Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Khamis, 4 September 2014

PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

Assalam...

Cer baca ni. Kena dak dengan keperibadian anda.  Ini adalah berdasarkan kajian 25 tahun oleh DATO FADZILLAH KAMSAH. Aku bulan November. Ok le, banyak gak yg betulnya. Suratan atau kebetulan???

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu 
  • Daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • Cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan genius
  • Berpesonaliti yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Cenderung pada benda tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
  • Berpesonaliti yang menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik serta tidak terlalu 'moody'.

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • Orang yang sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka aktiviti lasak, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Cuba mengawal emosi
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Agresif dan kelam kabut utk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu 

MEI
  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain 
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Permikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • Tidak berapa suka duduk di rumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros

JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Lemah lembut
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
  • Idea yang terlalu banyak di kepala
  • Bersikap sensitif
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otaknya cerdas tetapi suka berangan-angan
  • Mudah dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji dianggap musuh tetapi siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
  • Sangat seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka dan serta penyayang
  • Layanan yang serupa dgn semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yg tajam
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
  • Mudah dan rajin belajar
  • Suka munasabah diri
  • Suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk di rumah
  • Suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
  • Tidak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tetapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan santun dan ambil berat terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah dan mudah mengamuk apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • Cepat berfikir
  • Berdikari
  • Suka memimpin dan dipimpin
  • Suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • Sangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk bertenang
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik, pengasih, dan penyayang
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tetapi pandai bercakap jika perlu
  • Sikap sangat tenang, sangat baik dan mudah simpati
  • Sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif 
  • Orang yang banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain (daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan dan melancong
  • Kurang menunjukan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yg luas
  • Bersistematik
OKTOBER

  • Suka bersembang
  • Suka org yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan dan sopan santun
  • Menjaga kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
  • Mudah berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • Emosi yg kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, minat bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER

  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan, unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk jadi doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendakan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yg sangat tinggi 
  • Badan yang tegap
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk di rumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • amanah, jujur setia dan pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Perangai yang berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Amacam??? Kena dak dengan keperibadian kalian. Jangan emo sangat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.