Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 14 September 2014

Bila Mata Tak Berhijab

Assslam...

Alhamdulillah, Irsyad dah berusia 2 1/2 bulan. Esok, akan ke HSB untuk buat ultrasound. Harap Irsyad sihat sahaja tanpa masalah sebab lepas tu nak terus balik kampung. Ganu, mung tunggu aku datang.

Apa kaitan citer tu sume dengan tajuk post tu. Haaaiippp....sabor sat. Ni nak citer le ni. Perkara ni aku pasti terjadi pada semua bayi sehingga dia boleh bercakap iaitu tentang mata tak terhijab.

Antara tanda-tanda bayi terkena gangguan adalah:
  1. Matanya melilau melihat sekeliling.
  2. Menangis yang tiada air mata.
  3. Menangis seolah seperti dicubit (nada tangisan semakin tinggi).
  4. Riyak wajah bayi seperti dalam ketakutan.
  5. Tidur di selang seli dengan tangisan.
  6. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari (Contohnya bayi anda menangis setiap kali masuk sahaja waktu magrib atau mesti menangis bila sampai waktu tengah malam pada setiap hari.
http://saatakukaupilih.blogspot.com/2013/01/gangguan-misteri-pada-bayi-anak-kecil.html?m=1

Tanda ketara yang dialami oleh Irsyad ialah yang pertama. Mata selalu pandang ke atas dan melilau berpaling kiri kanan. Tersengih dan terkekek gelak. Dengan mak bapaknya tak de pulak cam gitu. Kekadang tu, sampai juling biji matanya menengokkan benda alah tu. Ishhh, ishhhh...tah apa yang dilihatnya.
Yang leganya sebab Irsyad tidak menangis walau mata dan kepalanya melilau sana sini. Makanya, aku anggap dia melihat malaikat atau yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Memang aku tak takut waktu dengan Irsyad, walau Irsyad berperangai cam gitu. Tapi, aku akan jadi seram bila perlu ke dapur atau masuk bilik sensorang. Tah kenapa aku jadi penakut. 

Sebelum ni, Adam yang penakut tapi sekarang dah pulih. Aku pulak yang jadi penakut tapi malu nak ngaku kat Adam sebab sebelum ni aku selalu tempelak Adam. Ha, ha...rasakan.

Tabiat Irsyad yang bisa buat aku nak pitam ialah bila dia berjaga nak menyusu kul 2, 3 pagi dan kemudian terus berjaga. Letak di tilam dia mula merengek dari perlahan, kemudian makin kuat. Mata selalu tengok ke atas, ha, ha...!!! Sudahnya aku pun tak tidur. 

Satu caranya, kejutkan suami minta teman ke ruang tamu untuk buaikan Irsyad. Kalau buai pun tak mampu tidurkan Irsyad, tu yang buat aku gelap mata nak pitam sebab penat dan ngantuk sangat.

Sekarang aku masih dalam tempoh cuti bersalin, so tak kisah sangat. Pagi nanti aku boleh cover tidur semula. Bila aku dah start kerja nanti, bagaimana? Aku hanya mampu doa moga Irsyad tak buat perangai berjaga malam lagi dan moga aku tetap kuat dan sihat untuk pergi kerja. InsyaAllah. Daaahhh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.