Tp transamine acid kt farmasi xde plak jual. Cane nk dptkan ubat tu bleh sape2 tlg dptkan x

      Padam
  5. Sy pun Ada mslh prolonged period..sudah lebih 16hari. Doctor bgi ubat TA.. Bru 1hari consume tp msh period.. Doctor suh mkn 2biji 3x sehari. Tp sy mkn 2kli je..sbab ubat TA buat sy pening Dan muntah.. Adaka puan2 yg Alami macam ni.. Macam yg sy Alami skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Period kak tak menentu. Dah dtg seminggu, kering 2,3 hari datang lagi sikit. Doktor bagi pil hormon utk atur kitaran semula tapi kak tak mkn pun. Pergi klinik utk scan je. Sbb darah tu tak byk, dia berhenti sdn je. Harap puan dah buat scan rahim dan ujian pap smear. Kak srg amal Evening Primrose Oil, baru sebulan mkn. Alhamdulillah, ok setakat ni. Nanti boleh cuba. Sebab kak ahli Amway, kak beli keluaran Amway lah. EPO jenama2 lain pun ada kat farmasi.

      Padam
  6. Cm sy period lme dkt sbln lebeh. Dktor suggest sy pil tren ni bg stop drh.. Dh dkt smnggu dh nk hbis dh ubt blm jgk drh sy hbis.. Still kluar.. Kalau ikutkn mkn pil perncg ni.. Tren ni dh hbis drh jluar..

    BalasPadam
  7. Sy da period lama.. 4bln lbh.. Jmp doctor dia bg ubat tren nie..dh bg abis 1papan ubat nie..perut makin sakit.. Darah semakin deras.. Bnyk darah beku kluar..

    BalasPadam
  8. Sy pon dah lebih 60hri.. tapi mcm mana sis taw belum masa utk period lg ye.. sy jd konfius.. sbb drh sentiasa ada.. hr ni hari pertama amik TA ni.

    BalasPadam
  9. Makan tren ni darahakin banyak ya keluar ? Mcm saya gakntakut pulak jadinya ..ada sesiapa boleh bg pencerahan

    BalasPadam
  10. Salam semua sahabat. Saya ingin berkongsi pengalaman pendarahan luarbiasa hgga 60 hari. Last p pakar Dr bg ubat stop darah, ubt hormon, ubt TREN ni salah satu juga. Amik sample semua lepas 2 bulan cek sana sini last Dr kata bleeding sbb masalah hormom sahaja. Hati rasa lega. Mayb sbb pkp pengurusan diri dah x betul n jd masalah hormon agaknya. Google n terjumpa salah satu artikel ditulis oleh Dr apa x ingat produk kecantikan boleh menyebabkan gangguan hormon wanita. Ya yg ni mmg saya setuju sbb masa PKP mac lalu saya mmg ada try pakai sejenis produk utk pemutih. Dan saya yakin produk itu puncanya. Saya stop pakai n lepas 2 bln period saya kembali normal. Oleh itu wanita yg ada masalah haid x betul tu sila cek produk apa yg anda pakai. Period lancar tiba2 jd pelik menunjukkan masalah gangguan hormon. Just share my experince..

    BalasPadam
  11. Cam mana nk consume ubat ni? Time period buleh amek or time period kna stop?

    BalasPadam
  12. ubat ni utk kurangkan pendarahan
    rm21 kat farmasi

    BalasPadam
  13. Saya dh 26 hari prioed jumpa doktor g ubat tren ni kemarian MKN dh xkluaq prioed tapi pg tdi MKN kluaq balik kenapa ya

    BalasPadam

Terima kasih. Moga dirahmati.