Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Jumaat, 19 September 2014

Join Kelab Blogger Ben Ashaari. Ko Apahal?

Assalam...

Kenapa aku join Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)? Nak dapat ramai pengikut (followers)? Untuk dikenali?
No, no, no. Tak de atau sikit je pengikut bukan bermakna tak de orang yang baca blog atau post kita. Ramai pengikut juga tak bermakna ramai yang baca blog kita.

 

Untuk dikenali atau terkenal? Jauh sekali. Aku tak de nak berangan sampai gitu sekali sebab sedor blog aku tak semenggah. Aku perlu upah seseorang untuk perbaiki blog aku. Aku tak mampu nak buat sendiri. Ada sesiapa berminat??

Berbalik pada tajuk di atas, aku join KBBA tu untuk dapatkan calon pembaca untuk blog aku ni. Ha, ha...
Maknanya, apa yang aku tulis yang bertujuan untuk pengetahuan umum dapat disebarkan. Ko nak follow ke tak nak ke, ko punya pasal.

Aku pun ada baca blog orang lain, tiap-tiap hari pulak tu tapi tak follow. Komen pun idok tapi aku enjoy baca. Kalau tiap-tiap hari ada entry, lagi aku suka. Blog Ben Ashaari antara blog yang aku suka lawat tiap hari sebab tiap hari ada entry. Dah berblog tu kerjaya dia, ye dak?

Untuk yang nak turut join kelab ni boleh aktifkan diri di FB umum ni https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA/ dan tunggu admin sahkan. Pas tu leh le perkenalkan blog anda. Daaahhh.

5 ulasan:

  1. sy pun join dah kelab ni..oh anda ditag dlam libster award...nanti jawab ye :D

    http://ummiammararif.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ, Radin Siti Aisyah. InsyaAllah, nanti akak jawab.

      Padam
  2. Yup, saya agree dgn entry akak. Asalkan kt traffic stiap hari meningkat saya dah rasa happy.

    Thanks sebab tinggalkan URL akak dekat komen saya di Kelab Blogger Abg Ben
    http://ilotnaim.blogspot.com

    BalasPadam
  3. TQ sudi baca coretan saya. InsyaAllah, nanti saya pi terjah.

    BalasPadam

Terima kasih. Moga dirahmati.